Sandakan – Lebih dari 250 orang
umat Katolik telah bersama-sama menjayakan program “Movie Night” pada 31
Oktober 2015. Tajuk “Mom’s Night Out” telah
menambat hati para penganjur untuk menjadikan filem itu sebagai salah satu aktiviti pencarian
dana bagi penganjuran Kem Rakan Belia SYD4 yang akan datang.
Sabah Youth Day (SYD) 4 merupakan
program Gereja dari belia, bersama belia dan untuk belia. Ia merupakan acara
sekali dalam empat tahun untuk mengumpulkan para belia Katolik dari seluruh
Sabah untuk mengalami Kristus melalui sesi-sesi dan program yang disediakan
dalam acara tersebut. Ini merupakan satu kebanggaan apabila SYD4 akan diadakan
di Keuskupan Sandakan buat pertama kalinya pada 6 hingga 10 Jun 2016 di
Paroki Holy Trinity, Tawau sebagai tuan rumah.
Sempena dengan program SYD4,
Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan sedang berusaha mengumpulkan 300 belia dari
seluruh Keuskupan Sandakan untuk menjadi Rakan Belia semasa SYD nanti, membantu para penganjur mewujudkan suasana “feel belong” kepada peserta SYD4
dan membantu mereka dalam mendalami sesi-sesi sepanjang penganjuran. Maka
dengan itu satu program pembentukan iman dan persiapan iaitu Kem Rakan Belia
SYD4 akan diadakan pada 23 sehingga 26 November 2015 di Paroki Holy Trinity, Tawau.
“Mom’s Night Out!” mengisahkan
seorang ibu dan wanita yang amat tertekan dengan keadaan hidupnya; yang sebenarnya impiannya sejak kecil adalah ingin menjadi seorang isteri dan juga
seorang ibu. Dia memiliki semua yang dia impikan dan lengkap
segala-galanya, akan tetapi dia masih merasakan masih tidak mencukupi untuk
suami, anak-anak, Tuhan dan semuanya.
Cerita ini memberi mesej yang
amat mendalam. Ianya bukan sahaja untuk seorang ibu dan wanita, tetapi ia
memberi mesej dan nasihat kepada semua golongan; kita harus selalu bersyukur, menikmati dan menghargai apa yang Tuhan telah berikan kepada kita serta melihat
kebahagiaan/kegembiraan dalam setiap cabaran hidup.
Dengan penjualan tiket selama 4
minggu bermula 3 hingga 31 Oktober 2015 telah memberi 1001 macam
pengalaman kepada setiap ahli tim yang terlibat. Dengan harga tiket yang bernilai
RM300.00, RM200.00, RM100.00, RM50.00 dan RM30.00 bukanlah suatu yang mudah untuk dijual.
Namun berkat doa dan semangat telah memberi kekuatan kepada semua Ahli Tim Penganjur
untuk terus maju dan berusaha.
Sesuai dengan tema SYD 4
“Berbahagailah mereka yang bermurah hati kerena mereka akan menerima kemurahan”
Mat. 5:7. Jutaan terima kasih kepada semua penderma-penderma di atas kemurahan
hati mereka yang menyokong dan memberi sumbangan. Tim Penganjur juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Fr. Thomas
Makajil, Fr. Phillip Anthony Muji, Fr. Sunny Chung, Dikon Stanley William Matakim dan para Religius Sister yang
banyak menyokong dan membantu belia dalam usaha mencari dana ini.
Apakah kita merasa mencukupi?
“… Finding the joy in every chaos. We are God's masterpiece. That’s enough!!”
No comments:
Post a Comment