Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 22, 2018

Majlis Penyampaian Sijil Bible Knowledge dan Jamuan Akhir Tahun Christian Student Movement 2018

Oleh Tim Dokumentasi CSM

Sandakan: SM Konven St. Cecilia, Sandakan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil kepada pelajar Bible Knowledge serta Jamuan Akhir Tahun Christian Student Movement (CSM) pada 2hb November 2018. Program ini telah diadakan di Bilik Pusat Sumber sekolah tersebut.
Objektif program ini ialah memberi penghargaan kepada pelajar terbaik dalam ujian dan peperiksaan sepanjang tahun, meningkatkan motivasi belajar di kalangan pelajar CSM, memberi keyakinan yang lebih kepada pelajar dari segi kurikulum dan ko-kurikulum dan memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan subjek Bible Knowledge.
Program dimulakan pada jam 11 pagi dengan ketibaan para pelajar dan guru disusuli dengan doa pembukaan oleh Dr. Peter Jr. Naintain. Acara dibuka dengan nyanyian Pujian dan Penyembahan oleh ahli jawatankuasa pelajar atas bimbingan Cikgu Anne Azeonna.
Encik Soo Tian Hock selaku Pengetua SM Konven St. Cecilia mengucapkan terima kasih kepada Dr. Peter atas kehadiran beliau sebagai salah seorang penyumbang Program Pertandingan Kuiz Bible Knowledge peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur yang lalu. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Agama Kristian yang diketuai oleh Pn. Jamini Francis serta semua guru CSM dan pelajar atas kejayaan mengadakan program ini dan kerana telah berjaya mengilhamkan Buku Kendalian Misa Pelajar dibawah penyelarasan Pn. Jamini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak gereja kerana banyak membantu sehingga Buku Misa dapat disiapkan dan digunapakai semasa Misa Kudus Pelajar. Harapan beliau agar semua terus aktif dalam persatuan ini.
Kulit buku Misa Kudus Kendalian Pelajar
Dr. Peter Naintain dalam ucapannya mengatakan tentang Kepimpinan, Kerja Berpasukan dan Membantu Orang. Beliau mengongsikan carta kursus dengan hanya 4P iaitu Ketahui tujuan anda(Purpose), Gunakan potensi anda(Potential), tentukan proses(Proses) dan teruskan dengan pelan anda(proceed). Beliau mengatakan “Jangan sekali-kali bekerja bersendirian. Kita perlu menyokong satu sama lain dalam kehidupan. Seperti dalam Matius 18:20, "Sebab di mana dua atau tiga orang mengumpulkan nama saya, saya ada bersama mereka." Beliau turut mengongsikan “terdapat empat cara untuk membantu orang di dunia ini iaitu dengan memberi sumbangan, menggunakan kekuatan untuk membangkitkan semangat, menggunakan pengetahuan untuk kebijaksanaan dan menggunakan rangkaian untuk menunjukkan jalan.
Acara pemotongan kek
Seterusnya, membuat persembahan slaid yang berkaitan dengan program/aktiviti yang telah dilaksanakan tahun 2018  yang disediakan oleh  AJK Pelajar bimbingan Pn. Jamini.
Guru pembimbing bersama Dr. Peter Jr. Naintain
Acara utama iaitu penyampaian sijil dan piala kepada para pelajar dalam beberapa kategori iaitu:
  • Sumbangan aktif dalam CSM tahun 2018- 7 penerima sijil
  • Sijil ujian / peperiksaan subjek Bible Knowledge tahun 2018- 121 penerima sijil
  • Kehadiran 100%  dalam Kelas Bible Knowledge Tahun 2018- 29 Penerima sijil
  • Top Ten National Postal Bible Knowledge Quiz 2018 –  10 penerima sijil dan piala (Penghargaan daripada pihak sekolah)
  •  Pelajar Contoh/Terbaik  Dalam Program Bible Knowledge Tahun 2018- 3 penerima sijil dan piala
Penerima sijil dan piala

Pelajar Contoh/Terbaik  Dalam Program Bible Knowledge Tahun 2018 – 3 orang
Crissy Albert Liow (3A)
Esther Lesipin (2B)
Angeline Ong Hua (5A)
Jumlah penerima sijil Bible Knowledge tahun 2018 ialah 121 pelajar. Penerima ini telah menduduki ujian dan peperiksaan subjek Bible Knowledge dengan penuh. Setelah selesai acara penyampaian sijil dan piala, acara kemuncak ialah sesi gambar beramai-ramai disusuli doa penutup dan jamuan makan.
Pn. Chong Fui Ha menyampaikan cenderahati kepada Dr. Peter Jr Naintain sebagai tanda terima kasih .
Gambar beramai-ramai

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent