Artikel oleh - Girald Palipus
Gambar oleh - Bertram Lansing/Lawrence Matusin/Carlson R. Fong
Gambar oleh - Bertram Lansing/Lawrence Matusin/Carlson R. Fong
TELUPID – 13 November 2016. Hari ulang tahun Paroki St. Martin, Telupid dirayakan setiap tahun pada bulan November untuk mensyukuri rahmat yang telah diberikan oleh Tuhan. Namun pada kali ini ianya disambut sempena Jubli Emas Paroki, di mana usia Paroki St. Martin kini telah menjangkau 50 tahun.
“Tidak ada yang mustahil tetapi kita mesti bersatu, maka marilah kita bermula dari perayaan Jubli Emas ini kita melangkah lebih jauh ke hadapan. Kita buka mata iman kita seluas-luasnya supaya kita dapat melakukan yang terbaik untuk gereja kita dan lebih-lebih lagi untuk kemuliaan dan keagungan Tuhan”. Demikianlah kata-kata ucapan daripada Rev. Fr. Jasery G. Emanuel selaku Rektor di Paroki St. Martin ini.

Perayaan ini dimulakan dengan Misa Kudus tepat pada jam 9.00 pagi yang diselebrankan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan dibantu oleh Rev Fr Jasery G. Emanuel, Fr. Bruno Yasun dan Dikon Christopher Ireneus. Sekali lagi hari yang bersejarah telah dicipta di paroki ini dengan penglibatan umat dari pelbagai bangsa yang sentiasa bekerjasama di antara satu sama yang lain sebagai satu keluarga di dalam kasih Tuhan.
Dalam misa ini juga, seramai 78 orang calon IKD telah menerima sakramen penguatan. Diakhir misa ini, Bapa Uskup telah merakamkan rasa syukur dan terharu beliau kepada semua umat yang hadir untuk bersama-sama merayakan Hari Jubli Emas Paroki yang julung-julung kali diadakan di paroki ini, lebih-lebih lagi perayaan ini telah dirayakan dalam Tahun Kerahiman.
Selepas Misa Kudus berakhir, perayaan dilanjutkan di bangunan pastoral yang baru sahaja selesai diubahsuai. Bangunan yang pada dahulunya adalah sebuah asrama, kini telah di ubahsuai menjadi bangunan Pusat Pastoral St. Martin yang baru. Bapa Uskup meninjau sekitar bangunan ini sekaligus memberkatinya.
Kehadiran umant di Dewan Paroki St Martin, Telupid |
No comments:
Post a Comment