Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 23, 2016

Pergi dan jadilah Saksi Kristus!

Artikel oleh Rogena Roger
Gambar oleh Eman


Sandakan: Seramai 71 orang calon penguatan telah menerima Minyak Urapan Krisma dalam upacara Misa Kudus Penerimaan Sakramen Penguatan yang bertempat di gereja St. Mark pada 19 November 2016. Misa kudus yang diselebran oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusin Gitom ini bermula pada jam 10 pagi dan telah dihadiri seramai lebih kurang 300 umat. 
Dalam 71 calon yang menghadiri upacara Misa Kudus Penerimaan  Sakramen Penguatan ini, 43 calon adalah dr Gereja St Paul Ulu Dusun, manakala selebihnya adalah dari Gereja St.Mark.
Sewaktu homili, Bapa Uskup mengungkapkan rasa syukur kerana turut serta dalam Misa Kudus Penguatan ini dan beliau memberi penegasan kepada para calon penguatan dan juga kepada para umat yang hadir bahawa saat ini merupakan satu kesempatan untuk merenung bagaimana sakramen itu benar-benar dapat membantu kita sebagai umat Kristian. Beliau menjelaskan bahawa sakramen ini bukanlah semata-mata satu upacara yang harus dilalui oleh setiap umat Kristian, tetapi ianya suatu tanda untuk terus ikut serta dalam misi penginjilan agar dapat memberi kesaksian tentang iman kita. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa Sakramen Penguatan ialah suatu transisi ke arah pendewasaan kita di dalam iman. Beliau mengatakan bahawa kita seharusnya mempunyai hubungan yang mendalam dengan Kristus agar kita boleh memberi kesaksian kepada orang lain. Bapa Uskup mengakhiri homilinya dengan berharap agar para calon akan terus menyertai segala aktiviti yang dijalankan di dalam gereja, mempunyai rasa tanggungjawab, semangat kekitaan dan semoga semua calon dapat terus berjalan bersama sebagai satu keluarga.
Dalam ucapan penutup, Bapa Uskup mengucapkan tahniah kepada semua Ibu bapa, para pembimbing dan semua yang terlibat kerana telah mendorong, menyokong serta berjaya membimbing mereka sehingga menerima sakramen penguatan. Beliau juga menekankan bahawa dengan sokongan dan kerjasama antara komuniti-komuniti yg terlibat, barulah gereja dapat berkembang dengan baik. 
Selepas misa kudus berakhir, semua umat yang hadir dijemput ke dewan untuk bersama-sama dalam jamuan kesyukuran serta penyampaian sijil bagi semua penerima Sakramen Penguatan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent