Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 30, 2014

Program Kesedaran tentang Pembangunan Insan di Paroki Holy Trinity, Tawau

Oleh DS/sj
TAWAU: Selepas sahaja Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan dibentuk dengan secara rasminya pada 18hb Januari 2014 lalu, Sr Maria Dipal, RGS selaku Pengerusi yang dilantik untuk sesi 2014-2016 telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kesedaran di kalangan umat awam khasnya di peringkat Komuniti Kristian Dasar (KKD) di seluruh Keuskupan Sandakan mengenai ‘Pembangunan Insan seiring dengan Ajaran Sosial Gereja Katolik’. Beliau dibantu oleh Setiausaha KPIK iaitu saudari Shirley Joseph. Program kesedaran tersebut telah dimulakan di Paroki Holy Trinity, Tawau.
Selain mewujudkan kesedaran, objektif utama program kesedaran ini juga untuk mempersiapkan pembentukan semula / pembaharuan komitmen para ahli Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP). Oleh itu, dengan kerjasama daripada ahli KPIK dari Paroki Tawau dan atas sokongan Paderi Paroki, Msgr. Nicholas Ong, program tersebut telah dapat dijalankan dengan baik pada 24hb hingga 26hb Januari 2014. Seramai lebih kurang 180 umat telah menghadiri program ini yang telah diadakan di beberapa tempat atau KKD dalam Paroki Tawau.
Input yang telah diberikan telah mendapat respon positif daripada umat yang menghadiri di mana dalam sesi tersebut beberapa penekanan telah diberikan oleh Sr Maria. Pada sesi itu, para hadirin mendapat peluang untuk:-
· Mengetahui dan mendalami apakah maksud pembangunan insan yang integral
· Mengetahui tentang perlunya pembangunan insan yang integral
· Membuat renungan mengenai aspek-aspek penting Pembangunan Insan yang seiring dengan dan “diperjuangkan” oleh AJARAN SOSIAL GEREJA dan NILAI-NILAI INJIL.
· Mempelajari dan memahami tentang 3 unsur penting bagi Gereja:-
(i) Alkitab / Sabda - mendengar Berita Baik
(ii) Sakramen - ibadat, kehidupan doa, dan sebagainya
(iii) Misi sosial - tindakan untuk keadilan sosial
· Mengetahui apakah peranan Gereja di dunia moden:-
(i) Menawarkan bantuan kepada orang / individu
(ii) Menawarkan bantuan kepada aktiviti manusia
(iii) Menawarkan bantuan kepada masyarakat sosial
· Mempelajari dan memahami tentang 7 tema penting Ajaran Sosial Gereja Katolik:-
(i) Kehidupan dan Maruah Manusia
(ii) Panggilan kepada Keluarga, Komuniti dan Keterlibatan
(iii) Hak-hak dan Tanggungjawab
(iv) Peluang bagi Mereka yang Miskin dan Lemah
(v) Maruah Pekerjaan dan Hak-hak Asasi para Pekerja
(vi) Solidariti
(vii) Menjaga Ciptaan Tuhan
· Mempelajari dan memahami tentang apakah misi sosial Gereja:-
(i) Kebajikan Sosial - merawat kesan-akibat satu masalah
(ii) Keadilan Sosial - respon / merawat akar-umbi masalah
Berikut merupakan imbasan perjalanan program selama tiga hari dijalankan dalam bentuk gambar:-
HARI PERTAMA: (MALAM) JUMAAT, 24HB JANUARI 2014
TEMPAT: DEWAN GEREJA HOLY TRINITY, TAWAU
PESERTA: PERWAKILAN / UMAT-UMAT DARI KKD KAWASAN BANDAR TAWAU
HARI KEDUA: (MALAM) SABTU, 25HB JANUARI 2014
TEMPAT: GEREJA ST.PAUL, BALUNG
PESERTA: PERWAKILAN / UMAT DARI KKD / BASIS / KAWASAN BALUNG, TAWAU
SESI SUAI KENAL

SESI PERBINCANGAN DAN PERKONGSIAN
HARI KETIGA: (SIANG) AHAD, 26HB JANUARI 2014
TEMPAT: GEREJA HOLY TRINITY,TAWAU
PESERTA: UMAT-UMAT DARI PELBAGAI KUMPULAN PELAYANAN / INDIVIDU
SELEPAS MENGHADIRI MISA KUDUS
 HARI KETIGA: (MALAM) AHAD, 26HB JANUARI 2014
TEMPAT: RUMAH KEDIAMAN SAUDARA LORENS PAULUS, APAS
PESERTA: UMAT-UMAT DARI KKD APAS, TAWAU

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PARA BAPA, IBU DAN BELIA
Di akhir sesi-sesi tersebut, Sr Maria menyeru, "Sebagai Komuniti Kristian, kita mengambil serius  akan pesanan Bapa Suci Franciskus di mana dalam  Eksortasi Apostolik pertamanya,  Evangelii Gaudium, Bapa Suci  mengundang umat beriman  memberi perhatian khusus kepada kaum yang lemah dan miskin. Sudah sewajarnyalah bahawa tahun 2014 merupakan ‘Tahun Iman melalui Perbuatan’". Maka, Sr Maria berharap agar para umat di Paroki Tawau  mengambil bahagian menghidupi Misi  dan Ajaran Sosial Gereja Katolik dalam kehidupan seharian serta menerapkan apa yang sudah dipelajari dari program kesedaran ini dalam kumpulan pelayananKKD juga keluarga mereka masing-masing. “Jika iman tidak disertai perbuatan, maka iman itu pada hakikatnya adalah mati.” - Yakobus : 2:14-17
Perancangan tahunan KPIK juga telah dibuat dan jika tidak terdapat sebarang halangan, program kesedaran ini seterusnya akan dijalankan di Paroki St Dominic, Lahad Datu dalam bulan Februari 2014. Sr Maria juga merancang untuk bersama-sama umat di Paroki Holy Trinity, Tawau bagi merayakan Hari Migran 2014 yang jatuh pada tarikh 28hb September.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent