Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 13, 2012

BERITA BERGAMBAR REKOLEKSI KERASULAN WANITA KATOLIK ZON JALAN SANDAKAN

Betram Lansing

ST. FIDELIS KIABAU, TELUPID. 147 KM dari Pusat Bandar Sandakan. 27 - 29 Julai 2012. Seramai 171 peserta wanita dari Zon Jalan Sandakan telah berkumpul di tempat ini untuk mengikuti Program Rekoleksi Kerasulan Wanita Katolik yang dikendalikan oleh Kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC).

 Bergambar bersama dengan paderi paroki St. Martin Telupid. Rev. Fr. Jasery Gabuk dan Sisters FSIC.
Umat St. Fidelis Kiabau bergambar bersama dengan Sr. Appolonia fsic, Sr. Marysia fsic dan Sr. Rusia fsic.

Sr. Marysia, Sr.Rusia, Sr. Appolonia mempersembahkan lagu rohani.

Ketiga-tiga sister telah menyampaikan ceramah tentang 'Panggilan Tuhan' dan 'Penginjilan' di Chapel St. Fidelis Kiabau. Setiap manusia adalah dipanggil oleh Tuhan untuk hidup menuruti kehendak Tuhan sesuai dengan panggilan masing-masing seperti panggilan untuk menjadi paderi, Religius, berkahwin dan membujang untuk kemuliaan Tuhan.

Penginjilan bermula dari keluarga dan komuniti. Khabar baik tentang keselamatan yang datang dari Tuhan diberitakan melalui Gereja. Umat yang mengamalkan sabda Tuhan akan memperolehi berkat damai sejahtera dan keselamatan jiwa.

Kehadiran para sister dari FSIC ini telah menghibur para umat Kg. Kiabau. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent