Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 20, 2014

YOUTH LEADER'S CAMP 2014 IS NOW ACTIVATED!



St. Dominic Lahad Datu – Youth Leader’s Camp atau lebih dikenali sebagai YLC merupakan satu ruangan bagi pemimpin belia muda dari seluruh Keuskupan Sandakan datang dan berkumpul bagi menemui semula, memperbaharui dan berhubung semula sekali lagi dengan Tuhan, orang lain dan diri mereka sendiri. Ia juga adalah tempat bagi mereka untuk berkongsi kegembiraan dan cabaran mereka dalam pelayanan, bersama-sama belajar perkara-perkara yang baru, disegarkan semula dan akhir sekali mengukuhkan ikatan persahabatan di kalangan mereka.

Paroki St.Dominic Lahad Datu merupakan tuan rumah bagi penganjuran kem pada tahun ini, dan mensasarkan penyertaan seramai 100 orang dari semua Kerasulan belia, pemimpin dari luar stasi dan pemimpin belia yang berpotensi dari keempat-empat paroki di Keuskupan Sandakan. Kem ini akan bermula pada 5 sehingga 9 Februari 2014 dengan bertemakan "Pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-ku!" Mt 28:19.


Seluruh pembentukan dan penyusunan program telah diinspirasikan daripada mesej Bapa Suci Benedict XVI semasa Hari Dunia Belia di Rio. Objektif bagi kem tahun ini tidak jauh daripada dua penganjuran YLC yang lalu iaitu:
  1. Untuk berkumpul dan menguatkan hubungan melalui persahabatan, perkongsian dan menimba ilmu diantara semua pemimpin belia di keempat-empat paroki.
  2. Untuk mencari, belajar, memperbaharui semula iman sebagai seorang individu / pemimpin.  
  3. Untuk membangkitkan/mencetuskan didalam peribadi pemimpin belia hati seorang Misionari.
Tim penganjur kem tahun ini terdiri daripada gabungan tenaga dua pelayan sepenuh masa pejabat belia Keuskupan Sandakan dan tim Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu. Mesyuarat bagi persiapan kem ini telah diadakan sebanyak empat kali dan tetap diteruskan sehingga hari YLC diadakan. 

Semoga dengan campur tangan dan berkat Tuhan dalam penganjuran YLC tahun ini dapat membentuk serta mencetuskan hati seorang misionari dikalangan peribadi-peribadi pemimpin belia yang hadir kerana seperti kata Bapa Paus Benedict XVI dalam mesej beliau untuk Hari Belia Sedunia , Rio "Kamulah misionari yang pertama dikalangan rakan-rakan sezaman anda!"

.... To be continued!
 
Laporan dan gambar oleh Farnandes Siprianus
SOCCOM YLC III

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent