Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 21, 2011

Minggu Palma dan Sambutan Hari Belia Sedunia Peringkat Gereja St Mark, Sandakan

Sandakan: Bersempena dengan sambutan Hari Belia Sedunia yang jatuh pada setiap Hari Minggu Palma, tahun ini, belia dari Gereja St. Mark, Batu 12 dan St. Peter, Sg. Manila mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama.

Sebelum memulakan program belia, Misa Kudus Palma dirayakan bersama para umat dari pelbagai keturunan dan bangsa yang disatukan dalam Kristus. Selebran ialah Bapa Uskup Julius Dusin Gitom.

"Pada Hari Minggu Palma, kita mengenang akan kesengsaraan Yesus Kristus yang wafat bagi kita di kayu salib bagi menebus dosa kita semua," kata Bapa Uskup dalam homilinya.

Bapa Uskup turut menyentuh tentang mesej Bapa Suci, Sri Paus Benediktus ke-16 terhadap para belia di seluruh dunia. Tema Hari Belia ialah "Berakar dan dibangun dalam Yesus Kristus, Teguh dalam Iman" (Kol 2:7)

Misa Kudus

Sejurus Misa Kudus, seramai lebih kurang 40 orang belia berkumpul di Dewan Serbaguna Gereja St Mark bagi menjalani aktiviti Sambutan Hari Belia Sedunia. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah:-
  • Menyanyikan lagu-lagu pujian dan penyembahan.
  • Mendengar informasi mengenai Sambutan Hari Belia Sedunia ~ Roland Henry.
Menyanyi dan menari bagi DIA
  • Bermain beberapa permainan yang dapat membuat para belia lebih mesra dengan sesama belia lain.
  • Mengadakan jamuan makan pot-luck
  • Mengadakan konsultasi yang mempunyai kesinambungan dengan S.H.O.U.T Camp 2010. (Ciri-ciri belia, Realiti Belia dan Cabaran Belia). Ini bertujuan untuk mendengar suara belia dari 2 buah gereja ini terutama dari Komuniti Timor.


  • Berdoa bersama bagi kesatuan belia Katolik di seluruh dunia.
Komiti penganjur agak berpuas hati dengan perjalanan program pada hari tersebut walaupun hanya disambut secara sederhana. Para belia pula berharap agar program sebegini lebih kerap dijalankan kelak.
~SJ

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent