Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 4, 2013

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DI ST FRANCIS ASSISI PAITAN

Laporan oleh : DaliusLL 
Gambar oleh : Dexter Francis
Chapel Gereja Katolik St. Francis of Asissi Kg. Koiboton, Sukang Paitan Sabah

Sandakan: Pada hari ini 31 Ogos 2013, Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara. Chapel St. Francis Assisi Sukang Paitan turut mencipta satu lakaran sejarah penubuhannya dengan perayaan Misa Kudus sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-50 tahun Sabah merdeka melalui Malaysia dan 56 tahun bagi peringkat Kebangsaan buat kali pertamanya pada jam 9.00 pagi. St. Francis Assisi Sukang Paitan adalah chapel outstasi di bawah naungan Paroki St. Mary Katedral yang terletak lebih kurang 200KM dari Bandar Sandakan.


Turut serta bersama di dalam perayaan Misa Kudus dengan umat Katolik di Kg. Sukang ini, ialah umat dari St. Mary Katedral yang terdiri dari KKD Indah Jaya, KKD Chi Hwa, KKD Kg. Bakau dan 2 wakil dari Majlis Pastoral Paroki. Kehadiran mereka adalah untuk berziarah, menyokong dan membantu umat di sini di dalam aktiviti-aktiviti pastoral.
“Kamu dipanggil untuk kemerdekaan maka abdilah satu sama lain dalam Cinta Kasih”, begitulah sahutan Mazmur pada Misa pagi ini yang membawa mesej yang selaras dengan Tema Kebangsaan yang menginginkan rakyatnya bersatu, mengujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Dalam homilinya, Fr. Thomas Makajil menyatakan kesyukuran sebagai rakyat Malaysia yang aman dan damai berbandingkan beberapa negara yang dibelengu dengan peperangan sesama rakyatnya sendiri. Fr. Thomas menyeru semua umat agar sentiasa berdoa dan mendokong konsep 1 Malaysia sebagai landasan perpaduan dan kemakmuran kepada negara. “Sebagai pengikut Kristus dan sebagai penganut Kristian, dan sebagai rakyat di negara ini, kita semestinya memberi kesaksian cinta kasih kita di dalam kehidupan kita seharian”, jelasnya.
Semasa Misa sambutan Kemerdekaan ini, Fr. Thomas turut juga membuat pembaptisan seorang bayi yang disaksikan lebih kurang 100 umat di Chapel ini. Penutupan Misa dilangsungkan dengan semangat patriotik apabila semua umat menyanyikan lagu ‘Sabah Tanah Air Ku’ dan lagu kebangsaan ‘Negara Ku’ di hadapan bendera negeri dan jalur Gemilang. Seterusnya Fr. Thomas memimpin para umat dengan jeritan Merdeka! Merdeka! Merdeka! dengan begitu lantang sekali dan kemudian disusuli dengan sesi bergambar beramai-ramai di hadapan Chapel.

Gotong-royong memperbesarkan / memperluaskan chapel St Francis Assisi 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent