Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 24, 2019

TEMASYA BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN - UPDATES






Sandakan - Kini ada 79 hari lagi sebelum Temasya Belia Keuskupan Sandakan dan banyak mesyuarat dan persiapan telah dilakukan agar program ini berjaya dilaksanakan. Pada 18 dan 19 Mei 2019 yang lalu mesyuarat para penganjur (MOT, Sub-MOT, LOT dan Sub - LOT) telah diadakan. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan 'Ice breaking' pada 18 Mei 2019 untuk memberi ruang kepada semua penganjur untuk berkenalan diantara satu dengan yang lain. Ini adalah kerana, selain dari Sandakan, ahli - ahli dalam penganjuran TBK ini juga datang dari Tawau, Lahad Datu, Paitan, Beluran dan Telupid. 




Antara yang dibincangkan adalah persiapan logistik, persiapan rohani, tempat penganjuran, program, Rakan TBK dan juga makan - minum serta keselamatan. Semua ini, baik perkara besar dan kecil harus dilihat dan diambil kira agar penganjuran ini dapat dilaksanakan dengan baik dan semua orang yang menyertainya dapat mengalami Yesus di dalam hati. 




Mesyuarat akan datang adalah pada 29 - 30 Jun 2019 bertempat di Katedral St Mary Sandakan. Semoga Tuhan terus menyertai semua tim penganjur dalam persiapan menuju Temasya Belia Keuskupan Sandakan. 

Kepada para belia di seluruh Keuskupan Sandakan yang belum mendaftar TBK, nah jangan tunggu lama - lama, hubungilah Kordinator paroki masing - masing!




4 comments:

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent