Pada
26 Oktober 2018,Jumaat, misa untuk pelajar-pelajar khasnya mereka yang akan
menduduki peperiksaan SPM dan STPM telah julung- julung kalinya diadakan di
Gereja Santo Markus, Sandakan.
Lebih kurang 80 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid SMK
Elopura serta pelajar-pelajar Politeknik dan MRSM telah bersama-sama menghadiri
misa tersebut. Misa ini khas diadakan untuk pelajar-pelajar sekitar
kawasan batu 10.
Misa kudus dipimpin oleh Rev.Fr. David Garaman. Fr David dalam
homilinya menasihati para pelajar agar dapat menyerahkan sepenuhnya kepada
Tuhan melalui doa agar dapat menghadapi peperiksaan dengan lebih tenang dan
berkeyakinan. Fr. David berharap misa
sedemikian dapat diteruskan di gereja Santo Markus pada tahun hadapan.
Misa ini juga turut dihadiri oleh guru dan ibubapa sebagai tanda
sokongan dan dorongan kepada anak-anak.
Gambar beramai-ramai bersama Fr. David selepas misa |
No comments:
Post a Comment