Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 23, 2019

"Kebangkitan Tuhan Adalah Pengharapan Dan Penyelamatan"

oleh Rogena R. Sining
Gambar oleh SOCCOM


Sandakan: Pada 21hb April 2019, kebangkitan Yesus telah dirayakan dalam Misa Kudus seawal jam 9 pagi. Misa ini diselebrankan oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusin Gitom di gereja St. Mark, Batu 12, Sandakan dan dihadiri lebih kurang seribu umat.
Uskup Julius dalam homili mengatakan "kita telah merasai serta mengalami cinta kasihNya dalam kehidupan kita bermula dari pembaptisan kita. Kita datang bukan kerana suatu kewajipan melainkan kerana ungkapan cinta kasih kita terhadap Tuhan yang telah bangkit untuk menyelamatkan kita. Kebangkitan Tuhan bukan semata-mata untuk Tuhan sendiri tetapi untuk menyelamatkan kita semua. Itulah tujuan Yesus datang ke dunia ini iaitu demi keselamatan kita dan dunia.
Gereja bermula dengan komuniti yang sangat kecil dan tidak dapat diperhitungkan sebagai orang-orang yang penting di dalam masyarakat. Mereka adalah orang-orang yang sangat sederhana tetapi mereka mempunyai semangat yang tinggi, iman yang besar dan hati mereka berkobar-kobar untuk memberi kesaksian tentang Yesus Kristus.
Apa yang harus kita buat? Persoalan ini kita boleh tujukan kepada diri kita sendiri secara peribadi sebagai pengikut Tuhan Yesus. Paling utama ialah kita harus YAKIN. Yakin akan penebusan Tuhan, sebab dengan keyakinan yang ada pada diri kita, dengan adanya iman maka kita mempunyai pengharapan. Apabila kita mempunyai pengharapan, dari situlah kita tidak berhenti untuk memberitahu kepada mereka yang belum mengenali Tuhan Yesus dengan mengatakan Tuhan itu adalah Juruselamat manusia. Bukan itu sahaja, tetapi Dia berjalan bersama-sama dengan kita.
Selain dari itu, pengikut-pengikut Tuhan Yesus harus menubuhkan komuniti yang tetap bersatu, bekerjasama dan mengembala bersama. Inilah tugas kita, orang-orang yang telah menerima kemuliaan kebangkitan Tuhan. Bapa Uskup mengambil petikan dalam pembacaan kedua dimana Santo Paulus mengatakan kepada Jemaat di Kolose bahawa orang Kristian yang telah menerima kebangkitan Tuhan Yesus dan pembaptisan adalah orang-orang yang telah diperbaharui kehidupannya. Mereka tidak lagi memikirkan perkara-perkara di dunia ini tetapi memikirkan kemuliaan Tuhan di akhirat nanti. Ini bukan bermaksud tidak peduli dengan kehidupan di dunia, tetapi menjadi lebih yakin dalam kehidupan di dunia ini. Kita mengatakan bahawa 'ini adalah suatu kepentingan untuk membawa saya kepada kehidupan yang lebih baik iaitu kehidupan di Syurga'.
Kita harus menampakkan keyakinan dan pengharapan kita di dalam kehidupan kita sehari-hari. Memberi kesaksian dalam kehidupan kita dan menerima Tuhan Yesus sebagai Tuhan kita. Kita berikan hidup Tuhan Yesus itu di dalam keluarga, komuniti dan paroki kita."

Saturday, April 20, 2019

"Tiada Kemuliaan Sekiranya Tiada Salib" ~ Ibadat Jumaat Agung

Artikel oleh Rogena Sining
Gambar oleh SOCCOM

"Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal." - Yohanes 3:16

Sandakan: Jumaat Agung merupakan hari suci bagi umat Katolik sedunia untuk mengenang dan merenungkan peristiwa kesengsaraan Yesus Kristus yang wafat di kayu salib bagi menebus dosa-dosa manusia. Lebih kurang 700 umat Katolik memenuhi Gereja St. Mark pada Ibadat Jumaat Agung pada jam 3.00 petang, 19hb April 2019 yang diselebrankan oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusin Gitom. Ibadat ini telah diawali dengan prosesi Jalan Salib yang dijalankan sebelah pagi bermula jam 9.00 pagi.
Dalam homili, Bapa Uskup Julius berkata, kita tidak seharusnya bersedih atau berkabung kerana Yesus akan bangkit daripada kematiannya. Ibadat Jumaat Agung bukan hanya tertumpu kepada salib Yesus tetapi juga kepada salib diri kita masing-masing. Kita mempunyai salib yang berlainan dalam kehidupan. Salib bukan hanya ditemui dalam satu-satu masa tetapi akan ditemui sepanjang hayat kita.
Persoalannya bagaimana kita menerima, menanggung salib itu? Sikap yang sukar dilakukan ialah menerima, memikul dan mencintai salib itu. Melalui salib Yesus, maka terjadilah kekuatan, kebahagiaan dan Yesus telah mendapat kemuliaan. Tidak ada kemuliaan sekiranya tiada salib.
Bolehkah kita mencintai salib-salib kehidupan kita? Kita seperti Yesus yang menerima salibnya walau apa pun kesusahan atau penderitaan yang dihadapi, Yesus beroleh kemuliaan. Yesus akan membahagikan kemuliaan itu, kekuatan iman kita itu sekiranya kita mencintai salib itu. Melalui cinta kita kepada salib itu maka iman kita dikuatkan.
Begitu juga tugasan kita dalam gereja adalah salib kita bersama. Yesus mahu supaya kita memikul, menerima dan mencintai salib kita supaya kita dikuatkan untuk mencintai, menyandang beban orang lain.
Apabila kita datang pada salib Yesus, menghormati salibNya, kita mengingati salib-salib kita dan bagaimana kita menerima salib kita, bagaimana kita boleh meringankan salib di antara sesama kita. Salib dalam keluarga, komuniti, melalui tugasan-tugasan di komuniti kita demi kebaikan bersama."
Beliau menambah, “Apabila kita datang untuk menghormati dan mencium salib Yesus, kita juga harus mencium salib kita. Kita memohon agar Yesus menguatkan hati dan iman kita untuk mencintai salib kita masing-masing."
Ibadat tersebut telah dilanjutkan dengan penghormatan salib oleh semua umat yang hadir.

Thursday, April 18, 2019

“Jesus should always be our point of reference”

by SOCCOM Sandakan

Sandakan : Right Reverend Julius Dusin Gitom, Bishop of Sandakan, nine diocesan priests and a deacon, gathered for the annual blessing of the oils at the tri-lingual Chrism Mass in St Mary's Cathedral on 11th April 2019. The mass was well attended with more than a thousand faithful participating in the celebration.
Bishop Julius shared that the Eucharist is the focal point to the life of the church, meant for the sustenance of life of all members. In the recent concluded Diocesan Pastoral Assembly, the mission statement on ‘active church participation with the Eucharist as the source and summit of Christian life’ was given priority. It was most appropriate that the Eucharist be taken up as a means of evangelization during the Extraordinary Year of Mission.
The prelate called upon his fellow priests to come together to renew their ordination pledge, as to strengthen their faith in carrying out their pastoral activities. He urged all the priests and all the parishioners to focus on the Lord in all activities. Jesus our Lord should always be our point of reference.”
In the renewal of the pledge, priests are to think about holiness, commitment to Holy life, sacred celibacy and faithful service.
He added that the Lord is in fact the source of unity in life, the source of strength in our personal life as a priest, in the life of the family and the community. Losing focus on Jesus will only lead us astray.
The prelate cited the words of Pope Francis for the Extraordinary Month (Year) of Mission, “I believe if we work as a team, encourage one another, support one another, and help one another, we can carry out the mission of the Lord. We can announce the Gospel in our society using of course our charism values, talents and time that each of us has. I believe if we can do that the church become truly alive and become really a missionary church. In fact, the church is alive because of its missionary activities.”
He thanked all the clergy for their commitment in providing faithful service to the people in the diocese. He also thanked the lay faithful for the sentiment of gratefulness and called on them to continue to support the priests and the bishop and to pray for them.
During the celebration, the Bishop blesses the oils that benefit the people of God. This oil is use to administer the sacraments; Sacrament of baptism, confirmation and anointing of the sick and Holy Order. The celebration reflects the pastoral activities of the church throughout the year.

TEMASYA BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN




Komisi Belia Keuskupan Sandakan telah diwujudkan pada 3 Oktober 2009 dan telah dihadiri oleh semua perwakilan dari empat (4) paroki iaitu Paroki Holy Trinity Tawau, Paroki St. Dominic Lahad Datu, Paroki Katedral St. Mary Sandakan dan Paroki St. Martin Telupid. Nama komisi telah diubah kepada Kerasulan Belia Keuskupan dan telah dilancarkan bersama dengan logo serta doa belia pada 7 Mac 2010.

Perjalanan sebagai sebuah komisi akan mencecah 10 tahun pada 3 Oktober 2019 dan di sepanjang waktu itu komisi sudah pun berjalan bersama dengan belia melalui program – program yang diadakan di peringkat Keuskupan, paroki dan luar stasi. Antaranya adalah program Youth Leaders’ Camp, YouthPreplink, Pertemuan Pelajar Kampus Katolik, lawatan ke paroki – paroki dan penjangkauan belia di luar stasi. Selain itu, Komisi juga terlibat dalam program – program seperti Sabah Youth Day, Malaysian Catholic Campus Students’ Day dan juga menyertai program – program peringkat Asia (AYD) dan dunia (WYD).

Setelah hampir 10 tahun kewujudan KBK belum pernah ada program yang dapat menghimpunkan semua lapisan belia berumur 15 tahun ke 45 tahun. Maka melihat kepada kesediaan Komisi KBK, Temasya Belia Keuskupan Sandakan akan diadakan buat pertama kalinya setelah 13 tahun sejak penganjuran terakhirnya pada tahun 2006.

Temasya Belia merupakan satu program yang telah diadakan untuk memenuhi keperluan para belia terutama sekali belia – belia pantai timur Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau). Ia diadakan sekali dalam dua tahun dan telah dimulakan pada tahun 1999 di Tawau, kemudiannya 2001 di Lahad Datu dan 2006 di Sandakan. Pendekatan program pada penganjuran 1999 dan 2001 adalah lebih bersifat pertandingan antara paroki melalui sukan (outdoor dan indoor), tarian (moden, tradisional, kerohanian), musik (berkumpulan band), kuiz alkitab dan koir. Pada penganjuran tahun 2006 di Sandakan, konsep penganjuran telah diubah dan lebih menyentuh kepada sesi – sesi katekisis dan kerohanian. Walau bagaimanapun sukan, musik, tarian dan koir tetap ada kerana itu merupakan tarikan bagi belia. Maka dapat dilihat Temasya Belia ini sangat sinonim kepada para belia khususnya di Pantai Timur Sabah dan merupakan salah satu identiti mereka.

Pada 15 Oktober 2007, Keuskupan Sandakan telah diwujudkan. Keuskupan ini terdiri daripada Paroki Telupid, Paroki Sandakan, Paroki Lahad Datu dan Paroki Tawau. Penganjuran Temasya Belia tidak dapat diteruskan kerana Keuskupan Sandakan sedang dalam peralihan (transition) dan proses pembentukan struktur yang baru.

Setelah Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) diwujudkan adalah menjadi impian tim KBK untuk menganjurkan Temasya Belia di peringkat Keuskupan dalam Keuskupan yang baru. Perkara ini telah dimasukkan dalam agenda mesyuarat sejak tahun 2010. Namun komisi pada masa itu juga sedang dibentuk dan mencari ‘rentak’ pelayanan belia.

Sembilan tahun telah berlalu dan akhirnya Komisi KBK bersiap untuk menganjurkan Temasya Belia dengan konsep yang baru tapi masih mengekalkan acara sukan, tarian dan koir yang tidak bersifat pertandingan. Cadangan untuk menganjurkan Temasya Belia ini adalah pada Ogos 2018 akan tetapi disebabkan kekangan masa dan kewangan, maka dipersetujui program Temasya Belia Keuskupan Sandakan diadakan pada 12 - 16 Ogos 2019 bertempat di Paroki Katedral St Mary, Sandakan.

Perkataan ‘Temasya’ telah diambil sebagai tajuk utama program kerana pada penganjuran yang lalu (1999, 2001 dan 2006), program ini adalah bersifatkan pertandingan sukan, tarian, koir dan kumpulan band. Dalam penganjuran 2019, nama ‘Temasya’ akan dan tetap dikekalkan agar ia menjadi satu identiti bagi program Temasya Belia Keuskupan yang juga merupakan Diocesan Youth Day bagi Keuskupan Sandakan.

Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua, Temasya adalah bermaksud, sesuatu yang di pertunjukan untuk menghibur hati; pertunjukan sandiwara dan sukan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, Temasya membawa maksud peristiwa yang kelihatan, pertunjukan dan tontonan. Selain itu ia juga bermaksud pemandangan yang menarik hati, keindahan alam.

Maka dengan definasi secara am di atas, program Temasya Belia Keuskupan Sandakan bukan hanya satu tontonan dan penghiburan semata - mata. Namun melalui Mesej Bapa Suci Fransikus sempena WYD 2019, Visi dan Misi Keuskupan Sandakan, Misi Pastoral Keuskupan Sandakan dan tema Tahun Misi 2019, Tim Penganjur Utama Temasya Belia Keuskupan ini dituntun untuk menyediakan program / sesi / aktiviti yang dapat membantu dalam pembentukan iman para belia agar mereka sendiri dapat mengalami penghiburan secara rohani melalui pengalaman indah bersama Yesus Kristus. Semoga dengan rahmat Tuhan, seperti Bonda Maria, para belia dengan berani menyatakan ‘Aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut perkataanMu’ dan menjadi seorang missionaris yang Tuhan inginkan di zaman millennial ini.

Maka dengan itu, mari - mari para belia di seluruh Keuskupan Sandakan, ayuh kita sertai program ini. Jangan lepaskan peluang ini!!! Terbuka kepada semua para belia yang berumur 14 sehingga 45 tahun. Umat Paroki Katedral St Mary, Sandakan adalah dan amat dialu - alukan untuk terlibat sama dalam penganjuran ini. Marilah kita sama - sama menghidupi Visi Keuskupan untuk menjadi Komuniti Berpusatkan Kristus, Melayani Sesama dengan Kasih!

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Kordinator Kerasulan Belia Paroki (PYA) masing - masing. Stay tuned for updates!

Wednesday, April 17, 2019

JELAJAH DAN KATEKESIS SALIB BELIA DAN IKON BONDA MARIA


Laporan: SOCCOM TELUPID


Buat julung-julung kali dijalankan, pada 13 April 2019, Tim Program bagi persiapan penerimaan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria St Martin Telupid, telah turun padang bagi Jelajah dan Katekesis Salib Belia dan Ikon Bonda Maria ke empat zon luar stasi. 

Objektif utama jelajah dan katekesis ini dijalankan ialah untuk memberikan penjelasan tentang Salib Belia dan Ikon Bonda Maria dalam usaha menarik lebih ramai belia terlibat aktif dalam pelayanan. Disamping itu, secara tidak langsung jelajah ini dapat meningkatkan kesedaran umat awam tentang kewujudan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria serta mengajak umat awam yang terdiri daripada ibu bapa, komuniti dan terutamanya para belia untuk melaksanakan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan. 

Perjalanan program Jelajah dan Katekesis ini dimulakan dengan pendaftaran sambil beramah mesra dengan para umat yang hadir bersama dalam program. Seterusnya, sesi Time Of Life dijalankan untuk mengeratkan lagi persahabatan dalam kalangan tim dan juga para belia di setiap zon. Sebelum sesi pertama bermula, pentakhtaan alkitab dijalankan dan dikendalikan oleh umat setempat. 

ZON JALAN NANGOH

ZON JALAN RANAU
Terdapat tiga sesi yang dikongsikan dalam Jelajah dan Katekesis Salib Belia dan Ikon Bonda Maria iaitu Apa Itu Salib Belia dan Ikon Bonda Maria, Isu Cabaran Belia dan Tanggungjawab Umat Awam. Ketiga-tiga sesi ini saling berkait antara satu dengan yang lain. Pertama sekali, para belia dan umat setempat diajak untuk melihat sejarah bagaimana Sabah Youth Day, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria berkait antara satu sama lain. Kemudiannya, para belia dan umat awam dikongsikan dengan isu dan cabaran belia pada masa kini. Kupasan tentang isu-isu dan realiti cabaran pada masa kini memberikan input yang baharu bukan sahaja kepada para belia remaja tetapi juga kepada para ibu bapa yang turut hadir. Sesi Tanggungjawab Umat Awam pula mengajak dan memberi kesedaran kepada semua yang hadir bahawa, tanggungjawab dalam pembentukan iman seseorang tidak akan berlaku dengan secara tiba-tiba tanpa sokongan dan dorongan daripada pemimpin setempat, ibu bapa, rakan-rakan mahupun komuniti. Sesi ini mengajak semua untuk bersama-sama mengambil peranan dalam pembangunan rohani. 

Selesai sahaja ketiga-tiga sesi, pihak tim turut mengongsikan dan memberikan penerangan tentang program Telupid Parish Youth Day (TPYD) sempena penerimaan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria dan juga Temasya Belia Keuskupan 1 (TBK1) yang akan diadakan di Katedral St Mary Sandakan pada bulan Ogos nanti. 

ZON JALAN SANDAKAN

ZON JALAN TONGOD
Selesai sahaja doa penutup, tim program bersama dengan umat dan para belia yang hadir, minum pagi bersama sebelum bersurai untuk melakukan persiapan Minggu Daun Palma. 

Antara maklum balas daripada umat dan belia yang hadir bersama dalam program Jelajah dan Katekesis ini ialah, umat sangat bersemangat untuk turut hadir dan mengambil bahagian dalam penerimaan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria. Tidak kurang juga terdapat umat yang mengongsikan pendapat agar, program turun padang dilakukan selalu supaya suara para belia dapat didengari. 

Semoga melalui usaha yang pertama kali diadakan ini, merupakan langkah pertama untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan iman anak-anak muda sebagai panduan menghadpi realiti dan cabaran pada masa kini.

Monday, April 15, 2019

SALIB BELIA DAN IKON BONDA MARIA MENGUNJUNGI SELURUH PAROKI ST DOMINIC, LAHAD DATU


Lahad Datu - Salib Belia dan Ikon Bonda Maria telah memulakan perjalanan mengunjungi setiap paroki di Sabah pada 3 Mac 2019 dan Paroki St. Dominic, Lahad Datu telah menjadi destinasi pertama bagi kunjungan luarbiasa ini. Perjalanan Salib dan Ikon ini merupakan satu medium bagi membawa dan mengkhabarkan khabar gembira kepada umat di seluruh Sabah berkenaan Sabah Youth Day 5 (SYD5) yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada Ogos 2020 di Limbahau/Papar.

Penerimaan Salib dan Ikon ini telah diadakan di outstasi St. Peter, Kunak yang telah dihantar dan diiringi oleh umat dan belia dari Paroki Holy Trinity, Tawau.

Salib dan Ikon telah dibawa mengelilingi outstasi di sekitar Lahad Datu selama 2 minggu iaitu pada 3-16 Mac 2019. Outstasi yang terpilih ialah St. Peter (Kunak), Divine Mercy (Sapang), St. Angeline (Madai), St. Nicholas (Kg. Tampenau), Our Lady of Pillar (Silam), St. Francis of Assisi (Pontian Fico), St. Anthony (Bt. 18), St. Gabriel (Tungku) dan KPUP Felda. 

St Angeline, Madai

Divine Mercy, Sapang

St Nicholas, Tampinau

Penghantar Salib dari luarstasi Felda ke Pusat Paroki, St Dominic, Lahad Datu

St Anthony, Batu 18

Pontian Fico

St Gabriel, Tungku
Pada 16hb Mac 2019, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria telah tiba di Gereja St. Dominic yang telah disambut bersama-sama dengan umat paroki dan belia dan disusuli dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr. Simon Kontou. 


Selesai sahaja Misa Kudus, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria diiring ke pentas terbuka bagi memulakan Malam Pujian dan Penyembahan yang dikendalikan oleh Persekutuan Doa Paroki St. Dominic. Malam tersebut bukan sahaja disertai oleh para belia, tetapi juga umat paroki dari segala lapisan umur. 




Selama seminggu, semua umat telah diberi peluang untuk meluangkan waktu bersama Salib dan Ikon dengan menghadiri sesi-sesi yang telah dijadualkan. Semasa sesi bersama Neocathecumenal Way, belia telah diajak untuk merenung, mengenalpasti dan mengakui Salib kehidupan masing-masing. Manakala sesi yang bertajuk “Leadership” bersama Komiti-Komiti Gereja yang dipimpin oleh Seminarian Andy Borine Tingadon telah memberikan ruang bagi ahli-ahli komiti yang hadir untuk merenung kembali pelayanan mereka dalam gereja. Sesi ini juga telah mengajar umat yang hadir tentang cara untuk menjadi pemimpin yang baik dengan berlandaskan ajaran Gereja. 

Sesi bersama ahli-ahli KKD pula telah diadakan selama 2 hari dan dipimpin oleh Sr. Clarice Jomitin (FSIC). Sesi ini telah membawa umat yang hadir merenung dengan lebih mendalam tentang tema SYD5 dan pengorbanan Yesus yang mati diatas kayu salib. 

Doa Taize
Semasa Malam Pujian dan Penyembahan, pimpinan Persekutuan Doa Paroki, mengajak semua yang hadir untuk memuliakan nama Tuhan dalam Pujian dan Penyembahan, di ikuti dengan bacaan Injil dan perkongsian. Seminarian Andy Borine Tingadon sekali lagi telah memimpin sesi pada malam terakhir Salib dan Ikon berada di Lahad Datu dengan penghorma terakhir. Beliau telah membawa para belia untuk merenung kembali perjalanan persiapan penerimaan Salib dan Ikon sehingga ke hari terakhir. 

Sepanjang Salib dan Ikon berada di paroki ini, banyak perkongsian yang telah diterima dari umat paroki terutamanya dari kalangan belia. Ramai para belia yang dapat merasakan diri mereka dikuatkan dalam iman. Mereka juga benar-benar dapat merasai sendiri cintakasih dan kehadiran Yesus bersama-sama mereka sepanjang keberadaan Salib Belia sehingga mereka berasa berat hati untuk melepaskan Salib kerana berasa terlalu sayang. Kehadiran Salib ini juga telah membawa ramai belia yang telah lama tidak bergiat aktif untuk kembali melayani dan telah menarik belia baru untuk menjinakkan diri dalam belia dan juga dalam pelayanan. Besar harapan daripada belia-belia St. Dominic Lahad Datu agar umat di paroki yang lain juga turut merasakan keajaiban kuasa Tuhan semasa bersama Salib Belia dan Ikon Bonda Maria ini. 

Berikut adalah gambar - gambar penghantaran Salib Belia dan Ikon Bonda Maria ke Katedral St Mary, Sandakan.







Semoga semua orang yang bertemu dengan Yesus dan Bonda Maria akan mengalami pengalaman yang luarbiasa seperti kami yang tetap dan selamanya merindui - Nya.
With Love, Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu

Saturday, April 13, 2019

JELAJAH SYD 5 PAROKI ST MARTIN TELUPID


PERAYAAN HARI BELIA SEDUNIA PERINGKAT PAROKI 2019


SEJARAH WORLD YOUTH DAY SEHINGGA TAHUN 2011 - WYD MADRID




CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent