Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 26, 2018

LAWATAN BAPA USKUP JULIUS DUSIN GITOM KE KG. KIABAU, TELUPID

oleh Clly Gulimit

TELUPID - Pada 23-24 Oktober yang lalu, Bapa Uskup telah meluangkan masa untuk melawat umat di Chapel St. Fidelis, Kiabau. Setibanya Bapa Uskup di Kg. Kiabau, beliau telah menyertai para belia dalam aktiviti santai di Sungai Maliau Labuk. Banyak aktiviti menarik yang dilakukan bersama seperti memukat, memasang pancing, merambat, memanggang dan sebagainya. Menjelang malam, para belia telah menyediakan kek khas untuk Bapa Uskup sempena ulang tahun kelahirannya.
Perayaan Misa Kudus disempurnakan oleh Bapa Uskup
Pada keesokan harinya, program diteruskan dengan perayaan Misa Kudus di Chapel St. Fidelis pada pukul 3 petang. Turut bersama merayakan Misa Kudus ialah Rev. Fr. Stanley William Matakim, Pembantu Paderi Paroki St. Martin, Telupid dan Rev. Fr. Christopher Ireneus, pembantu paderi Katedral St. Mary, Sandakan dengan kehadiran umat setempat yang begitu ramai. Umat dari chapel lain juga turut bersama sebagai tanda sokongan terhadap program yang diadakan ini.
Bapa Uskup meniup lilin sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-61
Selepas Misa Kudus, semua umat yang hadir berkumpul di Dewan Mini Chapel St. Fidelis, Kiabau untuk acara makan bersama serta meraikan perayaan tiga dalam satu iaitu sambutan ulang tahun kelahiran Bapa Uskup yang ke-61, ulang tahun Pentahbisan Bapa Uskup dan Keuskupan Sandakan ke-11. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah En. Roger Enty, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki St. Martin, Telupid.
En. Didacius Ireneus (Pengerusi KUK St. Fidelis, Kiabau) menyerahkan kad ucapan daripada umat yang hadir kepada Bapa Uskup
Selain acara memotong kek kesyukuran, pelbagai persembahan pentas turut disediakan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Umat yang hadir mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan tahniah kepada Bapa Uskup.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent