Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 20, 2015

Retret Menghayati Misteri Paska dengan Warna Warni Ikon

Oleh Juliana K, Komiti Kateketikal

Sandakan - Seramai 43 orang fasilitator PMG, IKD dan PPK dari seluruh paroki di Keuskupan Sandakan telah mengikuti Retret Misteri Paska dengan Warna Warni Ikon pada 5hb dan 6hb Jun, 2015 di Pusat Retret Keuskupan, Ulu Dusun.
Retret ini telah dikendalikan oleh Sr Evelyn Tivit fsic dari Paroki St Dominic Lahad Datu dibantu oleh Sr Appollonia Gumpu fsic dari Paroki Katedral St Mary Sandakan.
Melalui retret ini fasilitator telah didedahkan tentang lukisan keagamaan yang dilakar oleh artis agama yang menterjemah firman bertulis kepada imej kudus berwarna warni yang dipanggil Ikon. Setiap fasilitator juga dibawa ke pelbagai bahagian kitab suci yang berkisar tentang kehidupan Yesus Kristus melalui misteri penyelamatan-Nya melalui warna warni ikon, Firman dalam lukisan.
Peserta retret juga didedahkan bagaimana untuk berdoa di hadapan ikon yang memerlukan disiplin, keheningan dan kesucian hati.
Pengalaman dan pendedahan ini amat berharga untuk dikongsikan bersama dengan anak-anak didikan Sekolah Minggu yang tidak celik huruf seperti pepatah, "Lukisan mengambarkan seribu bahasa"( A picture tells a thousand words).

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent