Gambar : Peter C
Album Kenangan Fr. Thomas Makajil bersama rombongan dan umat Katolik Kg. Matanggal Baru Paitan, Sabah. |
Sebelum ini pertemuan Ibadat Sabda dan misakudus diadakan di rumah Ketua Kampung KK. Apong Nonoh. Pembinaan Chapel Katolik ini adalah sumbangan dari umat Katolik Telupid, umat Ulu Dusun, penduduk kampung, manakala papan serta kerja pembinaan diusahakan sendiri oleh KK. Apong Nanoh sendiri sehingga siap. Anggaran perbelanjaan keseluruhan hampir mencecah RM10 ribu.
Kampung ini berada di tengah ladang. Penduduk tempatan di sini bekerja sebagai petani yang bercucuk tanam, berkebun getah dan buruh di ladang syarikat kelapa sawit. Keadaan geografinya serta kekurangan kenderaan pengangkutan telah menimbulkan masalah perbubungan. Ketiadaan kemudahan asas seperti air paip dan bekalan letrik menambahkan kerumitan hidup mereka.
Chapel St. Teresa Avila Kg. Matanggal Baru, Paitan
Upacara pemberkatan Chapel disempurnakan oleh Fr. Thomas Makajil Rektor Paroki Katedral St. Mary Sandakan, Sabah. |
Add caption |
Upacara Perasmian telah dilakukan oleh Fr. Thomas Makajil. Sebelumnya beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya para penderma sehingga chapel ini dapat didirikan dengan sempurna.
Fr. Thomas meletakkan papan tanda perasmian
Fr. Thomas Makajil menyerahkan Salib kepada Encik Willie Pius |
Encik Willie Pius, ketua Komuniti Umat Katolik Zon Paitan merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para umat Katolik atas pengorbanan serta komitmen mereka melaksanakan projek pembinaan Chapel. Beliau seterusnya mengajak umat untuk bersatu dan memupuk sikap semangat kekitaan supaya umat dapat berkembang dalam apa juga segi.
Christopher Majud |
Christopher Majud adalah seorang Katekis Paitan Mission yang bertugas di Gereja Katolik St. Peter Rasul dan merupakan Penginjil Kg. Tawanan, Paitan. Pada setiap minggu dia akan hadir untuk melakukan khidmat Ibadat Sabda di Kg. Matanggal baru.
Peter Saimin |
Peter Saimin selaku Ketua Katekis Paitan Mission telah mengimbas kembali pelayanan penyebaran Khabar Baik sejak tahun 1985 yang bermula di Bukit Tuhan, Paitan. "Fr. Thomas Makajl dan KK. Apong terus giat meneruskan misi penyebaran Khabar Baik ini" katanya.
KK. Apong Nonoh |
KK. Apong Nonoh selaku Ketua Kampung Matanggal Baru, Paitan mengharapkan ada lawatan pastoral dari luar dan kampung-kampung Katolik yg berhampiran untuk membantu dalam segi pembangunan kerohanian dan pendalaman iman.
Fr. Thomas Makajil |
Fr. Thomas dalam ucapan terima kasihnya sangat menghargai semangat iman mereka yang membina chapel ini. Katanya "Gereja Katolik bermaksud "Universal". Maka itu, rumah ini hendaklah digunakan oleh tiap umat Katolik yang datang bersembahyang dan mengadakan aktiviti kerohanian di sini" katanya. "Walaupun kecil tapi berharga di mata Tuhan" tambahnya.
Chapel ini adalah simbol kepercayaan dan ketabahan Komuniti Kristian di Kg. Matanggal. Fr. Thomas mengajak para muda-mudi, umat sekitar, pekerja Katolik di ladang dapat hadir membantu melayani kegiatan rohani di sini. "kerana tempat ini masih memerlukan bimbingan liturgi, rohani dan iman".
Selepas Misakudus dan majlis ucapan maka rombongan paderi yang terdiri daripada religius dan kerasulan wanita serta mudamudi dari Gereja Katolik St. Francis Asissi Kg. Sukang, Koiboton serta umat dari Nangoh dan Telupid merayakan Natal bersama umat dengan makan bersama tengahari dan memberikan hadiah kepada kanak-kanak.
Chapel ini adalah simbol kepercayaan dan ketabahan Komuniti Kristian di Kg. Matanggal. Fr. Thomas mengajak para muda-mudi, umat sekitar, pekerja Katolik di ladang dapat hadir membantu melayani kegiatan rohani di sini. "kerana tempat ini masih memerlukan bimbingan liturgi, rohani dan iman".
Selepas Misakudus dan majlis ucapan maka rombongan paderi yang terdiri daripada religius dan kerasulan wanita serta mudamudi dari Gereja Katolik St. Francis Asissi Kg. Sukang, Koiboton serta umat dari Nangoh dan Telupid merayakan Natal bersama umat dengan makan bersama tengahari dan memberikan hadiah kepada kanak-kanak.
Chapel ini diberi nama Santa Teresa Ávila, juga dipanggil Santa Teresa Yesus (lahir di Gotarrendura (Ávila), Old Castile, Spanyol, 28 mac 1515 – meninggal di Alba de Tormes, Salamanca, Sepanyol, 4 Oktober 1582 pada umur 67 tahun) adalah seorang mistik, biarawati Karmelit dan penulis Anti Reformasi.
Dia seorang pembaharu Ordo Karmelit dan bersama Yohanes Salib merupakan pendiri Karmelit Ciaka. Pada 1970 dia diberi gelar Doktor Gereja oleh Paus Paulus VI. Dia dihormati Gereja sebagai “Master spiritualium”, ibu dan guru spiritualitas. Ia dituntun Roh Kudus untuk menyebarkan pengetahuan mistik cinta, suatu pengalaman persatuan intim dengan Allah. Santa penaung ini dirayakan pada 15 Oktober.
No comments:
Post a Comment