Angeline Said, SOCCOM St. Martin Telupid
TELUPID :Sempena Minggu Katekatikal yang akan dirayakan 16hb September 2012, Komiti Katekatikal St.Martin telah mengadakan forum bersama ibu-bapa yang bertajuk ‘Ibu-Bapa sebagai Katekis utama’ - Benar/Palsu’ pada Ahad 2hb September. Penyelaras utama forum ini adalah Koordinator katekatikal Encik Richard Lobinjang bersama dengan paderi paroki iaitu Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel.

Dalam forum ini, Rev.Fr Jasery menjelaskan bahawa tugas penginjilan bukan lagi terletak semata-mata dibawah tanggungjawab para paderi, religius dan para pembimbing rohani sahaja tetapi juga harus digalas oleh setiap ibu bapa kerana anak-anak merupakah buah cinta kasih mereka. Dengan itu wujudlah sebuah keluarga yang dibentuk, dijaga, dipimpin dan dibangun oleh ibu-bapa.
Ibu-bapa yang hadir dalam forum ini memberi respon yang menggalakkan. Kebanyakan mereka bersetuju bahawa keluarga merupakan ejen penginjilan yang bermula daripada ibu bapa. Antara lain perkongsian mereka ialah kelahiran setiap kita di dalam dunia ini melalui sebuah keluarga yang didirikan oleh pasangan suami isteri iaitu ibu bapa. Melalui keluarga inilah kita mengenali dan mengalami kehidupan sebagai manusia dan mengalami cinta kasih Allah melalui kasih sayang ibu bapa. Melalui keluarga Kristian kita mengenali Tuhan Yesus Kristus sebagai penyelamat dunia iaitu melalui kasih Allah kepada manusia.
Selain itu anak-anak yang telah dewasa (belia) turut sama memainkan peranan penting membantu ibu bapa ke arah pemantapan perkembangan iman dalam keluarga kerana belia juga merupakan generasi baru untuk meneruskan misi dan karya dalam menangapi panggilan hidup berkeluarga kelak . Oleh itu keluarga Kristian perlu benar- benar menghidupi panggilan berkeluarga dengan kerendahan hati dan penuh kasih agar hubungan intim dengan Tuhan kekal terpelihara dan berterusan.
Antara perkongsian ibu bapa yang hadir dalam forum tersebut:
En. Albert Matusin -Keluarga itu haruslah menjadi tempat pertama di mana dasar atau asas cinta kasih dan kesatuan dipelajari di mana nilai-nilai murni dalam kehidupan manusia dan Kristian diwarisi dan diajarkan kepada anak-anak. Pembentukan akhlak peribadi serta kerohanian anak-anak diperingkat awal adalah tanggungjawab utama ibu bapa di rumah.
Pn. Florence Gilok -Pembentukan dan perkembangan iman merupakan kerjasama ibu bapa khasnya. Suami perlu membantu isteri dan memahami akan keadaan serta situasi dalam sesebuah keluarga.
En. James Miki - Sungguhpun latar belakang kehidupan berbeza namun matlamat tetap berpusatkan kepada Kristus dalam kehidupan keluarga Kristian. Sebagai komuniti cinta kasih, setiap ibu bapa di dalam keluarga itu haruslah mengalami secara mendalam akan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Di akhir forum tersebut Fr Jasery memberi rumusan singkat berkaitan peranan ibu bapa sebagai katekis utama dalam keluarga. Katanya, komitmen haruslah disusuli dengan tindakan yang nyata. Ibu bapa haruslah berusaha dan berkorban untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai katekis utama bagi anak-anak mereka serta mendisiplinkan anak-anak berdasarkan Sabda Allah. Beliau mengakhiri forum dengan doa penutup dan rumusan keseluruhan forum tersebut pada kali ini akan disampaikan dalam homili pada minggu seterusnya.
Sdra Editor,
ReplyDeleteBengkel dan forum adalah merupakan dialog yang sangat baik sebagai salah satu aktiviti yang boleh membentuk keluarga dan komuniti Kristian hari ini.
Kerana di sinilah kita dapat berkongsi pendapat dan berdamai sesama. Sangat banyak informasi yang harus diketahui oleh belia tentang pengurusan keluarga.
Kiranya anjuran seperti ini berterusan menjangkau ke seluruh kampung-kampung, sudah tentu kita akan melihat cahaya pembaharuan keluarga/komuniti. Tahniah dan syabas kepada anjuran Komiti Katekatikal di Paroki Telupid. Sabah.
Saya berdoa agar usaha murni ini akan berterusan bagi Kemajuan Gereja Tempatan di Sabah.
Terima kasih kepada berita baik dari Telupid.