Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 16, 2017

“ BERGEMBIRALAH SEBAGAI ANAK-ANAK ALLAH”

Oleh : James Joseph Kumanireng

Tawau: Dibawa kelolaan para fasilitator sekolah minggu yang diketuai oleh sdra. James Joseph, acara Sukaneka Kanak – Kanak Pertemuan Minggu Gembira (PMG) telah diadakan pada 30 Mac 2017 bersamaan dengan minggu paskah ketiga. Acara ini bermula pada jam 11 pagi bertempat di Dewan Paroki Holy Trinity.
Lebih kurang 300 kanak-kanak dari ketiga-tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, Inggeris dan cina telah bergabung dalam aktiviti sosial ini. Turut hadir adalah seramai 48 orang pembimbing, 39 sukarelawan dikalangan para ibu dan sokongan dari para ibubapa kanak-kanak tersebut.
Acara ini turut dihadiri oleh paderi Paroki Msgr. Nicholas Ong, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki sdra. Andrew Kiat, Religius, ahli dari Pelayanan Hidup Keluarga serta beberapa orang dari pelayanan gereja yang lain seperti SOCCOM.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada semua kanak-kanak  bergaul dari pelbagai bahasa serta menanamkan semangat persahabatan dari usia muda.
Program dimulakan dengan doa yang dipimpin oleh Sr. Martha diikuti dengan beberapa ucapan ringkas dari Pengerusi MPP, paderi Paroki dan Pengerusi sukaneka sendiri.
Sdra. Andrew selaku pengerusi MPP dalam ucapan singkat beliau menyatakan rasa syukur dan gembira dengan aktiviti seperti ini. Beliau menjelaskan “kanak-kanak memerlukan masa luang selain daripada pembelajaran, mereka sesungguhnya amat gemar bermain dan mencari sahabat. Saya pasti kegiatan seperti ini amat berguna dan memberikan manfaat kepada semua pihak“ katanya.
James Joseph selaku pengerusi program tersebut, turut menyuarakan rasa terharu atas keterlibatan semua pihak, terutama sekali dari pihak ibubapa, pembimbing dan paderi Paroki sendiri.
Msgr. Nicholas Ong dalam ucapan beliau memberi sokongan penuh pada aktiviti ini. “Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang tepat dan boleh dijadikan sebagai acara tahunan. Kanak-kanak akan menjadi lebih sihat dan cerdas dalam pembelajaran mereka” katanya. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada semua pembimbing kerana sentiasa berusaha dan bersungguh-sungguh dalam mengajar anak-anak kecil dengan ajaran asas Gereja iaitu hidup berkomuniti.
Aktiviti diteruskan dengan acara Sukaneka yang melibatkan 4 bahagian iaitu kanak-kanak berumur dari 7-8 tahun, 9-10 tahun, 11-12 tahun dan 13- 16 tahun. Sukaneka kepada para ibubapa turut disediakan. Secara keseluruhannya, semua pemenang berpuashati dengan hadiah kemenangan yang berupa piala dan termasuk saguhati kepada mereka yang tidak berjaya.
Program sukaneka ini berakhir pada jam 3.30petang dengan penyampaian hadiah dan pembersihan kawasan Dewan Gereja.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent