Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 15, 2019

SALIB BELIA DAN IKON BONDA MARIA MENGUNJUNGI SELURUH PAROKI ST DOMINIC, LAHAD DATU


Lahad Datu - Salib Belia dan Ikon Bonda Maria telah memulakan perjalanan mengunjungi setiap paroki di Sabah pada 3 Mac 2019 dan Paroki St. Dominic, Lahad Datu telah menjadi destinasi pertama bagi kunjungan luarbiasa ini. Perjalanan Salib dan Ikon ini merupakan satu medium bagi membawa dan mengkhabarkan khabar gembira kepada umat di seluruh Sabah berkenaan Sabah Youth Day 5 (SYD5) yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada Ogos 2020 di Limbahau/Papar.

Penerimaan Salib dan Ikon ini telah diadakan di outstasi St. Peter, Kunak yang telah dihantar dan diiringi oleh umat dan belia dari Paroki Holy Trinity, Tawau.

Salib dan Ikon telah dibawa mengelilingi outstasi di sekitar Lahad Datu selama 2 minggu iaitu pada 3-16 Mac 2019. Outstasi yang terpilih ialah St. Peter (Kunak), Divine Mercy (Sapang), St. Angeline (Madai), St. Nicholas (Kg. Tampenau), Our Lady of Pillar (Silam), St. Francis of Assisi (Pontian Fico), St. Anthony (Bt. 18), St. Gabriel (Tungku) dan KPUP Felda. 

St Angeline, Madai

Divine Mercy, Sapang

St Nicholas, Tampinau

Penghantar Salib dari luarstasi Felda ke Pusat Paroki, St Dominic, Lahad Datu

St Anthony, Batu 18

Pontian Fico

St Gabriel, Tungku
Pada 16hb Mac 2019, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria telah tiba di Gereja St. Dominic yang telah disambut bersama-sama dengan umat paroki dan belia dan disusuli dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr. Simon Kontou. 


Selesai sahaja Misa Kudus, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria diiring ke pentas terbuka bagi memulakan Malam Pujian dan Penyembahan yang dikendalikan oleh Persekutuan Doa Paroki St. Dominic. Malam tersebut bukan sahaja disertai oleh para belia, tetapi juga umat paroki dari segala lapisan umur. 




Selama seminggu, semua umat telah diberi peluang untuk meluangkan waktu bersama Salib dan Ikon dengan menghadiri sesi-sesi yang telah dijadualkan. Semasa sesi bersama Neocathecumenal Way, belia telah diajak untuk merenung, mengenalpasti dan mengakui Salib kehidupan masing-masing. Manakala sesi yang bertajuk “Leadership” bersama Komiti-Komiti Gereja yang dipimpin oleh Seminarian Andy Borine Tingadon telah memberikan ruang bagi ahli-ahli komiti yang hadir untuk merenung kembali pelayanan mereka dalam gereja. Sesi ini juga telah mengajar umat yang hadir tentang cara untuk menjadi pemimpin yang baik dengan berlandaskan ajaran Gereja. 

Sesi bersama ahli-ahli KKD pula telah diadakan selama 2 hari dan dipimpin oleh Sr. Clarice Jomitin (FSIC). Sesi ini telah membawa umat yang hadir merenung dengan lebih mendalam tentang tema SYD5 dan pengorbanan Yesus yang mati diatas kayu salib. 

Doa Taize
Semasa Malam Pujian dan Penyembahan, pimpinan Persekutuan Doa Paroki, mengajak semua yang hadir untuk memuliakan nama Tuhan dalam Pujian dan Penyembahan, di ikuti dengan bacaan Injil dan perkongsian. Seminarian Andy Borine Tingadon sekali lagi telah memimpin sesi pada malam terakhir Salib dan Ikon berada di Lahad Datu dengan penghorma terakhir. Beliau telah membawa para belia untuk merenung kembali perjalanan persiapan penerimaan Salib dan Ikon sehingga ke hari terakhir. 

Sepanjang Salib dan Ikon berada di paroki ini, banyak perkongsian yang telah diterima dari umat paroki terutamanya dari kalangan belia. Ramai para belia yang dapat merasakan diri mereka dikuatkan dalam iman. Mereka juga benar-benar dapat merasai sendiri cintakasih dan kehadiran Yesus bersama-sama mereka sepanjang keberadaan Salib Belia sehingga mereka berasa berat hati untuk melepaskan Salib kerana berasa terlalu sayang. Kehadiran Salib ini juga telah membawa ramai belia yang telah lama tidak bergiat aktif untuk kembali melayani dan telah menarik belia baru untuk menjinakkan diri dalam belia dan juga dalam pelayanan. Besar harapan daripada belia-belia St. Dominic Lahad Datu agar umat di paroki yang lain juga turut merasakan keajaiban kuasa Tuhan semasa bersama Salib Belia dan Ikon Bonda Maria ini. 

Berikut adalah gambar - gambar penghantaran Salib Belia dan Ikon Bonda Maria ke Katedral St Mary, Sandakan.







Semoga semua orang yang bertemu dengan Yesus dan Bonda Maria akan mengalami pengalaman yang luarbiasa seperti kami yang tetap dan selamanya merindui - Nya.
With Love, Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu

1 comment:

  1. Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
    hanya di D*E*W*A*P*K / pin bb D87604A1
    dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
    dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent