Program YPL Batch Kelima 2015 selama dua minggu disertai seramai 27 peserta telah berlangsung dari 26hb April hingga 10hb Mei. Peringkat pertama selama seminggu telah terlaksana di Katedral St Mary Sandakan sementara peringkat kedua juga selama seminggu berlangsung di St Stephen Tass, Tawau. Berikut adalah perkongsian daripada kumpulan yang terakhir.
Lydiana Kantiu,
Katedral St. Mary, Sandakan
Pada mulanya saya mengikuti program ini hanyalah sekadar ingin mengisi masa lapang di samping ingin mencari sesuatu dalam program ini. Saya berasa syukur kerana kini saya telah mendapatkan sesuatu kekuatan baru untuk saya terus maju dan melayani dengan lebih sungguh. Semasa sesi menulis surat untuk anak-anak pada masa hadapan, saya secara tidak langsung telah merenung kembali perjalanan hidup saya dari saya dilahirkan sehingga kini. Saya telah banyak membuat ibu saya menangis dengan segala tingkah laku saya dan saya sangat menyesali apa yang sudah saya lakukan. Saya juga sangat bersyukur, kerana walaupun keluarga saya tidak mempunyai harta yang banyak namun saya masih lagi terus dilimpahi dengan kasih sayang daripada kedua ibubapa saya. Melalui program ini, saya dapat rasakan bahawa Tuhan memanggil saya untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Saya akui yang sebelum ini saya merasa kosong dalam setiap pelayanan yang saya lakukan. Saya sering kali tidak menyedari apa yang saya perbuatkan dan adakala menyinggung perasaan orang lain. Di dalam program ini, Tuhan cuba sampaikan yang Dia mahukan saya untuk mengubah sikap buruk saya itu. Pengalaman penting yang saya perolehi selepas mengikuti program ini ialah, saya lebih terbuka kepada teguran dan nasihat orang lain. Semua itu saya dapat terima dengan adanya cinta kasih dan sikap saling memahami antara satu sama lain. Selain itu, perasaan ‘dimiliki’ dan ‘memiliki’ turut membuatkan saya sangat menyayangi hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara kami semua. Saya harap agar setiap pengalaman yang baik saya lalui ini dapat saya praktikkan dalam kehidupan saya sehari-hari. Bagi program ini, saya berharap ia sentiasa dilanjutkan dari semasa ke semasa. Program ini sangat berfaedah untuk pendedahan awal kepada belia yang akan melanjutkan pelajaran nanti. Terima kasih.
Alexandria Marie Micheal Harumal,
Holy Trinity, Tawau.
Mendengar sahaja pengenalan tentang program YPL ini
daripada graduan YPL batch terdahulu, membuat saya berminat untuk mengetahui
lebih dalam lagi. Setelah mengikuti program ini barulah saya sedari
bahawa ianya bertujuan mempersiapkan kami untuk menghadapi cabaran dunia luar setelah
keluar melanjutkan pelajaran nanti. Banyak sesi yang membantu saya dalam proses
ini, terutamanya sesi mengenal diri. Dalam sesi ini saya sedar akan kemampuan
dan kelebihan yang ada pada diri saya sendiri. Selepas sesi ini, saya semakin
berkeyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak ramai tanpa rasa malu dan segan kerana setiap daripada kita adalah ISTIMEWA. Pengalaman yang saya menghargai ialah belajar untuk hidup berdikari dan bekerjasama dalam kumpulan. Melalui YPL ini, saya dapat merasakan hidup berkomuniti di samping dididik untuk lebih berdikari
kerana kami wajib bangun awal buat memasak serta mencuci baju sendiri. Bagi saya, melalui pengalaman sepanjang YPL
ini, Tuhan cuba untuk menyampaikan kepada saya supaya jangan sesekali berhenti
dan malu untuk bekerja di ladangNya
kerana saya merupakan anak kesayanganNya. Harapan saya untuk program ini
ialah di selitkan lebih banyak perkongsian yang memotivasikan belia dalam Level
2 agar para belia lebih sedar dan terbuka hati untuk melayani serta mengetahui
kehidupan dunia luar yang berlaku sehari-hari. Puji Tuhan! Amen!
Pengorbanan masa untuk mengikuti program YPL ini
tidak menjadi sia-sia di mana banyak buah-buah pengetahuan yang saya perolehi.
Merenung kepada sesi-sesi yang dijalankan, saya sangat tersentuh semasa sesi "I’m
special." Melalui sesi ini saya dapat melihat kekurangan diri saya kerana
melalui kekurangan itulah saya jadi sempurna. Tidak lupa juga, saya perlu
menerima kelebihan dan kekurangan orang lain. Apa yang Tuhan ingin
sampaikan kepada saya adalah melakukan perbuatan yang baik dan jangan bersendirian untuk melayaniNya.
Sebab seperti tubuh tanpa roh adalah mati, demikianlan iman tanpa
perbuatan adalah mati. Pengalaman yang paling penting yang saya
perolehi adalah sewaktu penjangkauan, saya mendapat pengalaman baru seperti
mengajar Bahasa Inggeris kepada mereka yang tinggal di pedalaman. Selain itu juga
saya dapat mengeratkan silaturahim dan bekerjasama dengan kawan-kawan yang lain
dengan lebih rapat lagi. Harapan saya agar program ini dapat dijalankan lagi
agar lebih ramai belia lepasan SPM dan STPM dapat menimba ilmu pengetahuan dan
dapat mempersiapkan diri untuk mengatasi setiap dugaan. Salam mesra dari saya,
sayang keluarga YPL saya.
Jessren Chin,
St. Stephen Tass,
Tawau.
Tawau.
Mengikuti program YPL ini semestinya sudah
direncanakan oleh Tuhan dalam perjalanan pelayanan saya sebagai belia Katolik.
Saya merasakan berlakunya pertumbuhan iman saya semasa dalam program ini. Kasih
sayang yang diberikan oleh para fasilitator terhadap diri saya sangat menyentuh
hati saya. Perasaan sayang ini saya ibaratkan sebagai sayang sebagai abang dan
kakak kepada seorang adiknya. Walaupun saya mempunyai abang dan
kakak, namun mereka jarang sekali pulang ke rumah kerana mereka mempunyai tanggungjawab mereka terhadap kerjaya dan keluarga masing-masing.
Di sini saya merasa cinta kasih Tuhan dan merasakan bahawa Tuhan inginkan saya
untuk lebih tabah dalam menempuhi dugaan yang akan datang. Selain itu, Tuhan ingin
saya mengenal dan mengikuti Dia secara sungguh. Pengalaman terpenting bagi
saya ialah saya dapat belajar memasak kerana saya memang tidak tahu memasak sebelum
ini. Mencuci baju sendiri dan melaksanakan tugasan harian membuat saya lebih yakin dan berdikari. Mengikuti program luar daripada daerah saya sendiri merupakan pengalaman yang
terbaik yang saya ada. Harapan saya, program ini diteruskan dari semasa ke semasa agar para belia dapat mengenali diri mereka dan dapat mengenali
Tuhan Yesus Kristus dengan lebih rapat. Ini merupakan satu landasan agar kita ini tidak mudah tersesat. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana ini adalah
rencana Tuhan kepada saya agar lebih percaya dan taat kepada Tuhan. Amen!
Walaupun saya adalah yang paling senior dalam peringkat
umur di kalangan keluarga YPL sesi ke-5 ini, ia bukan satu alasan untuk
saya tidak bergaul dengan rakan-rakan YPL yang lebih muda dari saya. Setiap kali masa perkongsian diadakan,
itu adalah masa yang saya merasa tersentuh sekali. Ini kerana, saya tidak pernah
ada keberanian untuk berkongsi apa-apa di hadapan kawan-kawan yang baru saya
kenali. Apa yang Tuhan mahu sampaikan kepada saya adalah saya sepatutnya tidak hanya
mengongsikan pengetahuan dan kasih sayang kepada mereka yang saya kenali
sahaja, tetapi harus mengongsikan kepada semua orang. Apa yang paling penting, saya haruslah mempunyai iman, kepercayaan dan juga kerjasama dengan semua kawan-kawan untuk melaksanakan apa yang sudah kami rancangkan.
Pengalaman yang paling penting yang saya dapati dalam mengikuti program ini
ialah saya di jaga dengan baik sekali semasa saya jatuh sakit.
Saya sangat terharu dengan apa yang kawan-kawan saya lakukan untuk saya. Di samping itu, saya berasa sangat bersyukur kerana dapat membina hubungan yang baik dengan Tuhan dan
juga mendapat ramai kawan baru walaupun hanya mengenali mereka buat masa
yang singkat. Harapan saya untuk program ini ialah, semoga ianya akan terus
diadakan dan tidak akan berhenti di sini sahaja. Saya tidak akan berhenti melayani Dia tetapi bertekad melayaniNya dengan lebih sungguh lagi. Amen.
No comments:
Post a Comment