Artikel oleh Farnandes
Gambar oleh, Farnandes, Dominggus dan Arnoldus
St. Dominic
Lahad Datu: Setiap tahun pada bulan Oktober, Paroki St. Dominic akan merayakan Misa penyambutan pertama bagi adik-adik dari kelas Pertemuan Minggu Gembira (PMG). Pada 23
Oktober 2016 yang lalu, seramai 76 adik-adik calon
penyambutan pertama telah menerima Tubuh Kristus dalam misa ke-3 yang juga
adalah misa khas pada hari ahad yang lalu. Perayaan diselebrankan oleh Rev.
Father Simon Kontou yang bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 12.30
tengahari.
“Saudara
dan saudari pada minggu yang lalu, bacaan sabda Tuhan menekankan betapa
pentingnya berdoa dengan tekun, kerana doa-doa kita itu melindungi iman kita.
Bila kita berhenti berdoa kita akan kehilangan iman dan disitulah juga kita
akan kehilangan Tuhan. Manakala pada minggu ini kita bertemu denga dua orang
yang pergi berdoa dirumah Ibadat, Iaitu seorang Farisi dan seorang pemungut
cukai. Daripada cara kedua orang ini berdoa kita boleh kenal orang-orang ini.
Orang Farisi
ini sangat baik, mematuhi semua hukum orang-orang Yahudi dan menderma 10%
daripada pendapatannya kepada gereja, serta berpuasa 2 kali seminggu dan sangat
berbeza dengan pemungut cukai kerana sangat berdosa didalam kehidupannya. Namun, Tuhan tidak suka akan doa orang Farisi tersebut, kerana dalam doanya bukanlah
bersyukur kepada Tuhan tetapi meminta puji dihadapan Tuhan. Dia berdoa bukan
kerana dia mengasihi Tuhan, dia menderma bukan kerana dia peduli akan orang-orang
yang miskin serta dia menganggap dirinya sangat kudus dan layak mendapat
balasan dari surga.
Bagi
pemungut cukai ini pula, dia datang untuk berdoa kerana dia sedar akan dosanya
dan menganggap Tuhan itu sangat kudus dan mengampuni. Dia juga sangat yakin bahawa Tuhan
mampu mengampuni dia. Akhirnya Tuhan mengatakan bahawa doa pemungut cukai itu
dibenarkan. Kita berdosa tetapi ada peluang untuk kita diselamatkan jika kita
bertaubat. Tetapi jikalau kita sombong ia memusnahkan segala kebaikan yang kita
lakukan serta tertutuplah semua rahmat yang dari Tuhan kerana melalui
kesombongannya itu, akhirnya ia tidak menerima Tuhan”. Demikianlah kata-kata
Rev. Father Simon di dalam homili beliau sempena misa khas ini.
No comments:
Post a Comment