Sandakan: Pada 16hb dan
17hb Mac 2018 lalu, Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan (KWKKS) telah mengadakan Rekoleksi Musim Pra-paska 2018 iaitu satu program untuk memperkasakan para wanita.
Rekoleksi ini diadakan di Dewan Persidangan Keuskupan Sandakan dengan dihadiri
seramai lebih kurang 145 peserta wanita Katolik yang datang dari Paroki Katedral St. Mary Sandakan, Paroki Holy Trinity Tawau, Paroki St. Dominic Lahad Datu, Paroki St. Martin Telupid, Paroki Our Lady of Fatima, Beluran dan juga Misi Paitan. Tiga Religius Sister (FSIC) turut menyertai. Fasilitator adalah Sr. Maria Dipal, RGS (Sister Gembala Baik) dan turut hadir, Rev. Fr. Christopher Ireneus
selaku Pembimbing Rohani kepada KWKKS.
Pendaftaran bermula pada
jam 4:00 petang dan diikuti dengan Jalan Salib yang diadakan di Katedral St.
Mary. Puan Cecelia D’Souza selaku Ketua Penyelaras KWKKS mengalu-alukan
kehadiran para wanita dengan harapan semua dapat diperkasakan lagi sebagai
seorang wanita dengan menimba ilmu melalui program ini. Beliau juga berharap agar setiap yang hadir dapat
mengalami perubahan, untuk lebih memahami hati sendiri dan memperteguhkan iman jauh
lebih dalam lagi dengan semangat baru dan menjalani kehidupan dengan cara baru
untuk melayani Tuhan serta sesama.
Rev. Fr. Christopher dalam ucapannya, menyeru para wanita di keuskupan ini untuk berjalan bersama bagi memperkasakan pelayanan kerasulan wanita Katolik di gereja dan lebih utama lagi mereka haruslah bijaksana ketika melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga bermula dari keluarga masing-masing. Fr. Christopher menegaskan bahawa pelayanan kerasulan wanita Katolik tidak semestinya hanya berfokus pada gereja. "Keluarga itu adalah Gereja (gereja kecil), di mana pelayanan wanita-wanita sebagai isteri, ibu, kakak sangat penting dan amat besar tanggungjawabnya", katanya.
Beliau juga mengingatkan agar setiap yang hadir untuk merenungkan dalam diri masing-masing mengenai apakah yang mereka mahu dapatkan dan harapkan daripada program tersebut. Rev. Fr. mengatakan bahawa sebagai salah satu cara memproses apa yang telah mereka lalui dalam program itu, beliau ingin melihat bersama mereka hasilnya nanti secara realiti, sama ada apa yang mereka harapkan itu dapat perolehi untuk dipraktikkan atau diubah dan digunapakai dalam pelayanan mereka. Dengan itu, beliau berharap agar wanita-wanita ini benar-benar dapat diperkasakan dalam pelayanan di gereja dan sekaligus terhadap pelaksanaan tanggungjawab kepada keluarga juga.
Beliau juga mengingatkan agar setiap yang hadir untuk merenungkan dalam diri masing-masing mengenai apakah yang mereka mahu dapatkan dan harapkan daripada program tersebut. Rev. Fr. mengatakan bahawa sebagai salah satu cara memproses apa yang telah mereka lalui dalam program itu, beliau ingin melihat bersama mereka hasilnya nanti secara realiti, sama ada apa yang mereka harapkan itu dapat perolehi untuk dipraktikkan atau diubah dan digunapakai dalam pelayanan mereka. Dengan itu, beliau berharap agar wanita-wanita ini benar-benar dapat diperkasakan dalam pelayanan di gereja dan sekaligus terhadap pelaksanaan tanggungjawab kepada keluarga juga.
Program memperkasakan
wanita ini adalah satu inisiatif KWKS yang mahu membantu
wanita-wanita di keuskupan untuk bertumbuh dan melayani sesama dengan
cintakasih sesuai dengan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan.
Dalam sesi pertama, Sr.
Maria mengajak para peserta untuk menyiapkan diri dan merenungkan beberapa
persoalan:- 1) Dimanakah engkau? 2)
Mengapa anda di sini? 3) Apa yang anda cari? 4) Apakah yang anda
minta/harapkan? Beliau memetik
firman Tuhan, ‘Segala sesuatu ada
waktunya’ (Pengkotbah 3:1). Mengimbas kembali peristiwa Kejadian, di mana
Tuhan menciptakan dunia ini dan segala isinya sesuai dengan waktunya dan semua
baik dan indah.
Sesi kedua adalah
mengenai Perjalanan Batin di mana para peserta diminta untuk mendengarkan dengan
lebih dekat dan teliti akan hikmat kebijaksanaan setiap musim kehidupan dengan
menggunakan refleksi, doa dan meditasi. Musim kehidupan merangkumi kitaran
hidup yang membawa pertumbuhan, pengalaman dari segi spiritual dan menyedari
kehadiran Tuhan di dalam diri.
Sesi ketiga membawa
semua wanita Memahami Krisis Kehidupan Manusia yang mempunyai 4 Peringkat Perkembangan iaitu Fizikal, Kognitif/Pemikiran, Sosial/Personaliti dan Teori. Dalam
sesi ini, Sr. Maria membicarakan krisis-krisis kehidupan wanita. Para wanita
memerlukan satu semangat yang utuh, mentaliti yang bijaksana dan kematangan
sikap di mana semua ini dapat diperoleh apabila mereka percaya, bertumbuh,
berbuah dalam Yesus Kristus.
Memasuki sesi keempat
iaitu Bangkit dari Kegelapan di Hati dan Memilih Terang Hidup. Dalam sesi ini menerangkan tentang seseorang
akan mula pulih di saat mereka didengari dan sangat penting untuk mendengar
luahan seseorang yang menghadapi krisis.
Bina perhubungan yang mesra dan selesa untuk menyelesaikan krisis.
Sesi kelima ialah
tentang Mewujudkan Ruang Kudus. Untuk
membina sistem sokongan, Kerasulan Wanita Katolik haruslah mewujudkan ruang kudus dalam
persahabatan dan hidup berkomuniti. Program
ini merupakan program belajar bersama, berkongsi kebijaksanaan, mencari dan
mendalami makna dan erti, memberi dan menerima sokongan serta memupuk proses
transformasi (perubahan).
Program memperkasakan
wanita ini berakhir dengan semangat baru dan diharapkan dapat dikongsikan bersama
dengan para wanita di paroki masing-masing.
Dengan iringan doa dari Rev. Fr. Christopher Ireneus sebagai penutup tirai
program ini, semua wanita yang hadir membawa harapan untuk bertumbuh dan
berbuah dalam Kristus.