Gambar dan berita oleh: Komisi Komunikasi Sosial Keuskupan Sandakan.
Chapel St. Peter yang baru di bina oleh penduduk
Kolungai Tigawi Paitan yang ketuai oleh tukang kayu Encik Juakim
|
Umat Katolik sedang berjalan menuju ke Chapel baru |
Fr. Thomas Makajil sedang memberkati Chapel St. Peter Tigawi diiringi oleh Katekis Stanis |
Umat Katolik menghadiri Misa Kudus pertama di Chapel baru.
Sebahagian penduduk bekerja di bandar, ladang kelapa sawit dan bersekolah
|
Komuniti Katolik Kg. Tigawi menerima Sakramen Ekaristi |
Album kenangan bersama Fr. Thomas Makajil dan pengerusi Paitan Mission En. Henry Wong serta rombongan. |
Rombongan Paitan Mission makan tengahari bersama dengan komuniti Katolik Kg. Tigawi |
Clip Video Paitan Mission, cabaran menaiki bot ke St. Peter Tigawi.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Demikianlah delima penduduk asal Kg Paitan yang sudah kehilangan hak tanah nenek moyang mereka. Semakin hari semakin terhimpit oleh kerja-kerja meluaskan kawasan ladang kelapa sawit oleh syarikat-syarikat swasta. Mereka serba salah untuk bercucuk tanam kerana sudah dianggap menceroboh hutan simpan. Permohonan tanah mereka tidak diterima oleh pihak berkenaan sedangkan mereka sudah lama menetap di kawasan tersebut buat beberapa generasi. Mereka tiada pilihan lain kecuali membina rumah dan bercucuk tanam di tepi sungai.
No comments:
Post a Comment