Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 21, 2018

Program Let's Praise and Worship

oleh Kenny Mark

SM St. Mary, Sandakan: Pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Pemimpin yang baik, bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang luas bahkan juga perlu memiliki personaliti yang unggul dengan sahsiah yang diperkukuhkan dengan iman. Para pelajar diharapkan akan lebih bermotivasi tinggi demi merealisasikan harapan semua iaitu dengan melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malahan juga sahsiah diri dan kekuatan rohani. Oleh itu, Christian Student Fellowship (CSF) SM St.Mary telah menganjurkan program “Let’s Praise and Worship” pada 21 Oktober 2018 (Ahad) bagi mengukuhkan lagi iman kepada pelajar Kristian di seluruh daerah Sandakan.

Pengetua SM. St. Mary, Sandakan, Pn. Myrene menyampaikan ucapan
Program ini telah dianjurkan oleh ahli jawatan kuasa CSF dan guru-guru penasihat daripada sekolah SM St.Mary iaitu En. Ang Pian Ming, Pn. Shim Hui Chyen dan Cik. Farira Asli. Rasionalnya, program seperti ini perlu dilaksanakan kepada para pelajar adalah berdasarkan beberapa aspek kelemahan yang telah dikenalpasti iaitu kurang pemupukan rohani dalam diri pelajar, tiada hubungan persaudaraan dalam kalangan pelajar-pelajar Kristian di daerah Sandakan, tiada disiplin diri terutamanya iman dalam diri pelajar, kurang pengetahuan keimanan dan kefahaman terhadap diri pelajar sebagai Kristian dan mengekalkan etos sekolah sebagai sebuah sekolah Mubaligh. 
Guru-guru penasihat
Program tersebut telah mencapai objektif yang telah menyatukan pelajar Kristian di dalam daerah Sandakan seramai 220 orang pelajar Kristian dari beberapa sekolah di Sandakan seperti SM St.Mary, SM Konven St.Cecilia, SM Sung Siew, SMJK(C) Tiong Hua, SMK Pangiran Galpam, SM St. Michael dan ahli belia daripada Church of Good Shepherdd (COGS). Antara objektif CSF untuk mengadakan program ini adalah untuk mewujudkan semangat perpaduan dan permuafakatan dalam kalangan pelajar beragama Kristian dan guru, mengetahui keimanan diri dan memperkukuhan kerohanian dalam diri.
Rev. Timithy menyampaikan slot beliau
Dalam program tersebut, ahli CSF telah menjemput seorang Pastor daripada gereja Church of Good Shepherd iaitu Rev. Timithy sebagai penyampai slot bagi program itu. Dalam slot Rev. Timithy, beliau berkongsi berdasarkan Firman Tuhan, Efesus 4:4 “satu tubuh, dan satu Roh, sebagaimana kamu telah dipanggil kepada satu pengharapan yang terkandung dalam panggilanmu” untuk menyedarkan pelajar-pelajar Kristian di Daerah Sandakan supaya dapat bersatu dalam Kristus. Beliau berkata bahawa perpaduan dalam Kristus sangat penting untuk mengukuhkan umat-umat Kristian di Sandakan. Malah pelajar-pelajar ini bakal menjadi pemimpin gereja pada masa hadapan di samping menjadi pemimpin masyarakat dan negara. Beliau juga mendorong para pelajar untuk terus percaya kepada doa dan tidak mudah berputus asa. Beliau turut memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM.
Pn. Myrene menyampaikan cenderahati kepada Rev. Timithy
Kesimpulannya, program “Let’s Praise and Worship” ini telah mencapai objektif kerana telah menyatukan hampir keseluruhan pelajar Kristian dari pelbagai sekolah. Pihak penganjur menerima visi daripada Tuhan, lantas mempunyai harapan tinggi untuk menganjurkan aktiviti sedemikian rupa setiap tahun pada masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent