Anna Teresa Amandus
Diocesan Youth Office
Sandakan
Berita baik buat semua pelajar Katolik Kampus yang sedang melanjutkan pelajaran di sekitar Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Telupid. Pelajar-pelajar kampus yang mengikuti program ini akan dibawa melihat secara mendalam 'the best kept secret' berkenaan Gereja Katolik kita iaitu Ajaran Sosial Gereja. Sesi ini akan disampaikan oleh Saudara Dominic Lim dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Nah! inilah masanya bagi kita untuk keluar dari zon selesa untuk melihat dan mengalami kehidupan bersama pelajar-pelajar kampus yang lain di seluruh Keuskupan Sandakan. Ini merupakan satu landasan bagi kita datang bersama, mendengar antara satu dengan yang lain dan bertanya kepada diri sendiri bagaimana saya boleh menjadi seorang Katolik yang baik dan bagaimana saya dapat menyumbang kepada gereja, masyarakat dan negara.
Bagi mereka yang berminat, pendafaran masih dibuka sehingga 5hb Jun 2015 melalui Pejabat Belia Keuskupan Sandakan (Tel: 089-217071) atau Kerasulan Belia Paroki masing-masing.
No comments:
Post a Comment