Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 12, 2012

KKD KG. KIABAU MELAKUKAN ZIARAH KE MANILA, FILIPINA

Betram Lansing

KG. KIABAU TELUPID.  Rombongan seramai 20 orang daripada  Komuniti Katolik St. Fidelis Kiabau telah melakukan ziarah ke Manila, Filipina pada 13-16 Ogos 2012 lalu. Rombongan ini telah diketuai oleh Sdri Monica dan Sdra Alexius. Tujuan ziarah ini adalah untuk  mendalami kerohanian serta meneguhkan iman dengan melakukan kunjungan ke gereja-gereja yang bersejarah di Filipina.

Manila Metropolitan Cathedral-Basilica of the Immaculate Conception

San Agustin Church, Manila

Pada pagi 14 Ogos rombongan telah menghadiri Misa pagi di Ermilta Church sempena pesta Kenaikan Bunda Maria Ke Syurga. Kemudian melawat ke gereja-gereja bersejarah seperti Manila Cathedral, San Augustine, Real Monasterio de Sta. Clara dan Shrine of Devine Mercy. 
Album Kenangan di Tugu Peringatan Taman Rizal, Manila, Filipina
Para peziarah mengucap syukur kepada Tuhan atas berkat dan perlindungan semasa penziarahan selama empat hari di Filipina. Mereka juga memperolehi pengalaman baru di negara yang majoriti rakyatnya adalah Katolik. Rombongan yang dianggotai oleh berbagai usia itu sentiasa menderas doa rosari semasa perjalanan pergi dan balik mereka yang pimpin oleh Katekis Wilfred Albert.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent