Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 15, 2012

YOUTH LEADER'S CAMP 2012

ds/aa
Gambar oleh Bro. Bellyok &  Betram Lansing


 HARI KEDUA - 3 Februari 2012 

Program - program dalam hari kedua lebih menjurus kearah pemimpin belia secara peribadi. Melihat, merenung dan memeriksa diri sebagai yang melayani. Sekiranya diri sendiri tidak bersedia dan diperkuatkan oleh Tuhan, nescaya pelayanan itu hanya sekadar 'hiasan' semata -mata.

Youth Leader's Camp pada hari kedua dimulakan dengan Misa Pembukaan yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil dan disertai bersama oleh Rev. Fr. Philip Muji dan Rev. Fr. David Garaman.

   


Fr. Thomas dalam homilinya menyatakan empat watak dalam pembacaan pada hari itu Markus 6 : 14 - 29 yang mengisahkan keperibadian mereka tersendiri; Raja Herodes, Herodias, Isteri Herodes, Anak Perempuan, Herodias dan Yohanes Pembaptis. 


 "Semua sikap yang terdapat dalam keempat - empat karektor ini boleh mempengaruhi pelayanan dan pegangan kita." 

Selain itu Fr. Thomas juga menyatakan dan mengalakkan belia-belia untuk menggunakan karunia-karunia pemberian Tuhan sebaik-baiknya.  

"Saya percaya semua pemimpin belia yang ada disini bukan sahaja merupakan pemimpin hari esok tetapi pemimpin yang bermula pada hari ini."



Gambar kenangan bersama Bishop Julius dan Uncle Francis Kamuntah
Dalam sesi "My dream, Your dream, Our Dream" mengingatkan semua peserta mengenai kekuatan sebuah IMPIAN. Mereka yang mempunyai impian akan ada cara untuk mengecapinya. Yesus juga mempunyai impian, malah impiannya sangat jelas iaitu gereja. Gereja adalah himpunan manusia dengan Tuhan. Gereja juga dilihat sebagai cahaya yang datang dari Allah sendiri. Walaubagaimana pun dalam gereja juga ada perbalahan. Oleh yang demikian setiap gerejanya perlu ada hubungan dengan Kristus.



Bishop dalam sesinya mengongsikan kepada peserta Youth Leader's Camp untuk menanam benih-benih kebenaran dalam hati masing-masing, Seperti mana Yesus menjelaskanya dalam Yohanes 15: 1 -6. Yesus adalah pokok dan kita adalah cabangnya. Dengan adanya benih - benih kebenaran yang jelas kita mampu menghasilkan buah yang baik. Benih tersebut boleh diperolehi melalui firman Allah dan doa itu sendiri adalah cara berhubung dengan Yesus.


Kelihatan para peserta amat teliti mendengar perkongsian Bishop dan Saudari Felsa, Koordinator Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau menyampaikan cenderakenangan kepada Bishop.












 Dalam sesi 'Expectation Check', para peserta diajak untuk melihat kembali tujuan mereka mengikuti kem ini. Sesi ini sesuai sekali diadakan untuk mengingat para peserta mengenai objektif kem ini diadakan.

Objektif 'Youth Leader's Camp' 2012:
1. Agar persahabatan dikalangan pemimpin belia dari setiap paroki dapat dibina melalui program ini.
2. Agar pemimpin - pemimpin belia dapat mempelajari, berkongsi, dibentuk dan diperbaharui melalui
    sesi-sesi yang disediakan dalam program ini.

Anna, selaku fasilitator sesi, mengajak para peserta untuk menulis surat kepada Yesus menyata isi hati, harapan dan impian yang mereka ingin lihat diakhir Kem Pimimpin Belia ini.


Para peserta menulis surat kepada Yesus

'Expectation Check' diakhiri dengan sesi penyerahan harapan secara simbolik. Surat - surat 'Impian dan harapan' ini akan di 'pos' secara menyerahkan surat mereka dihadapan altar, dan Roh Kudus akan menyampaikan kepada Yesus. Surat -surat yang di serahkan dihadapan altar didoakan dan diringi dengan lagu 'Kau telah memilihku'.


'Penyerahan Harapan' - Semoga dengan berkat Tuhan apa yang mereka 'cari' dapat ditemui dalam kem ini.


























Time of Life

 Time of Life adalah satu persiapan bagi peserta sebelum mulai sesi. Ini termasuk 'Action Song', menyanyi lagu - lagu pujian dan diakhiri dengan doa.


 


 "Siapakah kita dan mengapa kita disini pada saat ini?" Inilah soalan yang dikemukakan oleh Uncle Francis Kamuntah kepada para peserta. Diawal sesi beliau membawa para peserta untuk 'refresh' kembali kewujudan mereka. Beliau mengongsikan mengenai kewujudan manusiawi di dunia. Manusia dicipta untuk Tuhan dan untuk kemulianNya (Yesaya 43:7). Sesi ini juga mengingat para pemimpin mengenai pengorbanan dan ketaatan dalam melayani serta perlu untuk selalu bersandarkan kepada Tuhan (Amsal 3:5-6).

Uncle Francis juga mejelaskan kepada pemimpin-pemimpin belia yang hadir untuk lebih serius dalam komitmen masing-masing.

"To be a witness to Christ is up to the extent of sacrificing our life for Christ. Bolehkah anda melakukan sedemikian? A man of God will not run away, they will face it with hope and confident because kuasa Tuhan ada dalam diri mereka. Maka jangan coba-coba memberitakan firman Tuhan, kalau kuasa Tuhan itu tidak ada dalam hati kita."

 Begitu lantang sekali penyataan yang diberikan oleh Uncle Francis Kamuntah. Beliau juga mengingatkan para pemimpin mengenai keseimbangan antara spiritual dan duniawi dalam pelayanan. Setiap yang melayani perlu mengetahui bahawa pelayanan itu harus menuju kepada Kristus dan dilakukan untuk Kristus.


Terima kasih kepada Fr. Thomas, Fr Philip dan Pengerusi MPP, Saudara Patrick Seah kerana turut menyokong dan menjayakan Youth Leader's Camp 2012.

Disebelah petang, Youth Leader's Camp diteruskan dengan sesi "Personal Development Plan" yang disampaikan oleh Saudari Roselinah Francis, yang melayani sepenuh masa di Pejabat Belia Keuskupan Keningau.

Roselinah mengongsikan kepada para peserta penggunaan bahasa isyarat untuk "You are beautiful and I keep you in my heart"

"Personal Development Plan" atau PDP ini dikongsikan bersama dengan harapan dapat membantu para belia terutama sekali pemimpin belia dalam merancang, mencapai hala tuju kehidupan dan mengimbangi hidup sebagai seorang belia yang melayani. Selain itu ia juga boleh membantu para belia dalam membentuk peribadi yang sesuai mengikut kehendak Tuhan.

Para peserta diajak untuk memberi perkongsian kepada teman-teman lain berdasarkan soalan - soalan seperti berikut:

1. Apakah yang Tuhan mau nyatakan kepada saya?
2. Apakah yang Tuhan mau lakukan kepada saya?
3. Apakah arah yang perlu saya ambil?
4. Peribadi yang bagaimanakah mahu saya hidupi tahun ini?
5. Apakah jemputan Tuhan kepada saya?

Small Group sharing gabungan 4 buah paroki

Keunikan Diosis Sandakan. Pemimpin - Pemimpin belia dari 4 paroki yang berbilang bangsa; Kadazan/Dusun, Indonesian, Filipino, dan Sino Kadazan/Dusun

Large group sharing oleh Carlson, Alnoldus dan Monica

Penilaian kehidupan peribadi yang terdiri daripada lapan bahagian.

Selepas bersantai sambil minum petang, sesi diteruskan dengan Team Building 1. Team Building ini dikendalikan oleh Saudara Arturo Jr. Teneros @ Rikkie, ahli Tim Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu.

Team Building adalah satu proses yang membina setiap ahli dalam tim untuk berkerjasama sebagai satu kumpulan. Ahli – ahli tim perlu ada hala tuju yang sama, perlu menghormati sesama dan menyokong antara satu dengan lain agar kekuatan dan kelebihan setiap ahli dapat digunakan dalam mencapai sesuatu objektif. Setiap ahli dalam tim memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesebuah organisasi.

Begitu juga kehendaknya dengan Tim Kerasulan Belia setiap paroki yang ada di Diosis Sandakan. Tim KBP adalah pengerak bagi para belia. Tim ini akan merenung, membincangkan dan merancang program-program penjangkauan yang sesuai dengan keperluan belia di paroki masing-masing. Sekiranya tim mempunyai ahli - ahli yang individualistik dan hanya melihat pelayanan sebagai satu kerja maka terumbang-ambinglah gereja kita.

Saudara Rikkie telah mengongsikan tiga jenis Team Building iaitu Silence, Being There, Circle of Questions dan Gas Helium Stick



Dalam acara Silence, Rikkie sebagai fasilitator memperkenalkan diri dan kemudian senyap selama 30 saat. Para peserta tertanya-tanya kenapa Rikkie tidak memberi arahan seterusnya. Selepas 30 saat, Rikkie mengucapkan terima kasih kepada peserta dengan senyuman yang lebar. Peserta kemudiannya ditanya apa yang mereka pelajari dalam masa 30 saat itu tadi. Pengajaran yang boleh didapati dari sesi ini adalah 'Silence is not an Option'. Sekiranya kita tidak bertanya kita tidak akan tahu apa sebenarnya yang berlaku.


'Being There' mengajar para peserta untuk peka terhadap keadaan sekeliling dan orang - orang yang ditemui dimana-mana sahaja mereka berada. Dalam pelayanan, seorang pemimpin belia akan berjumpa dengan ramai belia yang mempunyai pelbagai corak latar belakang, 'Being there' bagi mereka adalah amat penting.


Circle of Questions

"Berbicara sahabatku, saya mendengar"

Dalam 'Circle of Questions', Rikkie akan memberikan beberapa soalan. Para peserta diminta mencari pasangan; seorang akan mendengar dan seorang lagi akan menjawab soalan.  Soalan yang diberikan adalah pelbagai dan mencabar bagi setengah-setengah peserta dan disini mereka di ajak untuk berhadapan dengan soalan tersebut dan menjawabnya dengan jujur. Manakala yang mendengar tidak dibenarkan membuat apa-apa melainkan mendengar sahaja. Disini peserta di ajak untuk merenung dan bertanya pada diri sendiri, "Adakah saya seorang yang pendengar yang teliti?" Sering kali terjadi dalam tim apabila ahli-ahlinya tidak mendengar timbullah maklumat tidak sampai atau salah menyampaikan maklumat.


Gas Helium Stick
Dalam 'Gas Helium Stick', peserta dingatkan untuk bersabar dan saling berkomunikasi. Semakin kita melihat kepada kesempurnaan, semakin banyak masalah akan timbul. Walau bagaimana pun masalah itu tetap ada.  Oleh itu saling berkomunikasi adalah sangat penting dan jangan hanya berdiam diri sahaja.Bila berkomunikasi sekurang- kurangnya masalah dapat dikurangkan atau diselesaikan.

Serupa juga dalam pelayanan sebagai satu tim. Jika terdapat masalah dalam tim dan tiada komunikasi, maka masing - masing akan menuding jari antara sesama, menikam ahli tim lain dari belakang dan akhirnya perselisihan faham berlaku.  Maka oleh yang demikian sebagai satu tim KOMUNIKASI adalah penting.

Time of Life yang dikendalikan oleh Tim Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau
Pada malamnya selepas Time of Life, sesi PDP diteruskan dengan satu jemputan dari Roselinah kepada para peserta untuk merenung soalan - soalan yang diberikan dan merealisasikannya dalam bentuk yang lebih konkrit.

1. Apakah bahagian yang penting yang ingin/perlu saya utamakan sekarang?
2. Dalam setiap bahagian tersebut, tuliskan objektif yang ingin anda capai pada tahun ini?
3. Bagi setiap objektif, kenal pasti langkah-langkah/tindakan yang perlu saya lakukan untuk mencapai
    objektif ini?
4. Kenalpasti masa dan orang -orang yang diperlukan dalam mencapai tujuan tersebut.

Roselinah juga mengajak para peserta untuk terus membawa renungan PDP mereka dalam Doa Taize.


Personal Development Plan



Doa Taize yang juga doa malam bagi hari kedua merupakan satu doa yang dipenuhi dengan lagu - lagu, firman Allah dan meditasi secara hening. Dalam YLC pemimpin-pemimpin belia didedahkan dengan kepelbagaian dalam berdoa. Doa ini telah dikendalikan oleh Sr. Marysia Malating berserta dengan beberapa peserta YLC.


Hanya dalam saat hening, suara Tuhan kedengaran

"Seluruhnya kuserahkan..."


"Tuhan dengarkanlah doaku..."


"Karena itu Aku berkata kepadamu:apa saja yang kau minta dan doakan, percayalah bahwa kamu telah menerimanya, maka hal itu akan diberikan kepadamu." Markus 11:24


'Blessing' dari Rev. Fr David Garaman

To be continued...



No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent