Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 3, 2009

Program Kepimpinan Dan Motivasi SDC Lahad Datu

Lahad Datu : Seramai 50 orang peserta dari Gereja St Dominic, stasiluar Kunak, Madai, Felda dan Tunku telah mengikut serta dalam Program Kepimpinan dan Motivasi Belia yang telah diadakan pada 27hb dan 28hb Jun 2009 bertempat di Borneo Paradise Eco Resort yang terletak hampir 20 kilometer dari pusat bandar. Program ini dianjurkan oleh Tim Pelayanan Belia Paroki (TPBP) St Dominic, Lahad Datu yang dipimpin oleh Penyelaras Tim, Saudara Arturo Teneros Jr @ Rikkie.






Selebran Misa Kudus ruang terbuka oleh: Fr. Jasery




Action Song


'Ice Breaking' mengenali siapa 'domba2' mu.




Program ini diadakan khas untuk menyedarkan belia bahawa mereka terpilih menyahut panggilan untuk melayani di ladang Tuhan. Disamping itu juga ia dapat membentuk serta mengcungkil bakat belia yang terpendam sebagai pemimpin gereja. Ia juga mampu memupuk semangat belia untuk meningkatkan tahap keyakinan diri dan mengukuhkan semangat kerjasama.





Orientasi



Outdoor 'Morning Prayer'





'Bengkel' perbincangan dalam kumpulan






Terdapat 3 orang penceramah yang telah membantu dalam menjayakan program ini. Mereka ialah Rev Fr Jasery Gabuk, Sr Florence FSIC dan saudara Teodolfo Rosalia Jr. Beberapa aktiviti ‘ice-breaking’ yang menarik telah diadakan untuk mewujudkan suasana yang mesra antara para peserta.


Perkongsian Saudari Koo Nenylian



Perkongsian Sandrex Sacobos



Perkongsian Saudari Yusvina



Perkongsian Shirley Yong



Saudara Toedolfo memberi input kepimpinan kepada belia



Sr. Florence Membuat Penggulungan bagi program ini.

Penyampaian penghargaan


Peserta-peserta yang mengikuti program ini.

Fr Jasery telah menyampaikan ceramah berhubung dengan ciri-ciri seorang pemimpin yang berkesan dalam konteks pelayanan gereja. Peserta-peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk merenung, mengupas dan membahas soalan berhubung dengan peranan dan sumbangan belia terhadap perkembangan gereja.


Program ini diakhiri dengan acara penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta yang disempurnakan oleh Sr.Florence FSIC.


Oleh : Shirley Yong SDC Lahad Datu


No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent