Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 20, 2015

Retret Menghayati Misteri Paska dengan Warna Warni Ikon

Oleh Juliana K, Komiti Kateketikal

Sandakan - Seramai 43 orang fasilitator PMG, IKD dan PPK dari seluruh paroki di Keuskupan Sandakan telah mengikuti Retret Misteri Paska dengan Warna Warni Ikon pada 5hb dan 6hb Jun, 2015 di Pusat Retret Keuskupan, Ulu Dusun.
Retret ini telah dikendalikan oleh Sr Evelyn Tivit fsic dari Paroki St Dominic Lahad Datu dibantu oleh Sr Appollonia Gumpu fsic dari Paroki Katedral St Mary Sandakan.
Melalui retret ini fasilitator telah didedahkan tentang lukisan keagamaan yang dilakar oleh artis agama yang menterjemah firman bertulis kepada imej kudus berwarna warni yang dipanggil Ikon. Setiap fasilitator juga dibawa ke pelbagai bahagian kitab suci yang berkisar tentang kehidupan Yesus Kristus melalui misteri penyelamatan-Nya melalui warna warni ikon, Firman dalam lukisan.
Peserta retret juga didedahkan bagaimana untuk berdoa di hadapan ikon yang memerlukan disiplin, keheningan dan kesucian hati.
Pengalaman dan pendedahan ini amat berharga untuk dikongsikan bersama dengan anak-anak didikan Sekolah Minggu yang tidak celik huruf seperti pepatah, "Lukisan mengambarkan seribu bahasa"( A picture tells a thousand words).

Wednesday, June 17, 2015

DYA Organizes the Third Catholic Campus Student Gathering

By Mazdollyna Majalin Diaz Eborok
Photos by Dadymus Upin and Gregory M. Harumal
Lahad Datu – The Catholic Campus Student Gathering (CCSG) is an annual program organized by the Diocesan Youth Apostolate (DYA), Campus Ministry team. This year, the third CCSG was held  at St. Dominic's  Church, Lahad Datu from 5th to 7th June 2015. Some 18 students, studying in university / college around the Diocese of Sandakan and some YouthPrepLink graduates responded to the call to attend the program. The organizing team invited Dominic Lim from the Archdiocese of Kota Kinabalu to reveal the best kept secret of the Church to the young people by sharing the Catholic Social Teaching (CST).
On 5th June, the program started with an opening mass presided over by Rev Fr. Marcellinus Pongking, followed by dinner prepared by the Catholic Women's Apostolate (CWA). Next, the session continued with Expectation Check and this is a way to gauge what the participants expect to get from the program. It is also a way to help the speaker to identify the level of understanding of the participants and their needs. 
The second day, 6th June, the program started with Lectio Divina, to refresh our mind and ask for daily blessing from God. The core matter for that day started with an introduction to CST. Dominic Lim explained why the church has her own social teaching. 
"Because all men, as children of God, possess a unique dignity, the Church with her social teaching is committed to defending and promoting this human dignity for all men in the social sphere. She is not trying to preempt the legitimate freedom of politics or of the economy. When human dignity is violated in politics or economic practices, however, the Church must intervene." - Youcat 438


During the whole day session, the speaker also touched on Life and Dignity of a Human Person, Call to Family, Community and Participation, Rights and Responsibilities, The Dignity of Work and the Rights of Workers and Solidarity. All of the sessions shared and deliberated are pertinent in today's world and we are to play an important role to ensure that everyone is protected as we are all God's creation.
"Then God said, "let us make human kind in our image, according to our likeness... So, God created humankind in his image, in the image of God He created them; male and female he created them" - Genesis 1:26-27
On the last day, everyone started their day with Lectio Divina followed by sharing from the participants. Most of us shared that CST is indeed the best kept secret of the church. Many were first timers hearing CST and it was an eye opener. CST need to be shared not only to the campus students but to all parishioners. 
After the sharing session, the speaker talked on ways to move forward after knowing CST. He suggested that we may apply the "See - Judge - Act" method, asking help from the Holy Spirit to give us wisdom and courage; share the CST to other people and apply it in our daily life as individuals. In conclusion, Dominic said that the cross is a symbol of love which keeps us alive.
Revealing the best kept secret was a success and it was very fruitful for all who attended. Through this, it has taught us to be a better person in life as a Catholic and make us want to be more like Jesus.
"Truly I tell you, just as you did to one of the least of these who are members of my family, you did it to me" - Matthew 25:40

Tuesday, June 9, 2015

HTC TAWAU ANJUR KEEP IN TOUCH ALWAYS

Oleh Esther Albert

Tawau : Pelayanan Kampus Holy Trinity Tawau, telah menganjurkan program Keep In Touch Always (K.I.T.A) kali ke-2 pada 16 Mei 2015 dari 8 pagi hingga 3 petang. Tujuan utama program K.I.T.A adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar sekolah dan belia terhadap cabaran-cabaran hidup sebagai pelajar Kristian Katolik apabila mereka melanjutkan pelajaran kelak.

Saudari Esther Albert selaku penyelaras program tersebut telah memberikan penerangan tentang latar belakang program Keep In Touch Always dan seterusnya memberikan perkongsian tentang ‘Realiti Kehidupan Kampus.’ Dalam sesi ini, semua pelajar dan belia yang hadir telah memberikan perkongsian tentang jangkaan mereka berkenaan dengan pelbagai aspek seperti sosial, keluarga, pembelajaran dan kewangan apabila melanjutkan pelajaran kelak.

Saudara Dadymus Upin yang turut hadir telah memberikan perkongsian beliau berkenaan kehidupan kampus di Institut Pengajian Guru Kampus Tawau yang baru sahaja beliau tinggalkan dua tahun yang lalu. Turut dikongsikan ialah perbezaan institusi-institusi pengajian lain seperti Kolej Matriulasi Labuan dari pelbagai aspek.

Selain perkongsian-perkongsian tesebut, para peserta juga diberikan pendedahan tentang Hak dan Tanggungjawab Sebagai Pelajar yang disampaikan oleh Cikgu Reynold dan pendedahan tentang Iman Katolik yang disampaikan oleh Cikgu Petrus. Perkongsian tentang Human Rights lebih berpusatkan kepada hak-hak yang dimiliki oleh semua pelajar Katolik manakala perkongsian tentang Iman Katolik pula membantu para peserta untuk menjadi lebih peka terhadap cabaran iman mereka.
Di akhir program, para peserta telah diminta untuk memberikan maklumbalas mereka terhadap perlaksanaan program ini. Maklumbalas yang diberikan akan dianalisa agar program K.I.T.A dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dn lebih memenuhi keperluan para pelajar.

Thursday, June 4, 2015

THE 3RD CATHOLIC CAMPUS STUDENTS' GATHERING

Anna Teresa Amandus
Diocesan Youth Office
Sandakan
Berita baik buat semua pelajar Katolik Kampus yang sedang melanjutkan pelajaran di sekitar Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Telupid. Pelajar-pelajar kampus yang mengikuti program ini akan dibawa melihat secara mendalam 'the best kept secret' berkenaan Gereja Katolik kita iaitu Ajaran Sosial Gereja. Sesi ini akan disampaikan oleh Saudara Dominic Lim dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Nah! inilah masanya bagi kita untuk keluar dari zon selesa untuk melihat dan mengalami kehidupan bersama pelajar-pelajar kampus yang lain di seluruh Keuskupan Sandakan. Ini merupakan satu landasan bagi kita datang bersama, mendengar antara satu dengan yang lain dan bertanya kepada diri sendiri bagaimana saya boleh menjadi seorang Katolik yang baik dan bagaimana saya dapat menyumbang kepada gereja, masyarakat dan negara.
Bagi mereka yang berminat, pendafaran masih dibuka sehingga 5hb Jun 2015 melalui Pejabat Belia Keuskupan Sandakan (Tel: 089-217071) atau Kerasulan Belia Paroki masing-masing. 

THE FIRST MALAYSIAN CATHOLIC CAMPUS STUDENTS' DAY IS NOW ACTIVATED!

Anna Teresa Amandus
Diocesan Youth Office
Sandakan
Greetings of peace and joy in the Lord! 
We are pleased to announce that the 1st Malaysia Catholic Campus Students’ Day (MCCSD 2015) is going to be held from 14 – 20 July 2015 in the Archdiocese of Kuching. MCCSD is the outcome from the gathering of campus student leaders back in 2013 based on the five (5) common threats identified as follows:
i. Not well grounded in the Catholic faith and lack commitment to Jesus Christ
ii. Cultural shock which makes them susceptible to the values of the world
iii. Proselytization – Conversion to other religion and denominations
iv. Struggle to cope with relationship and sexuality matters
v. Restricted use of campus facilities for religious gathering
The MCCSD will be an effective platform for campus student leaders to come together, listen to each other, to reflect, to exchange views, to pray together and be filled with informative and spiritual sessions. Hopefully, these may lead them to ask themselves how they can be good Catholics and contribute to the well-being of the society and the Church. The theme of MCCSD 2015 is: Be Witnesses of Christ in Your Campus Life – Called, Chosen and Sent
The following are the objectives of MCCSD 2015:
i. To experience a personal and intimate mystical encounter with Jesus.
ii. To have various faith formations through YouCat/Apologetics to equip students for ecumenical and IRD discussion.
iii. To create an awareness among students on their religious rights in their respective campuses through AUKU, colleges/university constitution and the Malaysian Constitution.
iv. To build a network between campuses to share ideas and concerns.
We are expecting some 200 campus student leaders from the various campuses / universities / institutions from all 9 arch / dioceses in Malaysia to attend the event. 

"Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya."

Oleh Helda Japanis
Temubual bersama Seminarian Alfonsus George Minkui dibuat sebaik selesai Upacara Pemberkatan dan Perasmian Kapela St Angeline, Madai pada 24hb Mei 2015.
Seminarian Alfonsus George Minkui, merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik. Anak watan dari Kg. Madai ini telah menamatkan sesi persekolahannya di Kunak dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat sekolah menengah.
Selepas menamatkan persekolahan menengahnya, seminarian  Alfonsus telah bekerja di Kota Kinabalu. Tidak lama kemudian dia telah mendapat pekerjaan yang lebih stabil di Maybank, Kunak di bahagian kaunter selama tiga tahun.
ALFONSUS GEORGE MINKUI
Titik bermula panggilannya adalah apabila dia merasa ada sesuatu yang masih kurang dalam dirinya walaupun sudah mempunyai pekerjaan yang baik. Dia tidak ketinggalan beribadah setiap minggu. Sehinggalah pada suatu hari ada seorang seminarian yang telah memberitahu dan mendorongnya untuk mengikuti seminar panggilan di Bundu Tuhan. Hatinya terbuka untuk turut serta dan pada bulan Oktober 2011, dia menyertai seminar panggilan sebagai peninjau. Peserta dalam seminar tersebut pada ketika itu melebihi seratus orang jumlahnya. 

Melalui seminar ini para peserta dapat mendengar dan mengetahui bagaimana proses pembentukan diberikan kepada para seminarian. Sesi temuduga pula dilakukan oleh pihak paderi untuk mendapatkan maklum balas dan pemilihan peserta yang layak.  Antara perkara yang ditanya semasa sesi temuduga adalah seperti bidang pekerjaan, tempoh dan persiapan peribadi. Selepas temuduga tersebut Seminarian Alfonsus telah diberi masa oleh Fr. Wilfred Atin selama tiga bulan untuk membuat keputusan dan persiapan.
Pada bulan Januari 2012, Seminarian Alfonsus mengikuti seminar panggilan di Bundu Tuhan buat kali kedua. Tetapi, kali ini dia telah pun bersedia dengan keputusannya.  Tamat sahaja seminar tersebut, dia diterima untuk memulakan sesi pembentukan tahun pertama sebagai aspiran yang lebih mengutamakan penguasaan Bahasa Inggeris.
Seminarian Alfonsus (pertama dari kiri)
Empat tahun telah berlalu, kini Seminarian Alfonsus berada di tahun kedua Falsafah. Dia berasa sangat berbeza berbanding dengan di awal pembentukannya. Melalui pembentukan peringkat demi peringkat di seminari, dia telah mempelajari banyak tentang kehidupan dan pembangunan rohani. Apa yang dia mahu selama ini telah terjawab dan salah satu buah rohani yang diperolehinya adalah kedamaian yang tidak dapat dibeli dengan wang.
Walau bagaimanapun dalam proses pembentukan, kadang-kadang dia mengalami saat berasa goyah dan berasa khuatir. Ketika berasa goyah, dia akan berjumpa dengan pembimbing rohaninya atau orang tertentu untuk mendapatkan kaunseling. Namun untuk mengatasi semua kegoyahan dan mendapat semula kekuatan semangat itu, menurutnya adalah bergantung utama kepada inisiatif diri sendiri. Biasanya dia akan selalu bermeditasi, berdoa dan merasakan kehadiran Tuhan sesuai dengan Injil Yesus Kristus dalam Yohanes 15: 5..."Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa." 
Umpama perkataan "Ignorance" yang buat dia ingin lebih tahu lagi merupakan inti panggilan yang terus mendorong Seminarian Alfonsus untuk terus mencari dalam proses pembentukan di Seminari sampai ke saat ini. Dia juga sangat suka perihal petikan alkitab terutamanya maksud tersirat dalam petikan-petikan tersebut. 
Seminarian Alfonsus (pertama dari kiri)
Dia berasa amat teruja dan gembira akan kehadiran Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom ke Kg. Madai pada 24 Mei 2015 lalu untuk memberkati dan merasmikan Kapela St. Angeline, Madai serta merayakan Pesta Kaamatan bersama umat di sana.
Seminarian Alfonsus yang sebelum memasuki alam seminari, bergiat aktif dalam aktiviti belia. Dia pernah diamanahkan menjaga hal kewangan bahagian belia di Kapela St. Angeline, Madai. Dia berharap dan berpesan agar lebih ramai lagi belia yang berani tampil ke depan untuk menyahut panggilan Kristus untuk dibentuk dan bekerja di ladangNya. Mulakan langkah pertama anda untuk menghadiri seminar panggilan untuk mengetahui lebih dalam tentang panggilan dan ketahui proses pembentukan tersebut. Manalah tahu anda terpanggil?
Kita sama-sama doakan agar Seminarian Alfonsus akan dapat menamatkan perjuangannya di Kolej St. Peter, Major Seminary, Kuching, Sarawak dengan jayanya.  

Wednesday, June 3, 2015

Perkongsian Pengalaman Saya – YouthPREPLink Batch 5, 2015 (Bahagian Akhir)

Dikumpul dan disusun oleh Girald Palipus, Tim Dokumentas

Program YPL Batch Kelima 2015 selama dua minggu disertai seramai 27 peserta telah berlangsung dari 26hb April hingga 10hb Mei. Peringkat pertama selama seminggu telah terlaksana di Katedral St Mary Sandakan sementara peringkat kedua juga selama seminggu berlangsung di St Stephen Tass, Tawau. Berikut adalah perkongsian daripada kumpulan yang terakhir.


