Komisi Belia Keuskupan Sandakan
telah diwujudkan pada 3 Oktober 2009 dan telah dihadiri oleh semua perwakilan
dari empat (4) paroki iaitu Paroki Holy Trinity Tawau, Paroki St. Dominic Lahad
Datu, Paroki Katedral St. Mary Sandakan dan Paroki St. Martin Telupid. Nama
komisi telah diubah kepada Kerasulan Belia Keuskupan dan telah dilancarkan
bersama dengan logo serta doa belia pada 7 Mac 2010.
Perjalanan sebagai sebuah komisi
akan mencecah 10 tahun pada 3 Oktober 2019 dan di sepanjang waktu itu komisi
sudah pun berjalan bersama dengan belia melalui program – program yang diadakan
di peringkat Keuskupan, paroki dan luar stasi. Antaranya adalah program Youth
Leaders’ Camp, YouthPreplink, Pertemuan Pelajar Kampus Katolik, lawatan ke
paroki – paroki dan penjangkauan belia di luar stasi. Selain itu, Komisi juga
terlibat dalam program – program seperti Sabah Youth Day, Malaysian Catholic
Campus Students’ Day dan juga menyertai program – program peringkat Asia (AYD)
dan dunia (WYD).
Setelah hampir 10 tahun kewujudan
KBK belum pernah ada program yang dapat menghimpunkan semua lapisan belia
berumur 15 tahun ke 45 tahun. Maka melihat kepada kesediaan Komisi KBK, Temasya
Belia Keuskupan Sandakan akan diadakan buat pertama kalinya setelah 13 tahun
sejak penganjuran terakhirnya pada tahun 2006.
Temasya Belia merupakan satu
program yang telah diadakan untuk memenuhi keperluan para belia terutama sekali
belia – belia pantai timur Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau). Ia diadakan
sekali dalam dua tahun dan telah dimulakan pada tahun 1999 di Tawau,
kemudiannya 2001 di Lahad Datu dan 2006 di Sandakan. Pendekatan program pada
penganjuran 1999 dan 2001 adalah lebih bersifat pertandingan antara paroki
melalui sukan (outdoor dan indoor), tarian (moden, tradisional, kerohanian), musik
(berkumpulan band), kuiz alkitab dan koir. Pada penganjuran tahun 2006 di
Sandakan, konsep penganjuran telah diubah dan lebih menyentuh kepada sesi –
sesi katekisis dan kerohanian. Walau bagaimanapun sukan, musik, tarian dan koir
tetap ada kerana itu merupakan tarikan bagi belia. Maka dapat dilihat Temasya
Belia ini sangat sinonim kepada para belia khususnya di Pantai Timur Sabah dan
merupakan salah satu identiti mereka.
Pada 15 Oktober 2007, Keuskupan
Sandakan telah diwujudkan. Keuskupan ini terdiri daripada Paroki Telupid,
Paroki Sandakan, Paroki Lahad Datu dan Paroki Tawau. Penganjuran Temasya Belia
tidak dapat diteruskan kerana Keuskupan Sandakan sedang dalam peralihan
(transition) dan proses pembentukan struktur yang baru.
Setelah Komisi Kerasulan Belia
Keuskupan (KBK) diwujudkan adalah menjadi impian tim KBK untuk menganjurkan
Temasya Belia di peringkat Keuskupan dalam Keuskupan yang baru. Perkara ini
telah dimasukkan dalam agenda mesyuarat sejak tahun 2010. Namun komisi pada
masa itu juga sedang dibentuk dan mencari ‘rentak’ pelayanan belia.
Sembilan tahun telah berlalu dan
akhirnya Komisi KBK bersiap untuk menganjurkan Temasya Belia dengan konsep yang
baru tapi masih mengekalkan acara sukan, tarian dan koir yang tidak bersifat
pertandingan. Cadangan untuk menganjurkan Temasya Belia ini adalah pada Ogos
2018 akan tetapi disebabkan kekangan masa dan kewangan, maka dipersetujui
program Temasya Belia Keuskupan Sandakan diadakan pada 12 - 16 Ogos 2019 bertempat di Paroki Katedral St Mary, Sandakan.
Perkataan ‘Temasya’ telah diambil
sebagai tajuk utama program kerana pada penganjuran yang lalu (1999, 2001 dan
2006), program ini adalah bersifatkan pertandingan sukan, tarian, koir dan
kumpulan band. Dalam penganjuran 2019, nama ‘Temasya’ akan dan tetap dikekalkan
agar ia menjadi satu identiti bagi program Temasya Belia Keuskupan yang juga merupakan Diocesan
Youth Day bagi Keuskupan Sandakan.
Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi
Kedua, Temasya adalah bermaksud, sesuatu yang di pertunjukan untuk menghibur
hati; pertunjukan sandiwara dan sukan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, Temasya
membawa maksud peristiwa yang kelihatan, pertunjukan dan tontonan. Selain itu
ia juga bermaksud pemandangan yang menarik hati, keindahan alam.
Maka dengan definasi secara am di
atas, program Temasya Belia Keuskupan Sandakan bukan hanya satu tontonan dan
penghiburan semata - mata. Namun melalui Mesej Bapa Suci Fransikus sempena WYD
2019, Visi dan Misi Keuskupan Sandakan, Misi Pastoral Keuskupan Sandakan dan tema Tahun Misi 2019, Tim Penganjur
Utama Temasya Belia Keuskupan ini dituntun untuk menyediakan program / sesi /
aktiviti yang dapat membantu dalam pembentukan iman para belia agar mereka
sendiri dapat mengalami penghiburan secara rohani melalui pengalaman indah
bersama Yesus Kristus. Semoga dengan rahmat Tuhan, seperti Bonda Maria, para
belia dengan berani menyatakan ‘Aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut
perkataanMu’ dan menjadi seorang missionaris yang Tuhan inginkan di zaman
millennial ini.
Maka dengan itu, mari - mari para belia di seluruh Keuskupan Sandakan, ayuh kita sertai program ini. Jangan lepaskan peluang ini!!! Terbuka kepada semua para belia yang berumur 14 sehingga 45 tahun. Umat Paroki Katedral St Mary, Sandakan adalah dan amat dialu - alukan untuk terlibat sama dalam penganjuran ini. Marilah kita sama - sama menghidupi Visi Keuskupan untuk menjadi Komuniti Berpusatkan Kristus, Melayani Sesama dengan Kasih!
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Kordinator Kerasulan Belia Paroki (PYA) masing - masing. Stay tuned for updates!
Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
ReplyDeletehanya di D*E*W*A*P*K / pin bb D87604A1
dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)