Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 13, 2009

Perkongsian (Kem Muzik dan Konsert Y2J 2009)



Kem Muzik yang telah dijalankan bermula daripada 12hb – 14hb Jun 2009 mendatangkan satu semangat yang baru kepada saya, salah seorang belia yang meminati muzik. Kem Muzik dan Konsert anjuran Tim Pelayanan Muzik Belia Katedral St Mary, Sandakan lebih menekankan penglibatan belia dalam muzik terutamanya muzik inspirasi dan penghayatan muzik. Biarpun penyertaan belia tidak ramai dari stasiluar ia tidak menghalang pihak penganjur dalam melaksanakan misi Yesus dan sekaligus menjayakan program ini dengan baik sekali.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah "Music healing" yang mana saya dan para peserta lain mendengar dan menghayati muzik secara senyap melalui hati dan sanubari kami. Penumpuan kepada muzik boleh membantu menenangkan jiwa dan membebaskan segala masalah dan tekanan dalam diri kami masing-masing. "Kitchen Band" yang mana membawa kami untuk mengunakan sebarang alatan atau benda-benda di sekeliling untuk menghasilkan satu rentak muzik. "Treasure Hunt" pula membawa kami kepada input kerjasama di antara ahli kumpulan dalam pencarian wajah Yesus. Selain daripada itu, terdapat juga program ceramah yang diberikan oleh para penceramah jemputan. Pada malam 13hb Jun, program yang dinanti-nanti oleh belia iaitu Y2J concert (praise and worship - Puji dan Sembah) yang diselanggarakan oleh YMM sendiri. Rev. Fr. Thomas Makajil, Sr Liliana G. dan para ibubapa serta kawan-kawan turut hadir bagi menjayakan konsert itu. Praise the Lord!


Terima kasih kepada pihak Tim Penganjur dan Pastoral Keuskupan Sandakan yang memberi peluang kepada saya untuk memberikan sedikit perkongsian hasil daripada penyertaan program ini. Selaku salah seorang peserta program ini, saya berbangga dan berterima kasih kepada pihak penganjur yang mana dapat menjayakan program ini dengan baik sekali dan boleh menarik lebih ramai lagi belia-belia dalam penyertaan mereka sebagai seorang pemuzik. Walau bagaimana pun, pendedahan ini bukan sahaja terhad kepada mereka yang tahu akan pengendalian alat muzik tetapi juga kepada mereka yang lebih selesa mendedahkan muzik melalui nyanyian. Pada mulanya, kehadiran saya sebenarnya tidak dapat dijangka dalam menyertai program ini. Perasaan yang berbelah bagi disebabkan keadaan saya pada masa itu tidak begitu sihat. Namun, niat saya untuk menghadiri program masih tersimpan dan akhirnya dengan hati yang tekad, saya dapat menghadiri program ini biarpun keadaan kesihatan saya pada masa itu tidak begitu mengizinkan. Thank you Lord.


Pada hari terakhir program, saya dan beberapa orang rakan saya terpaksa kembali ke Gereja St Paul, Ulu Dusun untuk pengendalian muzik dan koir misa kudus. Biarpun penyertaan kami tidak sampai ke penghujung, tetapi program yang sempat kami ikuti sudah cukup buat kami menanam sikap mencintai muzik seiring dengan pelayanan sebagai seorang belia Kristian. Amen.


God Bless.


Schoffal @ Charles Moiji
(Blog Tim Pelayanan Belia Gereja St Paul, Ulu Dusun:

http://youth-of-generation.blogspot.com)



**************************************************************************



Muzik memainkan peranan yang amat besar dan penting dalam Gereja. Muzik mengekspresikan jalinan rasa cinta dan sayang kita kepada Tuhan. Bakat-bakat muzik yang ada pada setiap belia seperti saya dapat mengukuhkan lagi iman saya sendiri serta pelayanan kami di ladang Tuhan sebagai insan bergelar Kristian Katolik.


Muzik juga dapat menyatukan sesebuah keluarga atau saudara-saudari Kristian, dapat menimba pengalaman baru, menyedari dan berusaha bertumbuh dalam rohani. Belia harus sedar yang dalam setiap pelayanan mereka patut bersikap dare to be different.


Dalam Program Kem Muzik, saya telah mempelajari pelbagai cara bermain muzik, bagaimana, mengapa, kenapa dan kesesuaian bentuk lagu yang kita guna dalam Gereja. Program ini membuatkan saya mengenal diri sendiri dan sedar bahawa bakat itu datang dari Tuhan. Tuhanlah yang mengaruniakan kita bakat dalam muzik. Jadi, jangan sesekali kita lupa dari mana ia datang melainkan bersyukur dan gunakanlah bakat muzik yang kita ada untuk melayani sesama.


Serve to God, Hand to Man”.




Alessandrex S.

Gereja St. Dominic, Lahad Datu


**************************************************************************

“Thanks & Praise God!”- The words of relief. We’ll never forget His enormous love and guidance along our journey of preparation to make this Y2J Music Camp & Concert a memorable and fruitful event to most of our youths in our parish. After such a short period (6 weeks to be exact), all of us (The Organizing Team-Youth Music Ministry) finally gave each other a sigh of fulfillment and a very thankful heart to the “source”-JESUS CHRIST.

I believe that in the ups and downs of life, Our Lord never abandoned us. Sometimes when we lack ideas and there were no religious and elders around that could guide us in our preparation we devotedly cling on to God to lead us. These were indeed tough times for us but when we reflect back, its fun to deal with such difficulties and simply bring a smile to share it someday in the future.

After all, we’ve seen the patience, courage and team spirit in the faces of all our friends. Maybe God want to see how we persevere or are we as a team really serious of the objectives of this camp itself.

During the program, many of us were touched by His Love. Just before the concert (The Climax of thet Program) started, some of us were helping out in distributing the light refreshment that has been prepared for those who attend the concert. The way they conveyed their thanks through their smiling faces makes us feel grateful to share the love of God to all.

It’s also such a great experience for us to be united as one and to let the music of God heal our brokenness and grief during the Music Heals Session (the moment of listening to slow music and to let the lyrics flow within and allow God speak to us)

We believe that every one of us were satisfied of which He fulfilled our hunger and dryness to God. This activity can somehow allow us to search our true self interest especially in music praising God. We pray that God will inspire all the youths to bear more fruit in serving the Lord and may God’s love continue to spread so that we can continue to organize activities that are more challenging and creative to awaken the youths in our parish.

Never give up and always trust the Lord when we endeavor to serve Him simply because He cares and at times He sings... Amen!




(L-R) Cristopher Aban, Maria Lourdes Dy, Roland Escobido, Roselyn AB, Pearl B Lim and Arlene Abel.


(L-R) Eloise Abragan, Kenny Lai, Dulce Fiel, Rodney Roger Sining and Roney Roger Sining.



Donny Lee

YMM, St Mary’s Cathedral, Sandakan

(http://ymmstmary.blogspot.com/)




No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent