Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 28, 2011

TESTIMONI - YOSEP PAULUS DARI KOMUNITI KELUARGA BESAR KATOLIK INDONESIA

Yosep Paulus, 36  - Komuniti KBKI
Sebelum ini saya memang sudah dibaptis semasa bayi, tetapi disebabkan dokumen pembaptisan saya tidak dapat dikesan, maka saya ingin dibaptis semula. Biarpun saya sudah dibaptis bayi, sama maksudnya dengan saya yang masih belum mengenal Tuhan kerana mengimbas kembali kehidupan saya yang lepas.  Saya adalah seorang yang liar, kaki botol dan seringkali ke kelab-kelab malam untuk bersukaria. Keinginan untuk mendekati Tuhan itu langsung tiada dan lupa akan perintah Tuhan, sehinggalah pada suatu hari, saya diamanatkan oleh sepupu saya (kini arwah) supaya menjaga seorang bayi sebelum pemergiannya untuk menjadi bapa atau penjaga bayi tersebut. 

Dari situ saya mula berfikir bagaimana saya dapat menjaga bayi tersebut sebagai bapa, sekiranya kehidupan lama saya masih belum ditinggalkan? Dengan itu, saya bertekad untuk terus berubah agar dapat menjadi seorang bapa yang baik, yang dapat mendidik agama Kristian Katolik yang menunjukkan teladan yang baik. Kebetulan masa tersebut, saya terjumpa dengan mama Margaretha Fransiska Barek. Beliaulah yang mengajak dan membimbing perjalanan saya untuk kembali mengenal Tuhan lebih dalam lagi melalui kelas Inisasi Kristian Dewasa (IKD). Puji dan syukur kepada Tuhan!

Setelah mengalami Yesus Kristus serta ajaran-ajaran Gereja Katolik. Kini kehidupan saya merasa amat tenang sekali berbanding dengan kehidupan saya yang dahulu. Sekarang ini lebih teratur dan gembira disamping mendapat lebih ramai kawan bukan sahaja warga Indonesia tetapi juga Kadazandusun, Cina dan Filipino yang berjalan bersama di dalam iman.  Kami juga gembira kerana terdapat program belia Katolik di Gereja St. Mark. 

Saya merasa anugerah Tuhan terjadi kepada saya dan tidak akan berhenti di sini sahaja. Saya akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk Nya. Doakan saya selalu.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent