Javy James dan Bertram Lansing, SOCCOM Telupid
TELUPID – “Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk." (Markus 16:15) SABDA ini yang disampaikan oleh Yesus Kristus kepada anak-anak muridNya merupakan tema bagi program Belia Masuk Kampung (BMK II). Destinasi perkampungan adalah Kg. Kiabau, Telupid yang dilaksanakan pada 30 Ogos – 1 September 2013. Sebelum ini destinasi BMK I adalah di Kg. Mangkadait, Telupid.
Album Kenangan Belia Masuk Kampung Ke-2/2013 |
Seramai 98 peserta belia telah menyertai BMK II terdiri daripada para pelajar Catholic Student Ministry (CSM), para belia stasi luar iaitu dari Kg. Lumou, Kg. Bt. 8, Kg. Maringkan, Ranau, dan belia dari St. Fidelis, Kiabau. BMK II mendapat sambutan yang amat menggalakkan berbanding dengan sebelumnya. Program ini adalah anjuran bersama Tim Kerasulan Belia Paroki Telupid dengan belia kg. Kiabau.
Antara objektif BMK II adalah:
- MENGERATKAN perhubungan semangat Tim, dan kerohanian Katolik serta perkongsian iman di antara Tim Kerasulan Belia Paroki Telupid dengan belia stasiluar.
- MENGAJAK peserta menghayati peranan dan tanggungjawab belia Katolik dan sebagai Pemimpin Gereja masa kini
- SESI Dinamik Belia: Menghayati ‘Perjalanan ke Tanah Suci yang dijanjikan’
- Menghayati Tema BMK II.
GAMBAR-GAMBAR BMK II KG. KIABAU.
Suasana di Meja Pendaftaran
‘Time of life’ |
Pembahagian untuk ke rumah Keluarga Angkat |
Perbincangan tim fasilitator untuk hari esok |
Di hari kedua dipenuhi dengan
aktiviti yang padat. Program dimulai dengan doa pagi oleh Bro. Richard
Dennis dan penghormatan lagu Negara-Ku sempena Hari Kemerdekaan. Kemudian diteruskan dengan sarapan pagi.
Ceramah pertama disampaikan oleh saudari Nellysia Nandau bertajuk: "Peranan Belia dalam Gereja masa kini, dan apakah yang dimaksud Gereja".
Rumusan dari ceramah tersebut adalah para belia telah dicabar mengambil bahagian dalam tanggungjawab Gereja; yang berperanan menjadi tulang belakang Gereja Tempatan masa kini untuk meneruskan MISI Tuhan.
Sesi ceramah yang seterusnya disampaikan oleh saudara Sloane Styne Joseph yang bertajuk ‘Tahun Iman Gereja Katolik’. Dalam ceramah ini terdiri dari lapan sub tajuk yang antaranya, membincangkan erti:
(1) Gereja sebagai umat Allah,
(2) Tubuh Kristus, dan Bait Roh Kudus,
(3) Struktur/Kepimpinan Gereja Katolik,
(4) Empat Tanda sejati Gereja Katolik,
(5) Sejarah Gereja,
(6) Pengisian Tahun Iman,
(7) Harapan Emeritus Paus Benedixt sempena Tahun Iman, dan
(8) Penayangan video yang bertajuk ‘Year of Faith’, ‘Who Founded Your Church’ dan ‘The Secret Truth about Catholic Church’.
Tajuk ini dipilih bagi mendedahkan kepada para Belia Masuk Kampung supaya mereka memahami Gereja Katolik yang di dirikan oleh Yesus Kristus.
Pembentangan Ceramah oleh
Saudara Sloane Styne Joseph
Pada petangnya, para belia
dibahagikan kepada 8 kumpulan dan dibawa ke suatu tempat di mana mereka akan
merasai dan menghayati ‘Perjalanan ke Tanah Suci yang dijanjikan’. Perjalanan
kali ini lebih jauh dan mencabar jika dibandingkan dengan perjalanan sebelum ini di St. John Fisher, Mangkadait. Para belia telah dibawa masuk jauh ke
dalam hutan melalui pelbagai halangan, sebelum sampai di tanah suci yang
dijanjikan.
Antara acara penuh mesej dan mencabar serta menyeronokkan yang dilalui oleh para peserta |
Aktiviti ‘Journey to the Promise Land’ |
Pada malamnya, para belia dibawa
masuk ke dalam suasana doa iaitu ‘Taize Prayer’ yang dikendalikan oleh Saudara
Warren P. Anun.
Suasana Taize Prayer. Doa ini membawa ketenangan dan keheningan para peserta untuk merenungkan diri sendiri dan persekitaran. |
Pada pagi hari Ahad para peserta BMK II beribadah bersama umat di Gereja Katolik, St. Fidelis, Kiabau jam 9.00 pagi dipimpin Katekis Wilfred Albert.
Perayaan Ibadat Sabda yang
dikendalikan oleh Katekis Wilfred Albert
Ucapan dari (1) En.
Didasius Irenaous
(Pengerusi Komuniti Umat Katolik Chapel St. Fidelis Kiabau),
(2) Cyril George (Pengerusi
Belia Chapel St. Fidelis Kiabau), dan Javy Jimmy (Timb. Koordinator KBP Telupid merangkap Pengerusi Penganjur BMK)
“Saya amat tersentuh
dengan Taize Prayer yang dibuat pada malam 31 Ogos 2013. Inilah kali pertama
kami di beri suasana doa yang baru di kampung ini” – sebahagian ucapan dari En.
Didasius Irenaous.
Selesainya Ibadat Sabda, acara disusuli dengan sesi
bergambar berkumpulan. Seterusnya para belia berkumpul di dewan untuk acara selanjutnya seperti makan tengahari dan meneruskan beberapa aktiviti yang sudah dirancang.
Aktiviti Terakhir Bersama
Belia ‘Do you have a sunshine smile’
Program Belia Masuk
Kampung Ke-2 telah mencapai tujuannya. Belia telah menggunakan sepenuhnya alam semula jadi sebagai alat bantu untuk mencapai tujuan program tersebut.
Seperti biasa di penghujung aturcara perjalanan program, diimbas sekali lagi dengan kata-kata pendorong dan rumusan-rumusan serta berkat-berkat yang telah dinikmati selama tiga hari tersebut telah disampaikan oleh pengerusi penganjur BMK II. Akhir sekali, secara rasminya program BMK II ditutup dengan doa dipimpin oleh saudari Nellysia Nandau. Sudah tentu program BMK II membuatkan setiap peserta membawa pulang segala kenangan pahit manis bakal membentuk jati diri.
Semoga berjumpa lagi di BMK III di destinasi kampung yang akan diumumkan oleh pihak Kerasulan Belia Paroki.
Semoga berjumpa lagi di BMK III di destinasi kampung yang akan diumumkan oleh pihak Kerasulan Belia Paroki.
Tim Fasilitator BMK Ke-2 di
St. Fidelis Kiabau
No comments:
Post a Comment