TELUPID - Misa persiapan khas untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR bagi tahun 2012 telah diadakan di Gereja St. Martin Telupid pada 7 September 2012 jam 10.00 pagi. Misa kudus ini diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery Emmanuel.
Pewarta- Adik Erna Elyana Lawrence |
Seramai 43 orang murid Katolik juga dari berbagai dinominasi Kristian serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid telah menghadiri misa kudus tersebut yang disusunatur oleh Puan Atianah Noemi Dalus , Guru Besar Sk. Pekan Telupid.
Fr. Jasery dalam homilinya berpesan kepada murid-murid agar bijak menguruskan masa, sama ada aktiviti kokurikulum ataupun pelajaran seharian. Murid-murid harus mendengar nasihat ibu bapa di rumah dan guru-guru disekolah. Katanya semua itu amat penting. Jika ingin menjadi orang yang sukses dalam pelajaran, murid-murid haruslah mempunyai disiplin yang tinggi untuk berusaha memajukan diri dalam pelajaran.
Beliau juga menyentuh tentang peperiksaan UPSR yang akan dihadapi, mengharapkan murid-murid sudah mempunyai persiapan yang rapi. Teknik dan cara menjawab soalan, murid-murid sudah sedia maklum sebelum ini. Tiada alasan untuk tidak berjaya kerana setiap hari murid-murid diajar dan dibimbing sebaik mungkin oleh guru-guru di sekolah, katanya.
Di akhir homili, Fr.Jasery mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid. Semasa peperiksaan berlangsung, mulakanlah dengan berdoa dahulu dan semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan baik, katanya lagi.
Setelah Misa kudus selesai, para dan guru SK Pekan Telupid bergambar bersama dengan Rev. Fr Jasery Emmanuel. Selepas para hadirin makan bersama dengan paderi dalam satu jamuan ringan yang disediakan oleh guru-guru sendiri.
Menikmati jamuan bersama |
Misa persiapan untuk murid-murid yang akan menduduki UPSR bagi tahun 2012 berjalan dengan lancar sesuai dengan perancangan yang telah diatur sebelumnya oleh Cikgu Rosnah Losut yang juga merupakan salah seorang pembantu pelayan komuni paroki St.Martin.
No comments:
Post a Comment