Lydiana Kantiu, 
Katedral St. Mary, Sandakan
Pada mulanya saya mengikuti program ini hanyalah sekadar ingin mengisi masa lapang di samping ingin mencari sesuatu dalam program ini. Saya berasa syukur kerana kini saya telah mendapatkan sesuatu kekuatan baru untuk saya terus maju dan melayani dengan lebih sungguh. Semasa sesi menulis surat untuk anak-anak pada masa hadapan, saya secara tidak langsung telah merenung kembali perjalanan hidup saya dari saya dilahirkan sehingga kini. Saya telah banyak membuat ibu saya menangis dengan segala tingkah laku saya dan saya sangat menyesali apa yang sudah saya lakukan. Saya juga sangat bersyukur, kerana walaupun keluarga saya tidak mempunyai harta yang banyak namun saya masih lagi terus dilimpahi dengan kasih sayang daripada kedua ibubapa saya. Melalui program ini, saya dapat rasakan bahawa Tuhan memanggil saya untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Saya akui yang sebelum ini saya merasa kosong dalam setiap pelayanan yang saya lakukan. Saya sering kali tidak menyedari apa yang saya perbuatkan dan adakala menyinggung perasaan orang lain. Di dalam program ini, Tuhan cuba sampaikan yang Dia mahukan saya untuk mengubah sikap buruk saya itu. Pengalaman penting yang saya perolehi selepas mengikuti program ini ialah, saya lebih terbuka kepada teguran dan nasihat orang lain. Semua itu saya dapat terima dengan adanya cinta kasih dan sikap saling memahami antara satu sama lain. Selain itu, perasaan ‘dimiliki’ dan ‘memiliki’ turut membuatkan saya sangat menyayangi hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara kami semua. Saya harap agar setiap pengalaman yang baik saya lalui ini dapat saya praktikkan dalam kehidupan saya sehari-hari. Bagi program ini, saya berharap ia sentiasa dilanjutkan dari semasa ke semasa. Program ini sangat berfaedah untuk pendedahan awal kepada belia yang akan melanjutkan pelajaran nanti. Terima kasih.

Alexandria Marie Micheal Harumal, 
Holy Trinity, Tawau. 
Mendengar sahaja pengenalan tentang program YPL ini daripada graduan YPL batch terdahulu, membuat saya berminat untuk mengetahui lebih dalam lagi. Setelah mengikuti program ini barulah saya sedari bahawa ianya bertujuan mempersiapkan kami untuk menghadapi cabaran dunia luar setelah keluar melanjutkan pelajaran nanti. Banyak sesi yang membantu saya dalam proses ini, terutamanya sesi mengenal diri. Dalam sesi ini saya sedar akan kemampuan dan kelebihan yang ada pada diri saya sendiri. Selepas sesi ini, saya semakin berkeyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak ramai tanpa rasa malu dan segan kerana setiap daripada kita adalah ISTIMEWA. Pengalaman yang saya menghargai ialah belajar untuk hidup berdikari dan bekerjasama dalam kumpulan. Melalui YPL ini, saya dapat merasakan hidup berkomuniti di samping dididik untuk lebih berdikari kerana kami wajib bangun awal buat memasak serta mencuci baju sendiri. Bagi saya, melalui pengalaman sepanjang YPL ini, Tuhan cuba untuk menyampaikan kepada saya supaya jangan sesekali berhenti dan malu untuk bekerja di ladangNya  kerana saya merupakan anak kesayanganNya. Harapan saya untuk program ini ialah di selitkan lebih banyak perkongsian yang memotivasikan belia dalam Level 2 agar para belia lebih sedar dan terbuka hati untuk melayani serta mengetahui kehidupan dunia luar yang berlaku sehari-hari. Puji Tuhan! Amen!

Veronica Luciana Hamzah, Katedral St. Mary, Sandakan.
Pengorbanan masa untuk mengikuti program YPL ini tidak menjadi sia-sia di mana banyak buah-buah pengetahuan yang saya perolehi. Merenung kepada sesi-sesi yang dijalankan, saya sangat tersentuh semasa sesi "I’m special." Melalui sesi ini saya dapat melihat kekurangan diri saya kerana melalui kekurangan itulah saya jadi sempurna. Tidak lupa juga, saya perlu menerima kelebihan dan kekurangan orang lain. Apa yang Tuhan ingin sampaikan kepada saya adalah melakukan perbuatan yang baik dan jangan bersendirian untuk melayaniNya. Sebab seperti tubuh tanpa roh adalah mati, demikianlan iman tanpa perbuatan adalah mati. Pengalaman yang paling penting yang saya perolehi adalah sewaktu penjangkauan, saya mendapat pengalaman baru seperti mengajar Bahasa Inggeris kepada mereka yang tinggal di pedalaman. Selain itu juga saya dapat mengeratkan silaturahim dan bekerjasama dengan kawan-kawan yang lain dengan lebih rapat lagi. Harapan saya agar program ini dapat dijalankan lagi agar lebih ramai belia lepasan SPM dan STPM dapat menimba ilmu pengetahuan dan dapat mempersiapkan diri untuk mengatasi setiap dugaan. Salam mesra dari saya, sayang keluarga YPL saya.


Jessren Chin, St. Stephen Tass, 
Tawau.
Mengikuti program YPL ini semestinya sudah direncanakan oleh Tuhan dalam perjalanan pelayanan saya sebagai belia Katolik. Saya merasakan berlakunya pertumbuhan iman saya semasa dalam program ini. Kasih sayang yang diberikan oleh para fasilitator terhadap diri saya sangat menyentuh hati saya. Perasaan sayang ini saya ibaratkan sebagai sayang sebagai abang dan kakak kepada seorang adiknya. Walaupun saya mempunyai abang dan kakak, namun mereka jarang sekali pulang ke rumah kerana mereka mempunyai tanggungjawab mereka terhadap kerjaya dan keluarga masing-masing. Di sini saya merasa cinta kasih Tuhan dan merasakan bahawa Tuhan inginkan saya untuk lebih tabah dalam menempuhi dugaan yang akan datang. Selain itu, Tuhan ingin saya mengenal dan mengikuti Dia secara sungguh. Pengalaman terpenting bagi saya ialah saya dapat belajar memasak kerana saya memang tidak tahu memasak sebelum ini. Mencuci baju sendiri dan melaksanakan tugasan harian membuat saya lebih yakin dan berdikari. Mengikuti program luar daripada daerah saya sendiri merupakan pengalaman yang terbaik yang saya ada. Harapan saya, program ini diteruskan dari semasa ke semasa agar para belia dapat mengenali diri mereka dan dapat mengenali Tuhan Yesus Kristus dengan lebih rapat. Ini merupakan satu landasan agar kita ini tidak mudah tersesat. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana ini adalah rencana Tuhan kepada saya agar lebih percaya dan taat kepada Tuhan. Amen!

Monica Reyes, 
Katedral St. Mary, Sandakan.
Walaupun saya adalah yang paling senior dalam peringkat umur di kalangan keluarga YPL sesi ke-5 ini, ia bukan satu alasan untuk saya tidak bergaul dengan rakan-rakan YPL yang lebih muda dari saya. Setiap kali masa perkongsian diadakan, itu adalah masa yang saya merasa tersentuh sekali. Ini kerana, saya tidak pernah ada keberanian untuk berkongsi apa-apa di hadapan kawan-kawan yang baru saya kenali. Apa yang Tuhan mahu sampaikan kepada saya adalah saya sepatutnya tidak hanya mengongsikan pengetahuan dan kasih sayang kepada mereka yang saya kenali sahaja, tetapi harus mengongsikan kepada semua orang. Apa yang paling penting, saya haruslah mempunyai iman, kepercayaan dan juga kerjasama dengan semua kawan-kawan untuk melaksanakan apa yang sudah kami rancangkan. Pengalaman yang paling penting yang saya dapati dalam mengikuti program ini ialah saya di jaga dengan baik sekali semasa saya jatuh sakit. Saya sangat terharu dengan apa yang kawan-kawan saya lakukan untuk saya. Di samping itu, saya berasa sangat bersyukur kerana dapat membina hubungan yang baik dengan Tuhan dan juga mendapat ramai kawan baru walaupun hanya mengenali mereka buat masa yang singkat. Harapan saya untuk program ini ialah, semoga ianya akan terus diadakan dan tidak akan berhenti di sini sahaja. Saya tidak akan berhenti melayani Dia tetapi bertekad melayaniNya dengan lebih sungguh lagi. Amen.

Tuesday, June 2, 2015

SEEK THE WELFARE OF THE CITY (JEREMIAH 29:7) ~ SANDAKAN INTER-CHURCH PRAYER MEETING

Article by DaliusLL, Parish Soccom
photos by courtesy of Milton Yong 
Sandakan:  St. Mary's Parish Hall was filled nearly to capacity as more than 500 Christians gathered from various denominations of Sandakan for a joined prayer meeting on 27th May 2015 at 7.30pm. They came in one voice and in the bond of Christian love to pray together with the theme “Seek the Welfare of The City,” for the well-being of the country and Sandakan in particular. It projected a spirit of close and vigorous cooperation among member churches.
The event was initiated by Canon Yong Thian Choy of the Anglican Church, where he has attended the World Christian Prayer Gathering in Albert Hall, London recently. He opined that through the Sandakan Inter-Church, this gesture should also be good to be adapted in Sandakan to continue with His saving and unifying work through prayer and concern of Christian people living here.

During the event, all leaders of the member Churches; Catholic, Anglican, Basel, Baptist, SIB, Covenant Sanctuary, Methodist, Presbyterian, Trumpet Christian and New Life Centre took the stage to pray for one another and followed by the participants taking to the podium.  It is true indeed as what Canon Yong said that the persecutors of Christian will not bother to ask us from which denomination  we are from. They only see us as Christian, and for this, we should stop looking at our differences. 
This prayer meeting was also a celebration of unity and collaboration, showing to others that the churches can be united for a common ground when faced with trials and challenges. It was really touching to see, when Canon Yong asked among the participants from the security personnel (representing the security of the nation) to come forward and were prayed over by all the participants for God’s blessing, grace and protection.
The event also saw the Sandakan Inter-Church made a three point declaration of prayer for the welfare of Sandakan.  The first declaration prayer as written in Psalm 24:7 that all may pray for all the gates of Sandakan to be opened to God’s grace, blessing and protection. Secondly, as stated in Proverbs 11:10-11 that all will pray for more righteous people who reside in this city and the third declaration prayer to be adopted from Isaiah 26:1 that all Christian will pray for a strong and a protected Sandakan city.
It was indeed an electrifying experience when praying together in sequence of singing of praise and worship songs. Not only the prayers accompanied by vibrant music but also with the blowing of real rams’ horn trumpeted along with the prayers that made the whole surrounding lifted in spirit. It was amazing to see everyone participated with enthusiasm, a reflection of intimacy among members in sharing God’s love.
In concluding the event, Fr. Sunny Chung of St Mary's Cathedral prayed that God will continue to bless and inspire all the leaders of the churches in Sandakan in the spirit of goodwill to be united for the common good of all Christian over here. The prayer meeting has indeed awaken the spirit of oneness among the brothers and sisters of Christ in Sandakan. The prayer meeting ended at 9.30pm and later adjourned for fellowship at the Parish Canteen.
Let's continue to pray for one another. Let's communicate and foster a common interest in the things of the Kingdom. Let's take opportunities to deploy our resources to support one another to advance the glory of Christ. Let's trust that the Spirit will direct our obedience and love to the accomplishment of His sovereign purposes. The day's event has put across that the churches are not merely united in Spirit but in practical cooperation.

Hari Kedua Ziarah Hati KPIK 2015

Oleh DS/sj
Hari Kedua, Sabtu, 2hb Mei 2015
Para peserta menjalani sesi 'Ziarah Hati' di Bukit Ave Maria terletak berhadapan dengan Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan. Melalui renungan doa Rosari, Sr Maria membawakan fokus sesi doa untuk:
1. Perjalanan hidup ahli-ahli KPIP/KPIK juga ahli keluarga mereka masing-masing 
2. Misi pelayanan KPIP/KPIK
3. Ahli KPIP/KPIK yang tidak dapat hadir ke Program Ziarah Hati 2015
Pembukaan:
Perwartaan Injil: YOH 14:7-14 (Yesus jalan kepada Bapa)
Renungan: Kadangkala ada perkara yang menghalang kita daripada mengenal dan melihat kehadiran Yesus dalam peribadi orang lain ataupun sesuatu misi walaupun sudah lama kita mengimaniNya. Marilah kita merenung semasa berjalan bersama ini, di manakah arah tuju misi pembangunan insan di Keuskupan Sandakan yang telah dipercayakan kepada kita oleh Bapa Uskup Julius. Kita diamanahkan membuka jalan serta membentuk batu asas pelayanan yang kukuh agar orang yang seterusnya dapat menyambung pelayanan ini pula.
Peristiwa Terang Pertama:
Yesus dibaptis di Sungai Yordan (Mat 3:16-17)
Renungan: Penglibatan kita di dalam Pelayanan Komiti Pembangunan Insan merupakan satu tanda bahawa kita menyahut panggilan dan menepati janji pembaptisan. Pembaptisan adalah tanda permulaan bahawa kita mati di dalam kelemahan kita tetapi mengizinkan Tuhan untuk masuk ke dalam peribadi kita, rohNya berkerja di dalam kita.
Peristiwa Terang Kedua:
Yesus menyatakan diriNya dalam pesta pernikahan di Kana (Yoh 2:11)
Renungan: Ini adalah mukjizat pertama yang telah Tuhan Yesus lakukan iaitu untuk keluarga. Perkahwinan merupakan satu batu asas untuk membentuk sebuah keluarga. Beliau menambah bahawa apa sahaja yang diperolehi hasil daripada pelayanan di gereja dapat memberi manfaat kepada keluarga di mana kasih sayang akan berkelimpahan. Namun, jika pelayanan itu membuat kita jauh dari keluarga, atau mengabaikan komitmen kita terhadap keluarga, kita perlu merenung dan mempertimbangkan kembali "tujuan" kita dalam melayani. Maka, dalam peristiwa ini semua diberi kesempatan mendoakan ahli keluarga masing-masing.
Peristiwa Terang Ketiga:
Yesus memberitakan Kerajaan Allah dan menyerukan pertobatan (Mat 4:17-23)
Pada peristiwa ini, setiap yang hadir mengongsikan pengalaman mereka semasa dipanggil untuk melayani dalam komiti atau komisi tersebut:-

Perkongsian:
Sr Maria - "Ketika menerima surat perlantikan daripada Bapa Uskup pada 1hb April 2011, banyak perkara  yang perlu saya dipertimbangkan kerana saya mempunyai komitmen-komitmen pelayanan lain dalam Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) dan Kongregasi Sister Gembala baik itu sendiri. Namun, kerana melihat keperluan pelayanan ini di Keuskupan, dan memang sejajar dengan Misi dan Pelayanan Kongregasi kami, maka dengan doa dan dorongan serta sokongan daripada sister dan rakan sepelayanan, akhirnya saya menerima lantikan sebagai satu panggilan iman."
Hildi - "Walaupun agak berat hati menjawab panggilan tersebut namun saya tetap memberi peluang kepada diri sendiri dan mahu mencuba kerana agak sukar mencari orang yang sanggup memikul tanggungjawab besar ini. Sememangnya banyak cabaran yang saya hadapi kerana saya juga ada beberapa komitmen pelayanan lain di Paroki Sandakan."
Klemen  - "Saya menyahut panggilan untuk melayani dalam KPIP Sandakan apabila dipelawa oleh Sr Maria untuk mengikuti satu pertemuan khas dan sesi pengenalan terhadap pembangunan insan pada 25hb Januari 2015. Saya memang sudah membuat program pembangunan insan di dalam komuniti Indonesia. Saya melihat betapa pentingnya pembangunan insan di basis - basis KBKI. Contohnya pendidikan adalah keperluan asas manusia bagi anak-anak kami."
Stella  -  "Saya tidak menjangkakan akan berada dalam pelayanan KPIP Sandakan ini di mana saya hanya mengikuti suami saya, Hildi pergi ke mesyuarat peringkat komisi pada Bulan Disember 2014. Hati saya telah tersentuh dan terbuka untuk membantu dalam pelayanan ini apabila mendengar akan ceramah untuk sesi pembentukan selepas mesyuarat tersebut. Apatah lagi apabila mengetahui bahawa komiti Paroki Sandakan masih kekurangan ahli."
Mirasol -  "Saya juga seperti Klemen yang telah menyahut panggilan untuk melayani selepas menghadiri sesi pertemuan khas dan sesi pengenalan tersebut. Saya memang ada kerinduan untuk melayani. Inilah yang benar-benar telah mendorong saya menerima panggilan ini."
Terry Theresa  -  "Saya sebenarnya mempunyai niat untuk menolak perlantikan menjadi ahli KPIP Telupid selepas sesi pemilihan pada 24hb Jun 2012. Namun, saya meneruskan niat untuk memberi peluang kepada diri saya mempelajari serta memahami apakah erti dan misi sebenar pelayanan ini. Semasa berjalan bersama Sr Maria dan KPIK Sandakan, saya dapat merasakan bahawa sesi-sesi yang telah dijalankan amat menyentuh kehidupan saya sendiri. Sekarang, walaupun terdapat banyak cabaran dalam komiti itu sendiri tetapi saya masih komited dan mahu terus melayani dalam KPIP Telupid."
Eufronio  - "Walaupun  sudah berusia lanjut saya tetap bersyukur kerana masih berkesempatan untuk melayani dalam KPIP Telupid. Saya menyahut panggilan terhadap pelayanan ini apabila menerima pelawaan saudari Terry. Saya tertarik untuk melayani apabila mendengar sesi ceramah yang telah Sr Maria berikan di beberapa Komuniti Kristian Dasar (KKD) di Paroki Telupid. Saya akan berusaha untuk memberikan apa yang termampu dalam misi pelayanan ini."
Petrus Bean  - (Peserta jemputan dari KBKI Paroki Sandakan) "Saya melihat dalam pelayanan ini, kita seperti seorang penjala ikan (pembawa khabar gembira). Semasa pergi menjala, haruslah dipastikan agar jala (peribadi pelayan) berada dalam keadaan baik dan tidak koyak (tidak mempunyai masalah peribadi, dalam keadaan bersedia dan sebagainya). Jika jala tersebut koyak, kita haruslah menjahit jala (menyelesaikan masalah dan sebagainya) tersebut terlebih dahulu agar kita mendapat ikan apabila pergi menjala." Petrus mengatakan bahawa sekiranya kita terjatuh semasa melayani, kita harus bangkit kembali dan meneruskan pelayanan.  

