Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 10, 2012

SEMINAR HIDUP BARU DALAM ROH PERTEMUAN MINGGU GEMBIRA (PMG) KATEDRAL ST.MARY SANDAKAN MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

KATEDRAL ST. MARY SANDAKAN. 24-26 OGOS, Seminar Hidup Baru Dalam Roh Pertemuan Minggu Gembira (PMG) Katedral  mendapat sambutan manggalakkan daripada pelajar PMG dan ibubapa. Seramai 250 orang termasuk Tim Penganjur telah menyertai seminar ini yang bertemakan `Berakar dan dibangun Teguh Dalam Yesus Kristus`. Seminar ini telah dimulakan dengan Misa Kudus pembukaan oleh Rev. Fr Thomas Makajil yang turut menyampaikan satu ceramah yang bertajuk `Ekaristi`.

Severinus Lester Irineus Pengerusi PMG selaku pengerusi Penganjur
Seminar ini juga turut disertai oleh peserta dari Gereja St. Mark Batu Batu 12, St. Paul Ulu Dusun dan Our Lady Of Fatima Beluran. Ketika menyampaikan ceramah, Fr. Thomas Makajil menekankan kepada para peserta berhubung dengan ketuhanan Yesus serta pentingnya menghayati penyelamatan Yesus melalui misteri Ekaristi yang dirayakan oleh Gereja. Beliau menyampaikannya dalam homilinya. Pengerusi Penganjur selaku pengerusi PMG iaitu Sdr. Severinus Lester Irineus mengatakan bahawa seminar tersebut merupakan persiapan rohani kepada para calon Krisma sebelum menerima Penguatan dan Penyambutan Pertama.

Seminar ini telah dihadiri oleh pelajar PMG dari 10 hingga 12 tahun bagi Kategori B dan 13 tahun keatas bagi Kategori A yang turut melibatkan ibubapa pelajar. Seminar ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bagi kategori B diadakan di bangunan Fr.Mulders dan Kategori A diadakan di Dewan Paroki. Turut membantu dalam seminar ini adalah Tim Kelompok Doa Bahasa Malaysia Katedral St.Mary Sandakan yang diketuai oleh Sdra Adaris Moses Sintan .
Antara peserta yang mengambil bahagian
Peserta daripada Kategori 13 tahun keatas bersama para ibubapa

Sr.Veronica menyampaikan hadiah kepada Adik Vassylysa Eirlys Paulus
yang membuat doa yang paling indah sambil disaksikan oleh Sdr.Severinus dan Adaris
Pererta ini menerima hadiah misteri daripada tim penganjur kerana kepetahanya menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh penceramah.
Tarian rebena oleh belia Kelompok Doa
Action song dari peserta
Para petugas di dapur yang menyediakan makanan sepanjang seminar
Para Tim sentiasa mengadakan perbincangan bagi menjamin kelancaran penganjuran seminar
Tim Kelompok Doa Katedral St.Mary yang banyak membantu
Penerima hadiah peserta paling memberi tumpuan adik Lyadia dari kelas penguatan
Peserta daripada Kategori 13 tahun ke atas bersama para ibubapa
Sr. Veronica Kandaung menyampaikan ceremah bertajuk  Bonda Maria dan Gereja
Dalam seminar ini juga beberapa ceramah telah disampaikan oleh Tim Kelompok Doa serta guru-guru pembimbing PMG yang rata-ratanya merupakan guru sekolah yang terlatih. Antara ceramah yang disampaikan adalah Cintakasih Allah, Penyelamatan oleh Sdr.Severinus Lestar Irineus, Cerita Besar versi (kanak-kanak), Sakramen-sakramen Gereja (versi Kanak-kanak) serta Bonda Maria dan Gereja oleh Sister Veronica Kandaung, Menerima karunia-karunia Roh Kudus oleh Sdr. Paulus Salin, Sakramen-sakramen Gereja, Penyakit Batin, Ketuhanan Yesus, Jadilah kuat kalahkan kejahatan oleh Sdr. Adaris Moses Sintan, Hidup Baru oleh Sdri Martina Duhong, Mengenali Kristian Katolik melalui simbol dan tanda oleh Sdri Elezabeth Somi,10 perintah Allah oleh Sdri.Leazrina Adaris, Hidup Baru (Versi Kanak-kanak) oleh Sdri.Anne Maliang , Bonda Maria dan Gereja (Versi Kanak-kanak) oleh sdri.Caroline Basir serta Janji Baptis oleh Sdri.Gloria Martindas

Dalam seminar ini juga beberapa aktiviti telah dijalankan dan antaranya adalah perbincangan kumpulan, Doa pagi, belajar berdoa bagi kanak-kanak 10-12 tahun dan puji-pujian yang dikendalikan oleh Tim Kelompok Doa Katedral St.Mary, Sandakan. Para peserta juga telah diberikan kejutan dengan beberapa penyampaian hadiah kepada kumpulan yang telah membuat doa yang paling indah bagi peserta kategori 10 ke 12 tahun dan peserta paling memberi tumpuan.

Bagi kategori 13 tahun keatas adik Lyadia telah dipilih oleh ahli panel yang dilantik sebagai peserta yang paling memberi tumpuan sepanjang seminar. Beliau merupakan pelajar kelas penguatan. Ketika ditemui beliau berkata tidak menyangka akan dipilih sebagai peserta yang paling memberi tumpuan dan menganggap pemilihan tersebut sebagai satu kejutan bagi beliau.

Dalam pada itu , beberapa sesi seperti tarian rebena , action song dan lagu-lagu pujian telah berjaya menyemarakkan lagi seminar dimana para peserta telah turut mengambil bahagian. Pengerusi Penganjur Sdr.Severinus Lester Irineus turut memuji penglibatan para peserta dalam menyediakan makanan secara sukarela yang didukung kuat oleh para ibu di dapur dari komiti Kelompok Doa.

Para Tim sentiasa mengadakan perbincangan bagi menjamin kelancaran penganjuran seminar. Dalam kesibukan penganjuran seminar beberapa aspek sangat dititikberatkan oleh penganjur termasuk keselamatan peserta, kesihatan dan kualiti makanan.Perkara ini adalah penting kerana ramai peserta yang mengikuti seminar ini menginap di tempat yang disediakan.

`Salah satu faktor yang sangat penting adalah keselamatan dan kesihatan serta kualiti makanan' kata Sdr.Severinus selaku pengerusi penganjur. 'ini kerana ramai ibubapa telah memberi kepercayaan kepada Tim Penganjur untuk memastikan peserta selesa, namun ianya agak sedikit mencabar kerana ianya diadakan di dua tempat yang berbeza dalam masa yang sama mengikut kategori umur dan hanya akan berkumpul bersama pada waktu makan dan proses yang berkaitan.' Beliau turut memuji semua AJK penganjur yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam pelayanan mereka.
Puji-pujian yang dikendalikan oleh Tim Kelompok Doa 
Pembaharuan Janji Baptis oleh Sdr.Gloria Martindas dan dibantu oleh Jill Peter

Gambar kenang-kenagan antara Tim Penganjur dan peserta
Seminar berakhir Ahad, 26hb Ogos 2012 sekitar jam 5.00 petang dan diakhiri dengan Proses Penumpangan tangan oleh Tim penganjur serta doa penutup oleh Sdr.Adaris Moses Sintan. Satu sesi bergambar kenang-kenangan telah diadakan diantara peserta dan Tim penganjur.Sepanjang seminar rata-rata ibubapa yang menjemput pulang anak-anak mereka telah menyuarakan rasa puas hati dengan Tim penganjur yang berjaya mengawal anak-anak mereka sepanjang penganjuran seminar.

Oleh Severinus &
foto oleh Sulpicius

2 comments:

  1. Salam Editor,
    Berita yang sangat menarik dari Perkumpulan Rohani bahagian Bahasa Malaysia Katedral St. Mary Sandakan. Artikel ini membuat saya rindu untuk mengikuti pelayanan CCR. Saya doakan semoga berkat Tuhan melimpah ke atas mereka. Melalui Seminar Hidup baru Dalam Roh Kudus membuatkan setiap peserta akan merasakan berkat pengertian akan Sabda Tuhan, Allah itu sungguh hidup. Di sinilah Karisma akan bangkit. Karunia-karunia Roh Kudus hidup untuk pembangunan jemaat. Tahniah kepada penganjuran yang tidak mengenal putus asa. Tuhan memberkati.

    ReplyDelete
  2. Hi there, just became alert to your blog through Google, and found that it is really
    informative. I am going to watch out for brussels.
    I'll appreciate if you continue this in future. Lots of people will be benefited from your writing. Cheers!

    My web page: graduate certificates online

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent