Tawau : Pelayanan Kampus Holy Trinity Tawau, telah menganjurkan program Keep In Touch Always (K.I.T.A) kali ke-2 pada 16 Mei 2015 dari 8 pagi hingga 3 petang. Tujuan utama program K.I.T.A adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar sekolah dan belia terhadap cabaran-cabaran hidup sebagai pelajar Kristian Katolik apabila mereka melanjutkan pelajaran kelak.
Saudari Esther Albert selaku penyelaras program tersebut telah memberikan penerangan tentang latar belakang program Keep In Touch Always dan seterusnya memberikan perkongsian tentang ‘Realiti Kehidupan Kampus.’ Dalam sesi ini, semua pelajar dan belia yang hadir telah memberikan perkongsian tentang jangkaan mereka berkenaan dengan pelbagai aspek seperti sosial, keluarga, pembelajaran dan kewangan apabila melanjutkan pelajaran kelak.
Saudara Dadymus Upin yang turut hadir telah memberikan perkongsian beliau berkenaan kehidupan kampus di Institut Pengajian Guru Kampus Tawau yang baru sahaja beliau tinggalkan dua tahun yang lalu. Turut dikongsikan ialah perbezaan institusi-institusi pengajian lain seperti Kolej Matriulasi Labuan dari pelbagai aspek.
Selain perkongsian-perkongsian tesebut, para peserta juga diberikan pendedahan tentang Hak dan Tanggungjawab Sebagai Pelajar yang disampaikan oleh Cikgu Reynold dan pendedahan tentang Iman Katolik yang disampaikan oleh Cikgu Petrus. Perkongsian tentang Human Rights lebih berpusatkan kepada hak-hak yang dimiliki oleh semua pelajar Katolik manakala perkongsian tentang Iman Katolik pula membantu para peserta untuk menjadi lebih peka terhadap cabaran iman mereka.
Di akhir program, para peserta telah diminta untuk memberikan maklumbalas mereka terhadap perlaksanaan program ini. Maklumbalas yang diberikan akan dianalisa agar program K.I.T.A dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dn lebih memenuhi keperluan para pelajar.
No comments:
Post a Comment