Peristiwa Terang Keempat:
Yesus menampakkan kemuliaan-Nya (Mat 17:1-9)
Renungan: Apabila kita berada dalam kesulitan, Tuhan akan hadir dan memberikan kita semangat dan kekuatan sehinggan kita dapat melihat kemuliaanNya. Pelayanan dalam pembangunan insan bukan terhad di suatu kawasan, tempat dan komuniti sahaja tetapi harus lebih luas sehingga dapat menjangkau lebih jauh serta lebih ramai orang. Salah satu misi pembangunan insan ialah dapat membuat semua komuniti mendengarkan suara Tuhan yang berbicara, "Inilah AnakKu yang Kukasihi, kepadaNyalah Aku berkenan, dengarkanlah Dia". Kekuatan serta permohonan doa bagi semua insan yang dilayani, para uskup, paderi, religius, semua pemimpin gereja dan ketua-ketua komuniti telah didoakan semasa peristiwa keempat ini.
Peristiwa Terang Kelima:
Yesus menetapkan Ekaristi (Mrk 14:22-24)
Renungan: Sebagai pengikut Kristus kita diminta untuk memecah-mecahkan roti kehidupan. Yesus berkata, "Inilah TubuhKu, inilah DarahKu yang akan dikorbankan bagimu". Melalui pelayanan pembangunan insan, Yesus mengajak kita untuk memecah-mecahkan diri kita untuk melayani orang yang kita tidak kenali, orang yang benar-benar memerlukan demi keselamatan mereka. Ini merupakan tuntutan kasih yang terutama iaitu memberikan diri kita kepada orang lain.
Selepas berehat, Sesi 'Mengenal Hati Yesus dan Maria' pula dijalankan. Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan diminta untuk mencari petikan-petikan alkitab mengenai ciri-ciri hati Yesus dan Bonda Maria. Selepas itu, sesi pembentangan hasil perbincangan kumpulan dijalankan. Antara petikan alkitab yang diperolehi ialah:-
  • LUK 1: 38 "Aku ini hamba Tuhan, terjadilah menurut kehendakMu".-Maria (Bonda Maria menyahut kehendak Allah Bapa dan rela mengandungkan Tuhan Yesus melalui kuasa Roh Kudus walaupun dia masih dara)
  • LUK 1:42-43 "Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu!" Mengapakah penghormatan sebesar ini diberikan kepadaKu, sehingga ibu TuhanKu datang melawat aku?" -Elisabet (Pengakuan bahawa Bonda Maria mengandungkan Tuhan Yesus)
  • LUK 2: 34-35 "Anak ini sudah dipilih oleh Allah untuk membinasakan dan menyelamatkan banyak orang Israel. Dia akan menjadi tanda daripada Allah, yang akan dilawan oleh banyak orang, dan dengan demikian terdedahlah rahsia fikiran mereka. Seperti pedang tajam, kesedihan akan menikam hatimu." (Yesus dipersembahkan di Bait Allah. Simeon memberitahu akan penyaliban Yesus pada masa akan datang namun Yusuf dan Maria belum dapat memahami) 
  • LUK 2:48-49 "Nak, mengapa berbuat seperti ini terhadap ayah dan ibu? cemas hati ayah dan ibu mencariMu!"-Maria dan "Mengapa mencari Aku? Tidakkah Aku harus di rumah BapaKu?"-Yesus (Yesus hilang dan ditemukan di Bait Allah. Yesus cuba memberitahu kepada kedua ibu dan bapanya bahawa Dia harus berada di sana kerana Dia adalah Anak Tuhan)
  • YOH 2: 4-5 "SaatKu belum tiba."-Yesus dan "Lakukan apa sahaja yang dikatakanNya kepada kamu."-Maria (Yesus rela melakukan mukjizat demi kasihnya kepada Bonda Maria walaupun belum tiba saatnya bagi Tuhan Yesus.) 
  • MRK 3:33 "Siapa ibuKu? Siapa saudara-saudaraKu?" -Yesus (Siapa yang melakukan kehendak Allah, dialah ibu dan saudara-saudara Yesus)
  • YOH 19: 26-27 "Ibu, inilah anakmu." dan "Anak, inilah ibumu." -Yesus (Tuhan Yesus ingin memberitahu bahawa Bonda Maria adalah ibu bagi semua orang yang percaya kepadaNya)
Rumusan sesi: Ajakan untuk melihat dengan mata iman - bagaimana Jalan Salib, cerita 'The Fourth Wise Man' memaparkan perjalanan iman kita. Ia adalah merupakan pengalaman hidup seharian kita. Demikian juga, amalan Devosi kepada Hati Yesus dan Hati Bonda Maria tercipta hasil dari renungan iman yang dibimbing oleh kebenaran dari Roh Kudus. Melalui Maria, Yesus datang kepada manusia dan akhirnya manusia datang kepada Yesus melalui Maria (Maria menjadi pengantara doa manusia kepada Tuhan dan juga menjadi contoh kesetiaan iman yang tinggi kepada Kristus).
Maka, dalam pembangunan insan Sr Maria berharap agar ahli-ahli dapat mencontohi Maria dalam melakukan kehendak Tuhan dan mendalami ciri-ciri hati kudus Yesus dalam pelayanan iaitu belas kasihan, kebijaksanaan, keadilan dan kekuatan hati demi kemuliaan Tuhan. Sr Maria juga mengingatkan para ahli agar bersedia untuk menghadapi 'pedang' yang akan menembusi hati mereka semasa melakukan pelayanan ini (cabaran dan dugaan).

Renungan melalui Permainan (Sesi Petang):  
'Permainan Sukacita Injil'. Para peserta diminta bergilir-gilir memakai semua peralatan yang telah disediakan dan cuba membuka lekatan-lekatan pada pembungkus sehingga mengetahui isi dalam bungkusan tersebut.
Kemudian Sr Maria memberi penjelasan kepada maksud permainan tersebut dan para peserta turut membuat perkongsian akan perasaan mereka, cabaran dan kesukaran yang dihadapi semasa bermain. Moral permainan ini dikaitkan dengan pelayanan mereka dalam pembangunan insan di mana mereka perlu tahu apa yang perlu dibuat dan apa cara yang harus digunakan agar misi berjaya.
Dalam pelayanan pasti ada sahaja halangan seperti tidak cukup masa, jika tersilap cara akan mendatangkan kesan buruk, ada juga yang tidak ingin pergi kerana halangan peribadi atau kurang keyakinan diri, kemahiran dan pengetahuan. Kadangkala juga terdapat bermacam jenis 'beban' yang harus dipikul ketika misi sedang dijalankan. Tetapi, apabila sampai di satu tahap yang mana kejayaan hampir dapat dicapai, semangat kita meningkat. Tanpa mengira apa-apa halangan serta berbekalkan sokongan dari orang lain, maka dengan apa cara sekalipun misi tetap diselesaikan juga.
Kemudian sesi terakhir untuk hari yang kedua adalah Sesi: 'Mari dan Lihatlah.' Sr. Maria menjelaskan bahawa sesi ini bertujuan memberi latihan praktikal dan mencabar para ahli untuk 'turun padang' dalam melakukan penjangkauan dan melihat realiti kehidupan di kawasan Bandar Sandakan pada waktu malam. Sr Maria sendiri bersama ahli telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Perkongsian tentang pengalaman sesi ini telah dikongsikan pada keesokan harinya.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent