Harl Joanie Migu Joseph - Tim Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu
Kita datang dari arah yang berbeza. Oleh itu kita sentiasa "harus sedia" menerima cabaran yang bakal ditempuhi. Menjadi seorang ketua yang memimpin adalah satu cabaran. Oleh itu bekerjasama antara umat yang lain harus dibentuk agar cabaran itu menjadi mudah.
Varrelene Julian & Jerome Emiliani
M. Calingacio - Tim Rakan Belia, Remaja (TRBR), dibawah naungan
Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan
Varrelene Julian:
Apa
yang saya dapat renungkan sejak hari pertama menyertai YLC adalah, saya
percaya Tuhan memang sudah ada rancanganNya tersendiri memanggil saya
untuk menyertai YLC supaya saya dapat belajar how to become a good
leader in the church dan other places. Now I know to become a good
leader mesti yakin pada diri sendiri dan percaya pada satu dengan yang
lain. Umur bukan menjadi satu penghalang bagi saya untuk melayani dan menjadi
seorang pemimpin yang baik sebab apa yang paling penting adalah our
SPIRIT to serve the Lord.
Jerome Emiliani:
Sebagai
seorang TRBR yang berjawatan saya akan bawa apa yang saya pelajari dari
YLC kepada tim TRBR yang lain dan mencuba menjadi pemimpin belia yang
baik.
Emilda Albert - Tim Kerasulan Belia Paroki St Martin, Telupid
Selain daripada dapat memahami kriteria-kriteria sebagai seorang pemimpin belia yang baik, saya juga dapat lebih mengenali ahli-ahli tim paroki saya sendiri. Rasa dihargai dan menghargai sesama menjadi semakin terserlah. Saya menyedari bahawa untuk menjadi satu tim yang baik memerlukan hubungan yang baik bukan sahaja dengan Tuhan Yesus tetapi juga dengan setiap ahli tim. Selain daripada itu keteguhan iman, fizikal yang sihat, pengetehuan yang cukup, kemahiran dan bakat perlu di aplikasi dalam pelayanan.
Suzana Johanes - Tim Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau
Saya akan mengubah cara saya melayani digereja sebagai umat mahupun seorang pemimpin, dari seorang yang hanya melayani kerana terpaksa dan sekadar tanggungjawab, kepada seorang pelayan gereja yang betul-betul memandang keperluan umat dan masyarakat dan cuba memberi yang terbaik dan memenuhi ciri-ciri pelayanan Kristus.
Tahniah kepada Tim Penganjur yang dipimpin oleh sdr Anna dan kerja sama semua pemimpin belia paroki. Masa untuk belia Katolik kini memuliakan Kristus menurut Ajaran Sosial Gereja. Turunlah dari gunung Tabor (Transfigurasi) ke tempat yg realiti...
ReplyDelete