Gambar oleh SOCCOM
Sandakan: Pada 21hb April 2019, kebangkitan Yesus
telah dirayakan dalam Misa Kudus seawal jam 9 pagi. Misa ini diselebrankan oleh Yang
Mulia Uskup Julius Dusin Gitom di gereja St. Mark, Batu 12, Sandakan dan dihadiri lebih kurang seribu umat.
Uskup Julius dalam homili mengatakan " kita telah merasai serta mengalami
cinta kasihNya dalam kehidupan kita bermula dari pembaptisan kita. Kita datang
bukan kerana suatu kewajipan melainkan kerana ungkapan cinta kasih kita
terhadap Tuhan yang telah bangkit untuk menyelamatkan kita. Kebangkitan Tuhan
bukan semata-mata untuk Tuhan sendiri tetapi untuk menyelamatkan kita semua. Itulah
tujuan Yesus datang ke dunia ini iaitu demi keselamatan kita dan dunia.
Gereja bermula dengan komuniti
yang sangat kecil dan tidak dapat diperhitungkan sebagai orang-orang yang
penting di dalam masyarakat. Mereka adalah orang-orang yang sangat sederhana
tetapi mereka mempunyai semangat yang tinggi, iman yang besar dan hati mereka
berkobar-kobar untuk memberi kesaksian tentang Yesus Kristus.
Apa yang harus kita buat? Persoalan ini kita boleh tujukan kepada diri kita sendiri secara peribadi sebagai pengikut
Tuhan Yesus. Paling utama ialah kita harus YAKIN. Yakin akan penebusan Tuhan,
sebab dengan keyakinan yang ada pada diri kita, dengan adanya iman maka kita
mempunyai pengharapan. Apabila kita mempunyai pengharapan, dari situlah kita
tidak berhenti untuk memberitahu kepada mereka yang belum mengenali Tuhan Yesus
dengan mengatakan Tuhan itu adalah Juruselamat manusia. Bukan itu sahaja, tetapi Dia berjalan bersama-sama
dengan kita.
Selain dari itu, pengikut-pengikut
Tuhan Yesus harus menubuhkan komuniti yang tetap bersatu, bekerjasama dan
mengembala bersama. Inilah tugas kita, orang-orang yang telah menerima
kemuliaan kebangkitan Tuhan. Bapa Uskup mengambil petikan dalam pembacaan kedua dimana Santo Paulus mengatakan
kepada Jemaat di Kolose bahawa orang Kristian yang telah menerima kebangkitan Tuhan
Yesus dan pembaptisan adalah orang-orang yang telah
diperbaharui kehidupannya. Mereka tidak lagi memikirkan perkara-perkara di dunia
ini tetapi memikirkan kemuliaan Tuhan di akhirat nanti. Ini bukan bermaksud tidak peduli dengan kehidupan di dunia, tetapi menjadi lebih yakin
dalam kehidupan di dunia ini. Kita mengatakan bahawa 'ini adalah suatu
kepentingan untuk membawa saya kepada kehidupan yang lebih baik iaitu kehidupan
di Syurga'.
Kita harus menampakkan keyakinan dan
pengharapan kita di dalam kehidupan kita sehari-hari. Memberi kesaksian dalam
kehidupan kita dan menerima Tuhan Yesus sebagai Tuhan kita. Kita berikan hidup
Tuhan Yesus itu di dalam keluarga, komuniti dan paroki kita."
Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
ReplyDeletehanya di D*E*W*A*P*K / pin bb D87604A1
dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)
yeezy
ReplyDeleteyeezy boost 350
michael kors outlet handbags
yeezy boost
jordans
yeezy shoes
longchamp
yeezy shoes
michael kors handbags
nike react
i3e89h4p55 e2x49a8j89 y6j68q2v37 h7s68a7y01 z4k55q5w78 w6c94f1l26
ReplyDelete