gambar oleh Rayner dan Eman
Sandakan: Kerasulan Belia Mark-Peter telah
mengadakan 'Campus Gathering' bagi para belia yang menuntut di universiti / kolej
yang berada di Sandakan pada 14hb Oktober 2015. Seramai 74 pelajar termasuk tim
penganjur telah menyertai program ini
yang diadakan di Dewan Gereja St. Mark.
Objektif pertemuan ini adalah:
- Mengenali dan mewujudkan hubungan antara pelajar-pelajar kampus
- Menyambut pelajar junior dan menghargai pelajar senior yang akan menamatkan pengajian
- Memperkenalkan Tim Belia Mark-Peter
Seawal 7.30 pagi, tim belia Mark-Peter telah
berkumpul di Gereja St. Mark bagi mengambil pelajar-pelajar di kampus mereka. Program
dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan kata-kata aluan daripada Sdra. Tommy Gedeus, pelajar
Politeknik, disusuli dengan doa pagi serta pujian dan penyembahan.
Sesi pertama, “Siapa Saya” telah
dikendalikan oleh Sdra. Janarius Majin, belia Mark-Peter. Dalam sesi ini, para
peserta memperkenalkan organisasi mereka serta ahli belia mereka. Pelajar
UMS mempunyai organisasi mereka sendiri iaitu Catholic Students Family (CSF).
Organisasi bagi Politeknik dipanggil Youth of God (YOG). Bagi MRSM pula
organisasi mereka dipanggil Catholic Students Society (CSS). Di akhir sesi, satu
video telah ditayangkan mengenai perjalanan aktiviti-aktiviti belia dari semua
kampus yang terlibat.
Seterusnya diadakan sesi ‘ice-breaker’ dan pembahagian kumpulan. Sesi kedua iaitu “Perhubungan” dikendalikan oleh Sdra. Eman, belia Mark-Peter. Melalui perkongsian,
perhubungan peserta dapat dipereratkan dengan pelajar kampus yang
lain. Peserta juga dapat lebih memahami erti perhubungan agar dapat melayani sesama serta dapat mewujudkan komuniti baru. Tepat jam 12 tengahari, peserta diberi sedikit penerangan
tentang doa Angelus serta berdoa bersama.
Selepas makan tengahari, sesi seterusnya ialah “Pelayanan” yang dikendalikan oleh Sdra. Alday Alexsius. Dalam
perkongsiannya, peserta dapat mengetahui perbezaan melayani di dalam
gereja dan di luar gereja. Terdapat pelbagai halangan dalam pelayanan sebagai
seorang pelajar di tempat baru. Sesi diteruskan dengan perkongsian dalam kumpulan
tentang pelayanan masing-masing. Tepat jam 3.00 petang, peserta diberi penerangan
tentang Doa Kerahiman Ilahi serta berdoa bersama.
Pada sebelah petang, para peserta telah menjalankan aktiviti riadah bersama dan permainan pertama dipanggil ‘Teka Siapa Saya’. Objektif
dari permainan ini ialah memupuk keberkesanan interpretasi dan komunikasi yang
ingin disampaikan, membentuk kreativiti dan kemahiran penyampaian idea serta
mengukuhkan hubungan dan kerjasama sebagai satu pasukan.
Permainan kedua dipanggil ‘Si Lumpuh' bertujuan mewujudkan
kerjasama dalam pasukan, bersedia menghadapi segala rintangan semasa melaksanakan pelayanan. Selepas acara
permainan berakhir, perkongsian terbuka diadakan untuk memberi ruang kepada
peserta meluahkan pendapat masing-masing.
No comments:
Post a Comment