Kerasulan Wanita Katolik Paroki telah
mengadakan program “Lawatan Muhibah” bersama dengan wanita-wanita daripada 9
basis Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI). Program ini telah diadakan pada
31 Mac 2019 yang bertempat di dewan serbaguna Gereja St. Mark batu 12, Sandakan.
Basis-basis yang terlibat adalah Basis Maria
Ratu Damai (Bt. 8), Basis Maria Imacullata (Bt. 11), Basis Maria Bintang Timur
(Bt. 12), Basis Salib Suci (Bt. 12), Basis Materdolorosa (Bt. 14), Basis Maria
Bintang Laut (Bt. 16), Basis Reihnya Rosary (Bt. 16), Basis Kristus Raja
(Comsa) dan Basis St. Gabriel (Bt. 20).
Program dimulakan pada jam 11:00 pagi dengan
ketibaan para tetamu jemputan dan wanita daripada setiap basis. Dalam ucapan
Encik Pilis Malim selaku Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Sandakan, beliau amat
menyokong program seperti ini diadakan dan menegaskan betapa pentingnya kesatuan
dalam setiap pelayanan yang ditubuhkan agar berjalan sejajar dengan visi dan
misi gereja. Beliau juga menyatakan kepuasan hati apabila melihat ahli-ahli KWK
terdiri daripada pelbagai kaum dan menjadi satu komuniti melakukan apa jua
aktiviti yang diadakan. Harapan beliau agar kesatuan seperti ini akan dapat
diteruskan dalam KWK.
Encik Dimeh Koyopo
selaku Pengerusi Komiti Pastoral St. Mark dalam ucapan, menyatakan beliau sangat
berbangga dengan penglibatan KWK yang mana selama ini sentiasa ada untuk membantu
dalam apa jua aktiviti gereja yang dijalankan. Bukan sahaja dari segi
penglibatan dalam hal-hal penyediaan makanan malahan juga penglibatan dalam
pelayanan kerohanian. Beliau juga memuji akan tindakan KWK yang cuba untuk
menjangkau wanita-wanita dari seluruh pelusuk terutama sekali wanita-wanita
dari basis KBKI. Bagi beliau ini adalah satu kemajuan dalam pelayanan KWK yang mana
selama ini hanya dilihat sebagai membantu dalam aktiviti seperti memasak
sahaja. Kali ini, KWK telah mengambil selangkah ke hadapan selaras dengan Visi gereja
iaitu menjadi satu “Komuniti berpusatkan
Kristus melayani sesama dengan Kasih”. Ini membuktikan dengan berlangsungnya
program lawatan muhibah dengan kehadiran dan sokongan wanita-wanita daripada
basis-basis dilihat dapat menyatukan pelbagai kaum. Beliau mengakhiri ucapan
dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan KWK selama ini yang dapat
meringankan dan membantu dalam kelancaran setiap aktiviti yang diadakan.
Selesai ucapan, Encik Dimeh merasmikan program lawatan muhibah ini disusuli doa
pembukaan serta doa makan.
Program diteruskan dengan sesi penerangan tentang
Objektif dan Garis Panduan Kerasulan Wanita Katolik oleh Puan Cecelia Polo
D’Souza, Ketua Penyelaras KWK peringkat Paroki dan Keuskupan. Dalam sesi, beliau
turut memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (AJP) peringkat Paroki kepada
tetamu yang hadir. Kemudian, beliau menerangkan satu persatu garis panduan KWK
dan objektif KWK. Beliau mengalu-alukan wanita-wanita daripada semua basis
untuk menyertai KWK berjalan bersama dan melakukan aktiviti gereja selaras
dengan Visi dan Misi gereja. “To Journey Together with other Church Groups”.
Mengakhiri sesi, beliau menjemput semua yang hadir untuk menyanyikan lagu “Bahasa
Cinta”.
Dalam sesi perkongsian daripada Sr. Regina
Kimung selaku Ahli Kehormat KWK Keuskupan Sandakan yang bertajuk “Peranan
Wanita Dalam Gereja”, menyatakan betapa besarnya peranan wanita bukan sahaja di
rumah tetapi juga di dalam gereja. Seperti yang dilihat pada masa kini wanita
telah dianggap setaraf dengan kaum lelaki. Berlainan dengan masa dahulu yang
mana peranan wanita tidak diiktiraf sama sekali. Namun, perubahan masa
membuatkan peranan wanita semakin diterima dimata umum. Dimana wanita sekarang
mempunyai pangkat yang sama dengan kaum lelaki. Begitu juga pelayanan di dalam gereja, wanita dapat memberikan
kerjasama yang baik kepada semua komuniti dan bersama-sama bersatu dengan
komuniti yang lain melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dalam pelayanan. Dalam
sesi ini, Puan Yosefina dari Basis Maria Ratu Damai mengongsikan pengalaman
beliau sepanjang menyertai KWK. Sesi Sr. Regina diakhiri dengan nyanyian lagu
bertajuk “Persembahan Ku”.
Di akhir program ini, gabungan wanita basis
telah membuat persembahan koir dalam bahasa suku Lamaholot bertajuk “Ina Maria”
yang bermaksud Bonda Maria. Seterusnya, persembahan koir dari KWK Paroki yang
bertajuk “We Are Women Of Faith”. Program diakhiri dengan doa penutup oleh Sr.
Regina Kimung dan bergambar beramai-ramai.
Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
ReplyDeletehanya di D*E*W*A*P*K / pin bb D87604A1
dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)