Oleh Raymond Lee
Diterjemahkan oleh Walter Milter
Telupid : Baru-baru ini para seminarian dari diosis Sandakan telah menganjurkan program hujung minggu bersama para belia di paroki Santo Martin Telupid. Program ini telah diadakan pada 3 hingga 5 Januari 2014. Pihak penganjur amat gembira dengan penglibatan serta sokongan dari paderi paroki, Fr. Jasery dan tiga orang religious sister yang dijemput khas iaitu Sr. Appolonia fsic yang bertugas di St. Mary’s Cathedral Sandakan, Sr. Lucy fsic yang melayani di Kota Belud dan Sr. Liza fsic yang kini sedang melayani di Penampang. Lebih kurang 30 orang belia telah turut serta dalam memeriahkan program ini, yang mana telah dimulakan dengan jamuan makan malam bersama umat di paroki ini pada malam Jumaat.
Seminarian Dafrinn - 'Apakah itu panggilan.' |
Perkongsian 'pangilan' oleh Seminarian Raymond |
Objektif program ini adalah untuk memberi pemahaman yang lebih dekat kepada para umat dan belia tentang maksud panggilan terutamanya panggilan kepada kepaderian dan religius sister. Acara pada waktu pagi dimulakan dengan pengenalan melalui ceramah ‘Apakah itu panggilan?’ yang disampaikan oleh seminarian Dafrinn dan diikuti dengan perkongsian panggilan oleh seminarian Raymond. Seterusnya dalam sesi kedua, Paderi paroki, Fr. Jasery juga telah menerangkan maksud dan pelayanan seorang paderi dalam ceramahnya ‘Paderi Keuskupan’
Fr Jasery, rektor St Martin Telupid |
Sr Appolonia fsic dari Sandakan |
Acara pada tengah hari diteruskan dengan pengenalan tentang religus dan perkongsian yang disampaikan oleh Franciscan Sister. Selepas itu, para sister dan seminarian juga telah menayangkan tayangan pendek yang berkaitan dengan kehidupan mereka seharian dan juga pelayanan mereka di biara dan Kolej St. Peter, Kuching. Acara pada hari tersebut telah diakhiri dengan doa Taize yang dipimpin oleh para seminarian.
Fr. Jasery, semasa misa kudus hari minggu, telah memperkenalkan para seminarian yang hadir kepada para umat. Ini adalah untuk memberi motivasi dan galakan khususnya kepada belia untuk merenung secara mendalam, mempunyai iman kepada Tuhan serta berani dalam menyahut panggilan Tuhan untuk melayaniNya sebagai paderi keuskupan atau religius.
No comments:
Post a Comment