Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 10, 2009

KESAKSIAN KEAJAIBAN KANDUNGAN

Jerru Likong di samping ibunya Anna Francisca Ajau
Apabila seorang ibu disahkan oleh doktor yang dia mengandung, sudah tentu, kegembiraannya begitu besar sekali terutamanya kandungannya yang kali pertama. Begitulah kegembiraan yang dikongsikan oleh ibu Anna Francisca Ajau.
Selepas beberapa bulan, dia sekali lagi berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Dia begitu terkejut setelah diberitahu bahawa anak yang di dalam kandungannya itu mengalami kecacatan selepas imbasan dibuat. Sudah tentu harapan seorang ibu telah menjadi hampa. Doktor menasihatinya supaya menggugurkan kandungannya.
Beberapa hari kemudian sebelum tarikh pengguguran tersebut dilakukan, dia telah pergi melawat ke Chapel St Joseph Merotai kampung halamannya. Selepas melakukan Ibadat Sabda dia telah pergi berjumpa dengan seorang Pelayan Komuni yang telah melakukan upacara Ibadat Sabda tersebut. Dia menceritakan tentang kandungannya dan keputusan pengguguran yang bakal dilakukannya di klinik.
Pelayan Komuni tersebut telah menasihati ibu muda ini dengan menerangkan Hukum Gereja, bahaya penguguran dan memberitahunya supaya jangan sekali-kali meneruskan niat tersebut kerana tindakan tersebut adalah dosa membunuh di sisi Tuhan. sebaliknya harus menyerahkan segala-galanya kepada kehendak Tuhan yang Maha Kuasa. Kemudian dia didoakan dengan penumpangan tangan. Selepas itu, dia telah mengambil keputusan untuk tidak menurutkan niatnya lagi untuk melakukan pengguguran.
Selepas setahun, Pelayan Komuni itu sekali lagi datang melawat ke Chapel St Joseph Merotai. Pelayanan Komuni ini bertemu dengan ibu tersebut sambil melihat bayinya, apa yang dikatakan cacat oleh doktor tersebut sebelumnya. Bayi itu sempurna dan sedikit pun tidak ada cacat celah seluruh anggota tubuh badannya.
14 tahun kemudian, pada hari ini sempena dengan pemberkatan Chapel St. Joseph yang baru ,anak sulungnya telah menerima Komuni pertamanya dari paderi Msgr. Nicholas Ong. Anak ini bernama Jerru Likong adalah anak sulung kepada Jambu ak Layang dan Anna Francisca Ajau dan dia juga mempunyai 2 adik perempuan yang sempurna.
Oleh: SOCCOM HTC Tawau.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent