oleh Helen John
Sempena dengan
Tahun Jubli Belas Kasihan, Katedral St. Mary Sandakan telah menganjurkan
aktiviti ziarah untuk masuk ke pintu belas kasihan di gereja tempatan seluruh
Sabah. Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada umat
yang tinggal di sekitar katedral, paroki Beluran, Zon Nangoh, Bukit Garam,
Kunak dan Tawau. Ziarah ini berlangsung selama empat hari bermula pada 14 – 17 November 2016 dan diketuai oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius
Dusin Gitom dan dibantu oleh Rev. Fr. Philip Muji, Diakon Christopher Ireneus,
FSIC Sr. M. Lilian Unsoh, FSIC Sr. M. Martina James dan Pengerusi Majlis
Pastoral Encik Pilis Malim.
Matlamat ziarah
ini diadakan adalah untuk menggalakkan umat berziarah memohon belas kasihan dan
pengampunan Tuhan serta untuk memperbaharui iman .
Pada hari
pertama ziarah, para peserta berkumpul seawal 6 pagi di perkarangan gereja St.
Joseph untuk mendengar taklimat dan berdoa bersama sebelum memulakan perjalanan.
Destinasi pertama ziarah adalah ke
Gereja St. Dominic, Lahad Dato. Setibanya di sana, Rev. Fr. Simon Kontou selaku
paderi paroki mengalu–alukan kehadiran para penziarah disamping menyediakan jamuan
ringan.
Perjalanan diteruskan untuk melawat ke Gereja St. Peter, Kunak. Mr. Cornelius
Jomol selaku pengerusi majlis pastoral dan beberapa orang kerasulan wanita
katolik (Kwk) mengalu – alukan kedatangan para penziarah. Mereka turut
menyediakan makan tengahari khas untuk peserta ziarah.
Selesai makan
tengahari, perjalanan diteruskan ke tempat penginapan Kuhara Court untuk
menyimpan barang–barang sebelum menghadiri misa petang di Gereja Holy Trinity,
Tawau yang diupacarakan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dibantu oleh Rev. Fr. Philip Muji dan Diakon
Christopher Ireneus. Dalam homili, bapa uskup mengingatkan para peserta ziarah tentang apakah fokus utama
semasa berziarah? Jangan berziarah semata-mata untuk mengharapkan mukjizat
tetapi fokuskanlah ziarah kita pada Tuhan. Ziarah ini merupakan suatu
kesempatan untuk kita mendekatkan diri pada Tuhan serta memperbaharui cinta
kasih kita kepadanya dan sesama kita.
Selepas makan
malam, para peserta ziarah kembali ke tempat penginapan untuk merehatkan diri masing-
masing .
No comments:
Post a Comment