Artikel oleh Mazdollyna
Majalin Eborok
Lahad Datu –
Umat Katolik di seluruh dunia merayakan Hari Minggu Palma pada 9 April 2017. Perayaan
ini ini mengingatkan kita akan Yesus kepada memasuki Kota Yerusalem yang
disambut dengan daun Palma yang dilambai-lambaikan. Perayaan Hari Belia Sedunia
turut dirayakan seiring dengan Perayaan Hari Minggu Palma.
Para umat St.
Dominic telah bersedia untuk berkumpul di hadapan perkarangan Gereja seawal jam
8.30 pagi. Upacara Pemberkatan Daun Palma dimulakan dan diikuti dengan Bacaan
Injil sebelum Paderi dan semua umat memulakan perarakan memasuki Gereja.
Setelah Misa Kudus selesai pada
pukul 12.30 tengah hari, tibalah saat yang dinantikan oleh para belia iaitu
Program Hari Belia Sedunia yang diadakan oleh Kerasulan Belia Paroki St.
Dominic. Juruacara pada kali ini adalah
saudara Martinus Simon Sitam.
Program dimulakan dengan sesi perkenalan diri serta sesi perkenalan bagi
Tim Kerasulan Belia Paroki St. Dominic yang baru.
Para Belia yang bersemangat turut
menceriakan lagi Program Hari Belia Sedunia dengan beberapa aktiviti
berkumpulan dan sesi Time of Life. Saat ini mengambarkan betapa eratnya kesatuan
para belia yang terjalin di dalam kasih Yesus sehingga para belia dapat hadir
bergembira bersama tanpa mengira bangsa.
No comments:
Post a Comment