Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 5, 2013

SPARK UP MEETING SYD-4

Oleh Airene A Gumanas
Kota Kinabalu – Setahun sudah berlalu sejak SYD-3 berlabuh tirai di Paroki Holy Cross, Toboh, Tambunan. Pada 1 September 2013 yang lalu ‘Spark Up Meeting SYD-4’ telah diadakan di Catholic Diocesan Centre, Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Anna Teresa Peter Amandus (berbaju hijau) menyaksikan kehadiran perwakilan dari ketiga-tiga Keuskupan yang ada di Sabah iaitu Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keningau dan Sandakan serta dihadiri oleh beberapa orang belia dari pelayanan belia berbahasa Mandarin.
Sebelum mesyuarat dimulakan, acara diawali dengan fellowship makan malam bersama, aktiviti suai kenal, perkongsian dan perbincangan berkenaan pengalaman SYD-3 dan persiapan yang perlu untuk SYD-4 yang akan datang. 
Dalam pertemuan hampir 3 jam ini, Sr. Terry Loukang, FSIC telah memberi sedikit penerangan dan imbasan bagaimana bermulanya Perayaan Sabah Youth Day sehinggalah yang akan datang SYD-4, di mana hos Penganjur ialah Paroki Holy Trinity, Tawau, Keuskupan Sandakan. “SYD-3 sepatutnya dibuat di Diosis Sandakan, tetapi sebab mereka masih baru, SYD-3 dibuat di Diosis Keningau. Oleh sebab itu, untuk SYD-4 pada 2016, ia akan dibuat di Diosis Sandakan sebab mereka sudah matang” tambah beliau.
Topik utama yang diperbincangkan dalam pertemuan ini adalah untuk mengimbas kembali pengalaman-pengalaman dalam penganjuran Sabah Youth Day sebelum ini agar dapat membuat persiapan awal dan rapi untuk penganjuran SYD yang akan datang.
Semua perwakilan yang hadir merasakan ‘karan tatap marak’ dan semangat untuk berjalan bersama kelihatan di wajah setiap perwakilan yang hadir. Juga telah dipersetujui bahawa SYD-4 pada kali ini akan dikemudikan oleh Anna Teresa Peter Amandus, Kordinator Belia Keuskupan Sandakan.
Dengan pertemuan ini, maka bermulalah sudah persiapan SYD-4 2016. Acara diakhiri dengan doa penutup oleh Fr. Ronny Mailap, dari Paroki Holy Cross, Toboh, Tambunan, Keuskupan Keningau.

Nantikan berita terkini SYD-4 dari semasa ke semasa!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent