Telupid – 10-12 Mei yang lalu telah
berlangsungnya program Telupid Parish
Youth Day(TPYD) di Paroki St. Martin, Telupid yang di sertai lebih kurang
180 orang belia dari seluruh paroki dan luar stasi. Tema SYD-5 iaitu Lukas
1:38, “Aku ini adalah hamba Tuhan; jadilah padaku menurut perkataan-Mu itu”,
telah menjadi pilihan bagi tema sambutan perayaan 2 dalam1 ini. Sambutan
penerimaan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria daripada Misi Paitan dirayakan
bersama-sama dengan program TPYD ini.
|
Welcoming Night |
|
Fettwinda Sipaan - Kordinator Kerasulan Belia Paroki St Martin, Telupid |
Misa harian bagi pembukaan program TPYD ini
telah diselebrankan oleh Fr. Jasery G.
Emmanuel pada 10hb Mei. Hari pertama program, pada sebelah malam, sesi “Apa itu
SYD?” telah disampaikan oleh saudari
Fetwinda. Sejurus selepas sesi tersebut, tim program telah memberikan
sedikit taklimat ringkas tentang perjalanan program pada keesokkan harinya.
Hari yang baru, 11hb Mei,
program diteruskan dengan sesi-sesi input sementara menunggu ketibaan Salib
Belia. Seramai lebih dari 200 belia berserta umat dari seluruh paroki serta
luar stasi telah berkumpul bagi menyambut ketibaan Salib Belia SYD-5 daripada
Misi Paitan.
Rombongan dari Misi Paitan
tiba pada puku 11.40 pagi. Rombongan ini di
ketuai oleh saudara Daniel selaku Kordinator Kerasulan Belia Katolik Misi Paitan. Kedatangan Salib Belia ini telah diiringi dengan
paluan gong dan tari-tarian. Salib diarak masuk dari luar pagar sehingga masuk
ke dalam perkarangan Gereja. Sebelum diarak ke dalam Gereja, umat dipersembahkan dengan tarian tradisional suku kaum Dusun Labuk iaitu Tarian Magalai daripada belia
St.Martin, Telupid.
|
Daniel @ Omik (Kerasulan Belia Katolik Misi Paitan) dan Fettwinda Sipaan |
|
From Paitan with Love |
Misa
kudus yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery G. Emannuel dirayakan sejurus
selepas perarakan masuk Salib Belia berserta dengan semua belia dan umat. Selepas
homili daripada Rev. Fr. Jasery, dua orang belia daripada Misi Paitan, telah
diberi peluang untuk mengongsikan pengalaman mereka sepanjang Salib Belia tersebut
berada di tempat mereka. Setelah selesai Misa Kudus, fellowship diteruskan di
dapur dewan gereja. Acara diteruskan lagi dengan persembahan dari para belia dari
St. Martin, Telupid dan juga belia daripada Misi Paitan. Pada masa yang sama,
kordinator belia Misi Paitan, saudara Daniel telah menyerahkan buku harapan
SYD-5 kepada kordinator belia St. Martin, Telupid iaitu saudari Fetwinda untuk diisi dengan gambar aktiviti
belia Telupid bersama dengan Salib Belia sepanjang Salib tersebut berada di
paroki Telupid.
Usai
fellowship bersama umat dari Misi Paitan, program TPYD diteruskan lagi. Sesi-sesi seperti “Isu dan cabaran belia”
dan “Peranan ibu bapa” di ketengahkan bagi memupuk persefahaman antara ibu bapa
dan belia dalam pelayanan masing-masing. Pada sebelah malam, acara Youth Night berlangsung di mana para
belia dikumpulkan dan di minta untuk membuat persembahan spontan mengikut zon
masing-masing. Selepas itu, para belia berkumpul sekali lagi didalam gereja dan mengadakan adorasi bersama dengan Salib Belia.
Hari
terakhir program TPYD, 12hb Mei, di mulai dengan sesi pertemuan 7 langkah yang
dibimbing oleh pengerusi KKD paroki iaitu En. Pianus Laniu. Misa Kudus pada
hari minggu tersebut di selebrankan oleh Pembantu Rektor, Rev. Fr. Stanley
Matakim. Memetik kata-kata dari homili Fr. Stanley, “Kamu (belia) datang untuk melayani dan bukan untuk
dilayani. Jadikanlah pelayanan Tuhan Yesus sebagai teladan dalam
pelayanan kamu masing-masing”, yang menyeru agar lebih ramai belia sanggup untuk
melayani di dalam gereja. Sesi “Tanggungjawab komuniti” dan “Belia yang
diutus” telah disampaikan oleh kedua-dua paderi selepas misa.
|
Perkongsian 7 Langkah |
|
Rev. Fr. Jasery Gabuk - Sesi Tanggungjawab Komuniti |
Program
TPYD ini selesai tepat pada pukul 12
tengah hari. Kesemua belia yang mengikuti program TPYD dan sambutan Salib Belia
SYD-5 ini menyatakan yang mereka berasa teruja untuk lebih mengenal salib ini
dengan lebih dekat lagi dan mereka juga tidak sabar-sabar untuk mengikuti
program SYD-5 yang akan di adakan pada tahun hadapan di Papar nanti. Salib
Belia ini akan berada di paroki Telupid selama 3 minggu dan akan dibawa berarak
ke 2 zon utama manakala 2 zon utama yang lain akan berziarah ke Gereja St.
Martin. – Girald Palipus
No comments:
Post a Comment