Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 21, 2009

SEMINAR MENGENALI PERIBADI BONDA MARIA DARI SUDUT IMAN KATOLIK

ANJURAN LEGIO MARY BAHASA MALAYSIA,
KATEDRAL ST MARY, SANDAKAN


Gambar kenang-kenangan.


Sandakan: Pada 10hb-12hb Julai 2009 satu seminar bertajuk ‘Mengenali Peribadi Bonda Maria dari Sudut Iman Katolik’ telah diadakan di Dewan Paroki Katedral St Mary, Sandakan. Seminar ini telah menarik penyertaan seramai lebih 170 orang dan disertai umat dari Paroki Katedral St Mary Sandakan, Paroki St. Martin, Telupid dan St. Dominic, Lahad Datu. Purata penyertaan hampir 70% adalah terdiri dari golongan belia. Antara penceramah yang menyampaikan perkongsian adalah Fr.Thomas Makajil, Rektor Katedral, Sr. Appollonia Gumpu fsic dan Sr. Liliana Gubud fsic serta Presiden Kuria Legio Maria BM, saudara Adaris Moses Sintan. Seminar ini telah memberi peluang kepada peserta mengenali lebih intim mengenai peribadi Bonda Maria, Ratu Rosari khususnya tentang Rencana Tuhan untuk Maria dalam Karya Penyelamatan Manusia, status keibuannya, Devosi kepada Maria dan sebagainya.






Para peserta khusyuk mendengar ceramah




Sebahagian para peserta



Manfaat Doa rosari kepada para belia





Sewaktu sesi ceramah Sr Appollonia Gumpu, fsic


Melalui ceramah Fr.Thomas, para peserta diingatkan bahawa Katolik tidak pernah mengajar supaya menyembah Maria, tetapi melalui Yesus, Katolik telah mewarisi Maria sebagai Ibu melalui kata Yesus ketika Ia disalibkan - Dan dekat salib Yesus berdiri ibuNya dan saudara ibuNya, Maria, isteri Klopus dan Maria Magdalena. Ketika Yesus melihat ibuNya dan murid yang dikasihiNya di sampingNya, berkatalah Ia kepada IbuNya: "Ibu, inilah anakmu!" Kemudian kataNya kepada murid-muridNya: “Inilah ibumu!” Dan sejak saat itu murid itu menerima dia di dalam rumahnya (Yoh 19: 25-27). Ceramah yang lain meliputi doa-doa dan penghormatan kepada Maria dengan menfokuskan kepada Yesus sendiri. Peserta dibawa merenung bahawa kekristianan kita tetap sempurna walaupun Rosari tidak didoakan, tetapi kekristianan pasti tidak sempurna bila kita menolak Maria secara bulat-bulat. Semoga semua yang telah menyertai seminar ini mempraktikkan segala 'input' yang diterima dan agar memberitakannya kepada mereka yang tidak mengenali Bonda Maria tentang peribadinya yang mulia dan penuh kasih suci.



Oleh Adaris Moses Sintan
(Presiden Kuria BM)

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent