Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 5, 2015

MENGALAMI KEHADIRAN KRISTUS MELALUI TUBUH DAN DARAHNYA

Oleh Julita, SOCCOM Tawau

Tawau : Gereja Holy Trinity Tawau telah menyaksikan seramai 74 kanak-kanak dari ketiga-tiga bahasa ( Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris  dan Cina ) menerima buat pertama kalinya Tubuh dan Darah Kristus. Antara mereka adalah, 10 kanak-kanak dari kumpulan Bahasa Cina, 22 dari kumpulan Bahasa Inggeris dan 42 dari kumpulan Bahasa Malaysia.
Dua minggu sebelum upacara penyambutan komuni pertama ini, para kanak-kanak telah menjalani 2 sesi persediaan sebagai langkah untuk memastikan mereka benar-benar bersedia dan memahami erti Sakramen Penyambutan, dianjurkan oleh para fasilitator Pertemuan Minggu Gembira.
Perayaan Misa dan Upacara Penyambutan Komuni Pertama ini telah diupacarakan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Uskup Sandakan pada 25 Oktober 2015. Turut merayakan bersama ialah Msgr. Nicholas Ong dan Fr Johnny Raju. 
Dalam khotbahnya, Bapa Uskup Julius menyentuh tentang kepentingannya fokus setiap umat dalam mencari dan mengenali Kristus dalam hidup seharian. Prelatus itu memetik contoh dalam bacaan Injil minggu itu tentang lelaki buta yang menyeru nama Kristus dengan penuh harapan dan percaya, di kalangan orang ramai semata-mata untuk di sembuhkan
Sebagai anak-anak Tuhan, kita semua tidak sempurna. Oleh itu, kita haruslah mencari dan mengenali-Nya dan mengakui kelemahan iman kita. Dalam mencari Kristus, hendaklah kita mendengar akan suara-Nya dan dengan iman datanglah dan berhadapanlah dengan Dia.
Kepada calon-calon Komuni Pertama, Bapa Uskup Julius berkata, 'hari ini merupakan pengalaman pertama bagi kamu untuk mengalami kehadiran Kristus dalam kehidupan kamu.  Datanglah kepada Tuhan dengan rendah hati, penuh harapan dan percaya. Tumbuhlah dalam iman dan teruskanlah mengenali Kristus melalui Ibubapa dan para pembimbing kamu. Sakramen ini akan menyediakan kamu  kepada sakramen-sakramen gereja yang lain.'
Selepas misa tersebut, satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di Dewan Paroki bersama Bapa Uskup Julius, para paderi dan religius, para calon penerima Komuni Pertama dan para ibubapa.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent