Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 17, 2017

Sejarah Pembangunan Chapel St.Edwin

Gambar Oleh: Dominggus, Farnandes
Artikel: Farnandes



Chapel St. Edwin terletak lebih kurang 18km jalan Sandakan dari Gereja St.Dominic. Chapel ini telah mula dibangunkan seawal tahun 2005 lagi. Pemilik kawasan tersebut iaitu Uncle Edwin Kouju, telah menyampaikan hasrat beliau untuk mendirikan sebuah chapel di kawasan tersebut pada tahun 1996 kepada Fr. Freddy yang juga adalah paderi paroki pada masa itu. Namun disebabkan masalah kewangan maka hasrat tersebut belum dapat dicapai.
Sekitar bulan Oktober tahun 1998, sebuah salib besar yang juga adalah stesen ke-14 jalan salib telah didirikan dipuncak bukit di perkarangan Chapel St.Edwin, dan pada bulan yang sama Bishop John Lee yang kebetulan datang melawat telah sekaligus memberkati salib tersebut. Bermula dari saat itulah, usaha keras diteruskan oleh En. Edwin untuk mula mengumpul dana bagi pembangunan chapel St.Edwin ini. Beliau yang sentiasa dibantu oleh En. Markus Pendai pada saat itu mula mengumpul bahan-bahan untuk pembangunan dari sekitar kawasan tersebut termasuklah kayu belian untuk dijadikan tiang.
Yang Termulia Uskup Agung Salvatore Pennacchio 
bersama Rev. Fr Nicholas Stephen
Pemberkatan Tapak Chapel
Atas usaha berterusan yang dilakukan oleh uncle Edwin, Uncle Markus, umat disekitar, dan juga berkat bantuan paderi paroki pada masa itu iaitu Rev Father Nicholas Stephen dan Rev Fr.Simon Kontou selaku rektor paroki St.Mary Sandakan, tiang pertama chapel ini telah didirikan pada 11 May 2006. Yang Termulia Uskup Agung Salvatore Pennacchio, Duta Vatikan telah didatangkan khas untuk memberkati tapak pembangunan Chapel St.Edwin ini. Majlis pemberkatan tapak yang bermula pada jam 10.00 pagi ini turut dihadiri oleh umat paroki.
En. Markus Pendai (kiri) bersama rakannya.
Sebelum chapel ini didirikan, umat di batu 12 jalan Sandakan ini biasanya akan mengadakan Ibadat Sabda atau misa kudus setiap minggu di perkarangan rumah En.Edwin sendiri. Dalam sekitar tahun 2011, Fr. Simon selaku paderi paroki St.Dominic pada ketika itu bersama-sama En.Edwin telah memulakan projek pembangunan chapel St.Edwin. Dengan bantuan kewangan dan sokongan padu dari paroki, para umat, serta usaha keras En. Markus dan En. Edwin, pembangunan chapel ini telah selesai dan menelan belanja sebanyak RM120,000. Perayaan besar yang pertama dirayakan adalah ketika perayaan Rabu Abu tahun 2012, dan Misa Kudus telah mula diadakan didalam Chapel baru ini pada bulan June 2013 oleh Rev. Father Simon Kontou. Nama chapel ini telah diumumkan oleh Fr. Simon sebagai St.Edwin bersempena nama pemilik tempat serta hasil usaha En. Edwin yang telah bertungkus lumus mendirikannya.
Salib Pertama (Stesen ke-14)
‘Yesus membentangkan suatu perumpamaan lain lagi kepada mereka, kata-Nya: "Hal Kerajaan Sorga itu seumpama biji sesawi, yang diambil dan ditaburkan orang di ladangnya. Memang biji itu yang paling kecil dari segala jenis benih, tetapi apabila sudah tumbuh, sesawi itu lebih besar dari pada sayuran yang lain, bahkan menjadi pohon, sehingga burung-burung di udara datang bersarang pada cabang-cabangnya.’ Matius 13:31-32.
En. Edwin menunjukkan gambar-gambar lama kepada Dominggus

Kini, tanpa disedari telah 10 tahun berturut-turut paroki St.Dominic mengadakan upacara jalan salib disini pada setiap musim prapaska. Pada hari Jumaat Agung yang lalu, lebih 300 umat telah menyertai perjalanan upacara jalan salib di Chapel St.Edwin. Ini menunjukkan semakin ramai menghadiri Ibadat Sabda atau Misa Kudus pada setiap minggu dan semakin ramai juga umat yang menyertai upacara jalan salib yang diperkarangan Chapel St.Edwin ini.

En. Edwin bersama isterinya

1 comment:

  1. Very Lovely Family And Church May God Bless You

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent