Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 13, 2013

MAJLIS MAKAN MALAM ULANG TAHUN KE 25 PMG BM & MISA KESYUKURAN PMG GEREJA ST.DOMINIC, LAHAD DATU

Oleh Sebastian J. Francis
Lahad Datu : Pada 16 Oktober 1988, satu komiti yang digelar sebagai ‘Komiti Katekis’ telah dirasmikan oleh Fr. Gerard Preyde dan dipengerusikan oleh sdra. Sebastian J. Francis. Kini, ‘Komiti Katekis’ tersebut telah ditukar kepada Komiti Pertemuan Minggu Gembira (PMG) pada tahun 2003. Pada tahun ini, genaplah PMG menjangkau 25 tahun melayani anak-anak PMG dan sempena dengan itu, satu Majlis Makan Malam untuk merayakan Jubli Perak PMG telah diadakan pada 31 Ogos 2013 yang lalu.
Majlis Makan Malam PMG tersebut diadakan selain bertujuan menyambut Jubli Perak PMG ke-25 tahun,  dalam masa yang sama juga hasil kutipan sepenuhnya dari makan malam ini akan diserahkan kepada Gereja untuk membantu dana Pembangunan Dewan Ibadat yang baru. Sebanyak 82 meja (820 orang) telah disediakan dan terjual semuanya berkat usaha dan bantuan Komiti PMG dan semua umat beriman, di samping sokongan dan dorongan daripada Rektor Paroki, Rev. Fr. Simon Kontou dan Pembantu Rektor, Rev. Fr. Marcellinus Pongking.
Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu bermula pada jam 6 petang. Majlis dirasmikan dengan doa serta ucapan daripada Fr. Simon dan pemotongan kek Jubli Perak PMG. Seramai 25 kanak-kanak PMG membawa lilin bersama para pembimbing sambil menyanyikan lagu ‘Happy Anniversary’ bersama-sama di atas pentas. 
Majlis diteruskan dengan hidangan makan malam sambil menonton persembahan pembukaan daripada para pembimbing PMG dan diteruskan dengan persembahan daripada kanak-kanak PMG. Antara persembahan yang diadakan ialah lakonan, nyanyian, tarian cha-cha, tarian kembot, sumazau dan tarian India.
 
Turut diadakan ialah penyerahan cendera kenangan Jubli Perak PMG daripada penyelaras PMG iaitu sdra. Sebastian J. Francis kepada semua Paderi dan Sister yang telah datang memberi sokongan. Selain itu, para penderma yang telah menderma sebanyak RM500 ke atas turut menerima cendera kenangan Jubli Perak PMG yang disampaikan oleh Fr. Simon.
Selain itu, turut diadakan cabutan tiket bertuah serta penjualan majalah kenangan,'face towel', dan 'sticker' Jubli Perak PMG.
Sebelum majlis sampai ke penghujungnya, penyelaras PMG telah menyerahkan mock cek berjumlah RM 92,554.35 kepada Rektor Paroki iaitu Rev. Fr. Simon Kontou. Hasil wang ini diperolehi dari penjualan tiket majlis makan malam, derma daripada para umat dan syarikat. Juga hasil penjualan daripada majalah kenangan, face towel dan sticker Jubli Perak PMG. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Pengerusi Komisi Katekatikal Keuskupan, Sr. Veronica Kandaung fsic yang turut hadir pada perayaan ini. 
Majlis berakhir tepat pada pukul 11.00 malam dengan ucapan terima kasih daripada Rev. Fr. Simon kepada semua yang hadir dan semua yang menjayakan majlis ini.
Pada keesokannya, satu misa khas bermula pada jam 11 pagi telah diadakan dan dikendalikan oleh para pembimbing PMG. Misa ini adalah Misa Kesyukuran atas sambutan Jubli Perak PMG yang ke-25. Turut serta, para pembimbing katekatikal Gereja St. Dominic dan para pembimbing outstasi seperti dari outstasi Tungku. Tidak ketinggalan, bekas-bekas Pembimbing PMG turut hadir memberi sokongan. Selesai Misa, penyelaras PMG memberi ucapan terima kasih kepada semua umat yang telah membantu menjayakan Ulang Tahun Jubli Perak PMG, khasnya kepada para Paderi, Sister, pembimbing, pelajar dan semua umat.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent