Sandakan – Komisi Kerasulan Belia Keuskupan
(KBK) telah meneruskan pertemuan mereka bersama Kerasulan Belia Paroki (KBP) di Keuskupan Sandakan.
Dialog pada kali ini diadakan di paroki St. Mary, Sandakan pada 8hb November yang
lalu. Perjumpaan ini dihadiri oleh Tim KBP sendiri dan beberapa orang belia
yang berpotensi untuk menjadi ahli Tim KBP pada masa akan datang. Selain itu,
turut hadir bersama adalah Sr. Lilian Unsoh. fsic selaku Pembantu Penasihat Rohani bagi tim KBP
paroki Sandakan.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk bertemu, melihat keperluan dan mendengar pengalaman mereka terutama sekali di dalam pelayanan sebagai pemimpin belia Paroki.
Perjumpaan bermula kira-kira jam 8 malam
dimulai dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Sr. Lilian di ikuti dengan perkongsian mengenai kegembiraan dan cabaran mereka semasa
melayani sebagai tim KBP.
Masing-masing mempunyai pengalaman
tersendiri. Walaupun pengalaman mereka berbeza namun satu perkara yang mereka semua alami iaitu persahabatan dan berjalan bersama meskipun dikalangan mereka ini berlainan kaum.
Selain itu, ada di antara mereka yang dapat belajar banyak pengalaman baru. Contohnya seperti, dapat berpeluang untuk menjadi penganjur buat pertama kalinya untuk program belia di gereja, menjadi berani dan lebih berfikiran terbuka serta merasa disayangi dan diterima dalam tim. “Feel the love of God through the others that is blessing” kata seorang daripada mereka.

Namun, mereka juga menghadapi cabaran semasa
melayani. Kebanyakan mereka mempunyai kesukaran dalam membahagikan masa.
Di mana mereka perlu berikan masa untuk keluarga, kerja dan diri sendiri.
Selain itu, ada dikalangan mereka yang kurang keyakinan dalam diri dan sentiasa perlukan motivasi untuk terus kuat.
Ada pula antara mereka yang mempunyai kesukaran untuk mengikuti program atau mesyuarat kerana tidak mempunyai kenderaan. Mujurlah ada rakan-rakan yang memahami, selalu bermurah hati untuk menghantar mereka pulang.
Adakalanya fokus pelayanan itu tidak berdasarkan kepada Yesus kerana menjadi kebiasaan untuk melayani maka pelayanan itu lebih dirasakan sebagai satu kerja yang perlu diselesaikan.
Perkara yang paling mencabar bagi mereka adalah salah faham terutama sekali komunikasi. Sememangnya ini merupakan cabaran yang sering kali di hadapi oleh para pemimpin walau dimana pun pelayanan mereka.
Walaubagaimana pun, setiap cabaran itu boleh ditangani, diselesaikan dan diperbaiki dengan cara yang baik. Yang penting ruang dan masa diperuntukan untuk berdialog agar setiap orang dapat didengari dan diterima tanpa dihakimi agar persefahaman dapat dicapai.

(Bergambar bersama Tim KBP, Sister Lilian dan Komisi KBK)
Komisi KBK Sandakan akan meneruskan sesi pertemuan dan dialog bersama KBP Our Lady Of Fatima, Beluran pada
tanggal 11 November 2016.
No comments:
Post a Comment